Memaparkan catatan dengan label Kuzie catering. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kuzie catering. Papar semua catatan

Selasa, 10 Mac 2009

Segala macam!

Cuti maulidur rasul adalah cuti dinanti oleh seluruh umat islam...Kalau di Johor dulu, kami menyambutnya dengan sangat meriah.. Akan ada ceramah, makan2, sambutan yang hebat lah. Tak kira di sekolah masjid atau kampung. Aku merasa duduk di kampung selama 7 tahun kerana mengikut abah bekerja.. Selama itu, aku bergaul dengan orang sekeliling dan mengikut cara hidup mereka. Sangat seronok kerana setiap kali ada apa2 sambutan, kami akan bermarhaban, berkenduri, bertakbir, berewang..yang paling tak boleh lupa..makan ramai2 dalam satu dulang... paling ramai, 5-6 orang..Setahu aku tak banyak kawan2 aku merasa pengalaman zaman kanak-kanak sebegitu..hehehe...Makanan tak cukup lah..tapi seronok sebab berebut2..Ahak..i miss kluang..



Ok..berbalik kepada masa kini...Mungkin ramai yang tahu ataupun ramai yang tak tahu.Aku mempunyai perniagaan kecil2lan.. A'xteqs ..my online shop .. sila2 melawat.. Bawah ni adalah contoh koleksi terbaru...Tapi saya mengambilnya satu sebab saya suka lah..hehe.. Boleh buat macam-macam dengannya. Rujuk A'xteqs untuk pelbagai gaya...kepada yang bertudung dan ingin tampil seperti Dato' CT pun boleh mencuba gaya ini..Tak menyesal ok...




Sabtu lalu, aku bersama bff ku mendapat jemputan kahwin rakan sekolah lamaku, Nana..beliau sungguh manis dan santek. Tema warna pink..Tapi saya hanya sampai sekitar jam 3, sebab kediaman beliau di Seremban, sampai disana hujan ..ya ampun..dan tak sangka Seremban habis majlis awal..masa nak makan-makan pun orang dah kemas..uhuk sedey..hi..
Tapi makanannya sedap..alhamdulillah kenyang..

Abaikan saya yang semakin menggemuk



Sesampai di kl, balik rumah ,salin baju kerana saya amatlah tidak selesa dengan baju kurung moden saya yang sudah ketat tu.Maka membuat keputusan ke The Garden untuk mencari serba sedikit barang-barang hantaran. Malas nak ke kl, sebab lokasi amatlah berdekatan dengan rumahku.

Kebosanan akibat menunggu barang di'wrapping'


Terima kasih incik dd, saya amat menghargainya.. ;D



Kemudian, semasa mahu pulang, singgah lah di kawasan rumah ku, Bandar permaisuri sangat padat dengan pelbagai lot perniagaan..juga restoran dan kedai makanan. Lantas singgah di restoran ni..aku tak ingat namanya apa (dan tak mahu ingat langsung), Makan ikut kepala..oklah..sebab stemboat, dan boleh menggoreng lah pulak di sekeliling...Dah lah lama ikan-ikan tu nak masak, jenuh lah tunggu nak makan.. dan harganya ya ampun...MEMANG TAK BOLEH BLAH... muktamad memang tak makan situ dah.... bagi aku kalau ia berada di Pavillion ke, Klcc ke, memang berbaloi lah..tapi ia berada di taman perumahan...hello...dahlah dekat situ banyak kedai makan. sangat lah tidak sesuai, kedai anda dan harganya berada disitu.. Sila move ya! Maaf..saya dilanda emosi..

Perasaan seronok mahu makan pada mulanya



Hari Isnin, aku bercuti..yay!!! Ingat senang nak dapat cuti...Pertama kali incik dd keluar bersama keluargaku..Nampak sedang cuba membiasakan diri..Ternyata beliau seronok..hikhik...
Pergi ke Jakel, sebab abah terpaksa tukar kainnya..Untuk pengetahuan umum, oleh kerana persalinan bersanding nanti adalah warna putih silver, maka kami memutuskan...oops salah..aku yang memutuskan untuk keluargaku turut memakai silver..uish..punyalah susah nak carik kain warna silver yang menepati citarasa..pilihan mereka semua haruslah silk..akhirmya abah memilih silk ape tah..aku pun kurang pasti..

Incik dd hanya tersengih je..


Inilah kain yang akan dipakai anggota lelaki keluargaku..

........
...


Sesi mencari samping abah pula...Abah dahlah hantu samping...di level ni lawa2 juga tapi beliau macam tak puas hati je, Lantas naik ke tingkat 4....terima kasih kepada En.Fairuz dan isteri iaitu Puan Farah, owner Jakel yang sgt humble dan selamba kerana sudi entertain kami terutama abah yang cerewet yang amat..tingkat 4 itu, lenggang.. tetapi kami sempat bertembung dengan Jovian Mandagie yang sedang cari material untuk koleksi terbaru mungkin..Aku hanya duduk di sofa menanti pengakhiran pencarian abah, Puan farah kadangkala terpaksa menjadi model samping abah...hehehe.. dah macam pakai gaun keras katanya.. Akhirnya abah dapat samping idaman...huh...patutlah En.Fairuz dan isteri setia melayan beliau...harga samping boleh buat down payment kereta...bisik aku pada mak...'baju kahwin anil pun x sampai harga samping abah mak' ...Mak hanya mampu ketawa kecil....

Baju-baju untuk dipakai oleh keluargaku sudah selamat disediakan..Sudah pun dihantar tempah...

Ini adalah untuk anggota perempuan keluargaku..siapa je lah yang ada..ibu dan kakak ku je..


French lace dan satin silver


Untuk pengapit juga sudah aku sediakan, kebaya bermanik putih dan juga satin silver..


oops sebelum lupa...Ini kain untuk baju nikahku,
normal lace with beads and chiffon..

..........
.......

Semua diatas sudah pun selamat dihantar ke Dzul De Classique...amin..

Akhirnya, meeting bersama Pak engku dari Kuzie Catering (cerita tentang beliau di ada di entri lepas) telah berjaya dilakukan pada malamnya..uhuk...Banyak juga yang telah dicapai..Namun, ia baru di peringkat permulaan..tentang berapa kanopi diperlukan, warna tema, pelamin, PA system, band asli, hiasan, makanan dan sedikit perkara lain.Mungkin akan ku sentuh di lain entri.. (jam sudah 3.40 pagi..)..and i need a rest..tengkiu..


Lihatlah muka aku...tak mudah membuat persiapan kahwin.. ;P


..................................