Memaparkan catatan dengan label kahwin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kahwin. Papar semua catatan

Isnin, 2 November 2009

Kisah kek

Dah lama sebenarnya aku nak memuatkan entri kek hantaran ku ni...Sungguh asyik tak kesampaian.. Maaf jika bosan dengan kategori2 perkahwinan ni.. Tapi jika suka, teruskan skrol..hek..
Kek beg ni memang jadi idaman aku sejak dahulu lagi..Dalam entri ketika bujang dulu pun ada aku nyatakan tentang hasrat hati cik kiah ni..

Maka, akibat penggoogelan di merata-rata. Aku berjumpa dengan cik anis ke puan ke aku tak pasti.. yg penting..bila dah ambil kek bagai. Rupa-rupanya dia kawan kakak aku...lerr...kalau tak mesti dapat diskaun..Nasib badan...

ANis ni empunya Anis Magic fingers ....memang magik pun.. dan kek beg tangan ni pertama kali yang dihasilkannya. Beliau siap minta tolong rakan untuk menyiapkan kek ini..

Yang kelakarnya, beberapa hari sebelum tarikh pengambilan, anis hubungi ku, 'awak...saya nak gemukkan sikit kek ni boleh tak?' aku tak ingat puncanya tapi mungkin sebab dia kena gemuk baru boleh bentukkan kot.. hehehe...aku tak kisahlah...gemuk ke kurus ke...janji dia canthek..


Sungguh bertungkus lumus pembuat kek
Pssst--gambar dicilok dari blog beliau



Tengok sahaja pun dah kagum


Yang paling aku teruja, buckle tu...ya ampon...hingga kini aku tak berpeluang tanya, dimanakah beliau dapat..Aku simpan dalam kotak aksesori kahwinku hingga kini...sayang...


Saat mahu dijamah...uwaaaaa


Hari ketiga menjadi pengantin


Penuh semangat..dalam jantung dan hempedu...coi...


Panggil makcik2 ku yang ada, mari kita buat sesi potong kek yang menyedihkan


Kejamnya aku ketika memotong..
(lihat badanku yang kurus kering ketika kahwen...kini tidak lagi..haha)



Tengokk...kulit sudah disiat....


Gambar seterusnya, tak perlulah la kan...aku tak beri peluang sesiapa pun yang menangkapnya...Tak mampu..sangat sayang nak makan...tapi bila makan...WOWW...sedap..isinya perasa oren..nyummy....siap bungkus2 bawa pulang kl...

**Sesiapa yang baru dapat anak buah ke, nak anjur baby shower ke, beliau baru hasilkan kek bentuk badan baby..memang serious canthek, tapi cam sayang nak makan juga..silalah dapatkan

Yang berkenan, email lah beliau, 6019-3004352 ni no untuk dikontak...silalah ya...

Ahad, 7 Jun 2009

Tragedi lagi

Aku baru pulang dari kampung dengan harapan untuk menyelesaikan berbagai-bagai perkara.Namun, segala-galanya kerja tuhan, keretaku dilanda kemurungan akibat kesesakan, dan akhirnya menunjukkan protes apabila mematikan enjin beliau sendiri di tengah jalan iaitu di lebuhraya. Nasib baik sudah sampai tol Ayer Keroh..Walaupun bertimpa-timpa hon di belakang, aku masih cuba memujuk beliau, 'hiduplah...hiduplah...plis...plis...' ......'hello....kau baru dibawa ke spa tak sampai seminggu...tukar segala macam..takkan dah tunjuk perangai..'..akhirnya ia mahu hidupkan enjinnya semula...Mak ai..aku dah lambat dah ni...Aku mahu ke kenduri Apis.. huh...dahlah sorang-sorang. Lalu menghubungi abah dan dinasihatkan berhenti di tepi tol itu untuk menunggu penyelamat iaitu sepupuku..Tapi oleh kerana semua pusat rawatan dan spa-spa berdekatan memang tak buka sempena keputeraan agong kita..maka haruslah pasrah..

Ku tinggalkan jua...'haa...baru kau tahu nasib kau'..... hubungi incik dd...dengan baik hati beliau datang ke Melaka, namun hanya tiba sekitar maghrib selepas menyelesaikan beberapa urusan. Dapatlah juga beliau berjumpa imam...ada rahmat datang ke Melaka menolong tunangmu ini...

Tetapi segala perancangan pada hari Sabtu tersebut hanya terbang bagai angin lalu. Tak dapat pergi ke majlis Apis sahabatku, terbatal lah temujanji dengan pembuat kek kahwin dan bridal di Melaka. Uuhh...memang boleh tahan dugaan itu. Setelah di susun semula..temujanji hanya boleh dilakukan pada minggu hadapan (minggu terakhir sebelum diijab kabul) ..gila!!..

Siang tadi, incik dd kata, kena bawa pulang juga kereta, mungkin akan diperiksa di Kl sahaja..aku takut, maka kami bertukar kereta, dan sebelum pulang, aku mahu juga singgah ke rumah Apis, dan dengan kesesatan, akhirnya aku sempat berjumpa beliau yang ingin bertandang ke rumah pengantin lelaki sudah... Tak mengapalah..asalkan aku dapat ketemu pengantin.

**Tak dapat menyertakan gambar kerana tak kuasa memindah.

Ouh ya..30 Mei lalu..aku berkesempatan ke Majlis puan Amy-Wan...hihihihi... Aku memang teruja..Oleh kerana tidak jadi pulang ke Melaka pada minggu tersebut, jadi aku membuat keputusan ke majlis beliau...

Silalah nikmati


Cantik kan Puan Amy..



Reaksi beliau tatkala aku menyatakan chandeliernya comel


Dan juga ini memang lah comell

Selamat berbahagia Puan Amy dan Wan....

Ihik...dan aku semakin kalot....Adoi...


**Puan Amy sgt tinggi.. ;P~

Jumaat, 20 Mac 2009

Bagaimana dengan pilihan anda

Aku tak beli cincin lagi...boleh ke?? bolehlah jawapannya...Semalam atau kelmarin aku ada baca paper pasal kejadian ni .. seorang lelaki akan nikah pada esok harinya...kemudian dia meninggal kerana kemalangan motor malam sebelum hari nikah...Inalillah...terkedu aku baca...muka depan metro..Bapak dia tunjuk beras2 dan persiapan barang untuk kenduri..aku sebak dan sedih..sebab kenduri kahwin bertukar menjadi kenduri arwah... dan yang membuatkan aku tiba-tiba teringat adalah kerana dia meninggal selepas keluar dengan bakal isteri membeli cincin kahwin...Sebab entri ini pasal cincin ..maka aku jadi ingin berkongsi sikit pasal kejadian ni... Gambar tunang dia pun cam bingung tapi tenang...adoi..taknak cerita lagila...aku tak boleh lah...

Ok tukar topik.. dulu masa tunang..aku teringin mahu cincin yang kosong tanpa apa2..cuma ada sedikit berlian di band nya sahaja..seperti ini..



Kemudian..serbei punya serbei..semuanya halus dan incik dd kata jari aku dahlah halus..haha..jadi akhirnya ketemu dengan cincin ku yg kini.. tiba-tiba pulak masa tu ada diskaun seperti biasa di Habib...(sentiasa ada sale..macam sogo pula)....dan kini untuk perkahwinan pula...aku ingin sesuatu yang nampak sesuai untuk majlis perkahwinan..sesuatu yang berharga kata incik dd...Lambang cinta abadi..dan jenis cincin yang kami pilih sangat lah bertepatan dengan lambang cinta abadi kami (pa wau ya wau) hahaha.. Kami sangat berkenan dengan cincin berlian seketul ni.. Dari pemerhatian aku..cincin ini memang banyak tapi bagaimana anda memilih ia yang menjadi perkara penting dalam pemilihan anda.. Sebelum kita melihat rupa-rupa ia...kita kena tengok dulu kriteria yang menentukan pemilihan cincin idaman anda ini..


Sila klik untuk imej lebih besar (senang nak rujuk)


Mula-mula memang lah aku tak paham..tapi bila dah diterangkan..faham lah jugak
1st.
cut-- sebenarnya ia terpulang pada anda..apakah yang menjadi idaman kalbu..
2nd-- color..yang ni sangat penting...paling terbaik adalah huruf D...anda harus pastikan harga cincin anda bersesuaian dengan warna cincin anda...kalau ada kuning-kuning sikit kurang kualitinya tapi ikut rank lah..kalau harga kow2 mungkin kerana carat dan karakter yang lain..jd carta ini sangat penting dek non..
3rd
--clarity..aku tak tau dalam melayu apa..tapi corak di dalam berlian itu juga memainkan peranan harga sebenarnya..aku tak tahu nak terangkan macamana..tapi turutan dari I3 sampai FL IF...yang paling bagus adalah FL IF.. dan harganya sekian lah..dan akhirnya yang paling ngeri sekali ....jeng..jeng...bawah ni
4.carat...yang ni lagi tinggi carat lagi dasat harganya.. (Mariah Carey punya cincin 4 karat dan harganya juta)..ahak
dan anda boleh serbei cincin berlian pilihan anda berdasarkan carta ini..Kalau anda ke Habib, Selberan, Tiffany n co, mereka akan tunjukkan carta ini..mula2 dulu bla..bla..bla..aku tak faham... yang penting aku tengok aku berkenan, aku nak...tapi bila dah tahu fungsinya..aku tahu yang mana sesuai untuk aku mengikut kemampuan...

Ok aku akan terangkan cincin pilihan aku dengan karakter dan harga sekali..Jadi anda nilaikan lah dan buat kira-kira anda tentang pilihan cincin berlian anda...

1st-cut pilihan saya adalah Round brilliant
2nd- Color yang saya pilih pula adalah J *update--J? kuningla..F or G pun ok
3rd- Clarity ialah VS1 VS2
4th- Carat pula ialah 0.6....sedikit ingin berkongsi... nampak kecil gila kan..tapi sebenarnya 0.6 keatas adalah berlian yang akan nampak cantik dan timbul..tapi bergantung kepada clawsnya...saya suka jika 4 atau 5 saja. kalau terlalu banyak tak nampak eksklusif dan terlalu sikit pulak takut tercabut batunya..seperti yang terjadi pada Nikki penyanyi tu.. Jadi timbangkanlah..0.5 ke bawah sangat kecil dan takut tak berapa nampak berliannya.

Jadi, Setelah membuat sedikit serbei...harga cincin untuk karakter di atas adalah dari RM10k hingga ke RM15k..
Maka anda nilaikan lah setiap karakter yang anda inginkan dan mungkin akan dapat gambaran harga yang bersesuaian ...
Ciri-ciri dan harga di atas bukan untuk apa apa sebenarnya..tapi kami sekadar hanya serbei dan akan nilaikan lagi mengikut kemampuan incik dd.. Jadi ia mungkin dapat jadi guide dan membantu anda serba sedikit..


Dan cincin saya mungkin berupa ini..saya mahu berliannya sedikit menonjol keatas..




dan ini juga..Tapi setelah meneliti saya lebih sesuai dengan White gold band





Ini juga melets



Tak silap saya ini 3 karat



Ada juga yang sebesar macam ni sekali er..haha



Tak sayang ke dijadikan rantai kunci??



Ouh yang ini jua..cut Emerald..indahnya..tapi tak pasti berapa carat
1 carat pun boleh jadi jua..



Yang ini seperti cincin Siti Nurhaliza




Wow... saya suka hijau ini..mungkin 2
atau 3 carat




Yang ini 3 carat..harga??? entahlah..yang pasti ngeri..




Jeng..jeng...




Ini pilhan incik dd..dia sangat suka batu biru berada di bandnya..ahak..dah jumpa tapi...haram lah...




Ini jua




Maka setelah membuat sedikit tinjau2an di sana sini...Tiffany n Co sangat tidak menepati belanjawan kami... Jika seperti karakter yang kami ingini memang lah tak dapat...kami pernah bertanya ia berharga RM25k keatas.. gila ke apa...Kalau cincin band kosong dan sedikit berlian kecil di sekitar band nya mungkin harganya tidak berapa mahal..... uuhh... Selberan masih logika lagi iaitu belas2 sahaja (logika mengikut karakter lah) ...dan akhirnya di Habib juga yang ok..ada diskaun lagi..apa pun...mungkin masih ada masa lagi untuk pilih dengan harga yang terbaik dari beliau..demi tanda cinta abadi...ahak..Incik dd..sayangnya saya pada kamu...(pa wau ya wau lagi)..



***UPDATE INFO FROM MISS HIDDEN WING

Princess cut tu square shaped..with same carat, princess cut selalunye cheaper than round brilliant cut..

Yang penting dlm pemilihan cincin adalah "cut" sebab itu yang akan menentukan kekilauan diamond itu & most crucial variable affecting the value of any diamond.

carat adalah weight, bukan size. tapi relatifnya kite nampak dari segi size lah selalunya hihi...tips nye..kalau suke bigger carat, cari yg colorless (D-F) /near colorless (G-J) sbb yg besa2 ni tendency utk org lain perasan "kekuningan" nye. if nak nampak besa, rather than expensive solitaire, Kita bley pilih yang mini2 diamonds to combine...taktau la cincin tu panggil ape..

talking about affordability, T&CO mmg tak berapa relevan.. so far prefer D&P Estrella collection..certified perfect cut diamond with reasonable price.

THANKS DEAR..





Rabu, 18 Mac 2009

Tentang

Bulan ini adalah bulan orang dikahwinkan...kan dayu? ihik... Sabtu lepas sempat meluangkan masa ke majlis perkahwinan Kak Siti aka angah di Shah alam. Majlis beliau dilakukan di Dewan Seksyen 17. Kak siti aka angah adalah wartawan berita minggu di Berita Harian. Kata rakan-rakan sepejabat beliau membuat persiapan majlis pun 3 bulan terakhir ini..kerana tak sempat bertunang pun..tapi alhamdulillah, akhirnya menjadi isteri jugak..Bersanding pada jam 9 atau 9.15 rasanya tapi aku hanya sempat sampai sekitar jam 9.30..Ingatkan udah lewat tapi...ternyata meleset tekaan ku...teka teki Buyong pijak pijakkan pun tak seperti ini..ok ..whatever.... La..rupa2nya tak makan lagi..kena tunggu pengantin turun makan baru boleh makan...aiyak...perut mak dah tak tahan lapar dah.. si Jiji, Nenah dan Semah (nama semua unik kan...hahaha)... lagilah tiba ketika jam berhenti di nombor sapuloh...ada ke patut...ingatkan diorang nak datang bila kerusi dah kena angkat... waktu mereka sampai jugaklah baru dapat makan...Maka beratur lah anak anak ikan untuk mendapatkan makanan...



Air dah habis diminum tapi belum menyantap lagi




Kak siti aka Angah yang chantek berserta pelamin yang melets..serta baju yg da vass..mana taknya..kain harga 3k...uhukk..mak tak mampu nok!


Cenderahati untuk tetamu



Sebenarnya, Kak Siti aka Angah ni banyak juga berjasa pada aku... Pada mula-mula aku masuk kerja beliau telah mempelawa aku dan jiji untuk menjadi model mekap Arabic..Eh...boleh ke? aku memang tak pernah memperagakan diri di dada2 sesiapa...maksud aku majalah dan akhbar ok...Maka beberapa minggu sebelum raya, pertama kali juga bertemu makeup artist Chomel yang memang chomel... berlakulah sesi fotografi.. Ahak...ala..untuk mekap je pun... kelam kabut juga kerana pada masa tu , banyak kerja sebenarnya...adoi... dan seminggu selepas raya...ia pun selamat keluar..muka tengah..ahak..watever je la..

Muka aku nampak 10 tahun lagi tua...aku masih muda lagi ok..
(abaikan hidung aku yang nampak pelik kerana aku berada di celah lipatan..arghh..tak patut betul)


Kemudian sekali lagi berterima kasih kepada Kak Siti aka Angah kerana beliau memfeaturingkan A'xteqs kesayangan dan juga rakan seperjuangan dari The Shoplifter malah menginterview kami tentang vintage.. Maka..aku gorang ke lah apa yang patut...kalau terhangus tu ..apakan daya... Terima kasih Puan Siti Nur Almizan...Selamat Pengantin Baru..

Ihsan Kitchtothebeat