Memaparkan catatan dengan label mandi mandi spa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mandi mandi spa. Papar semua catatan

Ahad, 6 September 2009

Apadaa



Menyampahnya bila aku tak berapa ada masa dan kini blog semakin terbiar..ouh..aku tidak mahu ia berkubur. Blog yang sudah setahun beberapa bulan ini harus terus bernyawa.. Mesti... Maaflah..bulan ramadan adalah bulan yang sentiasa tidak punya masa senggang yang mencukupi. Memang padat.
Dan kerana sudah lama ada dalam simpanan. Walaupun sudah basi habesssss...tapi aku tak mahu memungkiri terhadap diri sendiri. Maka, serba sedikit majlis pembukaan puasa pada hari pertama Ramadan.



Kini giliran keluarga pula dibawa ke Tamarind


Abaikann..... ;P~

Sila lihat bawah cepat!!


Pembuka selera.. Ketam isinya.. Nama memang harus tak tahu sebab tak kuasa nak hafal bahasa saintifiknya yang berbelit lidah.


Masih pembuka selera..Donut nama dia..dalam isi ikan kot..Tapi yang ini...ya ampun sedapnya



Lihat saja bekas sudah tahu bukan?





Ni sayur rasanya..ada cendawan, taugeh dll


Udang lada hitam


Ikan siakap masak ape pun tah..yang pasti sedap.


yang ni telur masin...Tapi paling sedap di tekak aku..sampai aku kuis2 pinggan walaupun dah habis.

Juga ayam masak apa tah


Akhir sekali..pencuci mulut, Mangga dan pulut


Stabilkan kembali suhu badan selepas bertarung kekenyangan (ibu saya malu2 ke?)


Mahu tempah duduk di pondok ini..tapi 5 orang sahaja yang boleh dimuatkan. Pasrah


Lengkap


Kami kenyang...mahu pulang dah...Bai!!!


Dan yang pasti banyak sebenarnya entri terpaksa diperap kerana kekurangan waktu senggang...
Yang satu ini pun memakan masa 2 minggu baru dapat dimuatkan .


***Album rasmi dari Syahrin Aziz sudah selamat tiba ditanganku minggu lepas. Ada masa akan dimuat turunkan.. (Harap ada!)

*** Aku masih berhutang contoh 'hadiah pintu' kepada shadeq.. Argh!!! Maaf darling...aku sibuk ditambah yang aku tak tahu mana aku letak benda alah itu... dan aku masih mencari... Cakap dengan rakan indonmu...sabar ya!