Rabu, 22 April 2009

Penawar diri

Semakin tenang dan semakin melupakannya...Hari semakin cerah dan ceria. Baru malam tadi menyambut harijadi Incik dd..Selamat ulangtahun ye dd! Sebelum naik ke rumah sempat bergurau ke beliau...'Ahak..tak lama lagi dah nak 30 tahun pula..eee..awak dah tua...'---jahat kan aku..(Akan kemaskini di entri yang datang)

Di hari minggu lalu, banyak yang aku cuba isi..Sabtu sangat hectic ya ampun...Bersama abah dan mak ke Sogo, atas nasihat cik FyDa^eEe aku tergedik-gedik kesana untuk merembat apa yang patut. Sebelum itu, ada jualan murah sehingga 13 april disana, kemudian ada jualan murah lagi sehingga May kalau tidak silap. Beliau mengatakan cadar pengantin di sana murah dan sudah pun mendapatkannya. Jadi aku apatah lagi..terus berkejar kesana..Masyallah..memang lah murah dan santek2..Mulanya mencari cotton tapi akhirnya beralih ke material lain..Tapi yang aku berkenan tiada potongan harga, Maka kecil hati..tetapi jurujual tu berkata, sila datang 18April nanti..ada jualan murah lagi.Tu yang menyerbu pada 18April. Wah..cadar yang aku berkenan tu ada potonganlah 70% lagi..hahahahah..Aku sukak!! Berbaloi lah aku bangun pagi-pagi semata-mata kerana ia.Dulu aku jarang ke Sogo, tak tahu nak beli apa. Yang aku maklum, para ibu dan makcik kita suka sangat ke sana..murah katanya..Sekarang baru aku tahu..Kaum perempuan yang sudah berumah tangga memang amat gemarkan Sogo atas sebab yang munasabah.


Selepas diskaun hanyalah RM230..murahkan???


Segala macam barang kelengkapan bilik pengantin dan jumlahnya tidak melebihi
RM4 ratus..tidakkah Sogo sangat hebat.


Sebelum itu, 2 minggu lepas, baju nikahku, baju ibu dan keluargaku yang lain sudah selamat siap. Tapi lengan baju ku seperti besar, maka hari Ahad lalu membuat keputusan ingin mengalter lah..Ler...tutup rupanya..tidak kusangka Dzul de Classique pandai tutup kedai.Selama ini aku tengok buka saja. Yelah mereka pun manusia juga.

Lantas ke Bukit Jalil melihat rumah yang dicadangkan Dayu. Rumah teres adalah pujaan aku selama hidup ni (kalau dah kaya cerita lain). Wah...bila dah sampai sana..agak teruja, banyaknya kosong..catit nombor apa yang patut. Namun hampa bila ditanya 'hanya untuk dijual ya' ..ler...Tetapi langit tak selamanya mendung, kemudian dapat hubungi agen yang seorang ini. 'Sewa ada'...wah hampir nak meloncat aku bila dapat tahu sewa hanyalah RM600. Dibawanya kami ke rumah tersebut.. Dan betapa hampanya daku bila mendapati master bedroom amatlah kecik tak ingat. Rasanya bilik kedua rumah aku ni pun besar lagi.. Kalau dah letak satu set penuh perabot..memang tak tahu nak jalan macamana.. Alahai..terus Incik dd reject..katanya. dahlah duduk berdua, bilik sampai 4, dah tu bilik yang nak tidur bersama pun hanya muat sekangkang kera saja. Apakah?? Jadi apa gunanya bilik banyak, rumah bertingkat ..kalau tiada keselesaan di bilik tidur sendiri.

Jadi misi rumah sewa masih menemui jalan buntu. Kini aku pasrah saja dengan pilihan Incik dd. Beliau gemarkan kondo kerana nak hidup berdua saja dan berdekatan dengan tempat kerja. Beliau kata, 2,3 tahun nanti nak beli rumah teres, takkan sekarang pun nak duduk rumah teres juga..bagilah can nak duduk di kondo..Ya! baheklah! saya ikut saja kata bakal suami.. Selepas ini syurga di telapak kaki suami.. Selepas kejadian kelmarin, lagi membuatkan beliau berkeras mahu cari kondo yang berdekatan saja..semunya demi keselamatan.Sekali lagi Bahekla!

Ini ciri-ciri apartment atau kondo pilihan
1. Berada dalam kawasan Bangsar, Taman Desa, Pantai Dalam, Bandar Sri Permaisuri dan Pusat Bandar Damansara sahaja.
2. Ada balkoni
3. Ciri-ciri keselamatan yang ketat
4. Persekitaran seperti yang dijangkakan..bukan kotor, bising. (serik kerana kondo tempat tinggal kini dikelilingi oleh orang melayu yang seperti tinggal di rumah pangsa..urggghhhh...sebal!)
5. Sewa bulanan tidak melebihi RM1300.

atau Rumah Teres
1. Berada di kawasan seperti diatas
2. Sewa bulanan tidak melebihi RM1000.

Jika terjumpa ciri-ciri diatas silalah memaklumkan saya ya!!! Wah..dah macam iklan di Mudah.com.my je..hahaha

Ngantuk---pelik kenapa aku selalu mengemaskini di waktu hampir subuh hari.

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wah...bestnyeee...dh cari rumah sewa..ahaks...selalu ke mudah.com.my ke? =p

my hidden stories berkata...

haiyoo...apartment u tu...ada budak2 kah?

betullah anil, tmpt yg bakal i sewa pun..ramai budak2..tension jer...bising..

tapi nak buat camno..dekat dgn tmpt keja kami berdua..

lagi satu sewa murah (rumah flat)

nurul aziyana berkata...

wah cantiknya cadar die..berkenan..huhu alangkah sonotnya sogo otu di tmpatku..huhu..anil, dok kondo pun ok gak berdua..hehe

dialicious berkata...

anil..ive been looking 4 cadar pengantin too..mostly dlm rm1K..x berbaloi la nak pakai skali je.still ade lg ke sale di sogo?the cadar is in sogo itself ke?tgkt bape?thanx..hehehe

Health is wealth berkata...

bagaimana dengan apartment aku? jika aku move-out, boleh la sewakan pada kamu... diskaun lebih punye! amcam?? ahakss!!!

Sofia berkata...

Sogo yg hebat atau kitakah?
Memang berbaloi shopping sebanyak tu tak sampai rm400! wah sukak!

anil lutaze berkata...

~AMy--jrg..tapi kekdg pi jgk..hik

~miss hidden--tu r sakit jiwa ngn kebisngan bdak2 yg melampao..kkdg rasa cam nak cekik2 jek..hahaha

~aziyana--mcm tulah kira2nya stlh dipertimbangkan dr pelbagai sudut

~diah--diah...wajib kena pg sogo..ada sale sampai May..x pyh sampai 1k..btol..macam x berbaloi.. ;P

~hafifi--adus..rumah itu agak jauh dr tptku..harus diingt daku blik kerja tgh mlm..kena nak move out hafifi? adikmu?

~amy--pi jgn x pi tauu..

proud parents berkata...

salam anil..
slalu senyap2 jek bace blog kamu..hihih..salam kenal!
ermm..try tak tgk palm spring condo kt kota damansara?nearby ikea je.or condo derozelle dkt situ jugak :)

hidden.wing berkata...

anil, u keje kat mane?
if bangsar/pj area, my place quite affordable...i dh stay sini > 2yrs, and so far i satisfied.

just the drawback, if u ade extra car..kene park outside & sometimes kene pecah. if satu kete je mmg no prob la. master bedrrom pun quite kecik. other drawback, sgt close to mvalley so possibility utk impulse shopping tu sgt tinggi hikhikhik

fana berkata...

meh kite ramai2 dok cheras...hikhikhik.. anil sy suke cadar tu.. all white.. arghh sgt jeles~

Reena berkata...

Anil, sgt cantik cadar itew..sokong farhanna, jom ramai-ramai duduk cheras..

Putri Ramlan berkata...

haha. omaigod. ure totally rite abt terms kita tak memahami kenapa ibu2 dan mereka yang sudah berumah tangga menggemari shopping di Sogo. i pun dulu mcm WTF? tp mmg tempat tu belum dijadikan feveret lg. tunggu part jd mcm u lah! :D

Tanpa Nama berkata...

Cuba try surf dekat the star classified ads.Banyak umah okay2 kat situ..

xeea berkata...

try kat iproperties.com
macam2 ada.
huuu

duduk kondo mase tgh berdua lg syiok tau. privacy gitu. env. rumah sy ala resort sikit. byk pokok hijau sejuk mata memandang. meh la kite berjiran. huu

Unknown berkata...

master bedroom nyer sgt kecik ke??
kami aritu tak masuk tgk
tgk luar je
hmmm...gi mana ini??
kena tgk sendiri ni,dan biarkan bakal suami membuat keputusan...

anil lutaze berkata...

~bride to be-- hi..salam kenal jua..thanks 4 d info..but my fiance skrg pon dok kota damansara..but seriously for me agak jaoh from my place n office..

~WLT--i keja bangsar..ur place kt mana dear?? kalau boleh mao ada 2nd parking..my car ade experienced kena pch..so agak fobia

~farhanna--bdr sri permaisuri in cheras gak..

~Reena--thanks--uit..boleh bukak cheras fanclub ni.. ;D

~putri--x sbr tunggu dat moment..nnti jmpot kite k.. ;P

~sarah--yeke..thanks..mao dptkan ni

~xeea--serious.?? eh..awak dok mne..environment cam bes jek..

~dayu--takpe..dayu gi tgk dulu..mne tau rumah yg dayu nak sewa tu master bedroomnye besa ke..

Vintageousss berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Vintageousss berkata...

kondo adalah rumah idamanku sejak dahulu lagi. bes ok! jeles la dgn u... hukhuk.

dialicious berkata...

anil...saya baru balik dr sogo ni.bgn pagi2 ajak mak&adik pegi sogo.dorg pun igt buang tebiat ker..haha..my sis 1st time pegi sogo ok.kami sangatla jakun.i think i bought the same quilt cover like yours..bile tgk2 blk..huhuhu..
sesungguhnya sogo adalah termurahhh tp susahla parking situ kan..hehehe

anil lutaze berkata...

tintin--sebab u duduk rumah atas tanah...saya lak kempunan sbnanye nak dok atas tanah...hak..xpe.. nnti dtg rumah i er..view sgt sesuai utk vintageousss u.. ;D

diah--haha..xpe...mmg santek...borong byk2 mmg ptot pon..sbb murah dan santek...share is caring..