Memaparkan catatan dengan label flora etc. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label flora etc. Papar semua catatan

Selasa, 23 Mac 2010

Flora Etc

Kisah sebelum ke Ipoh tempoh hari, sempat singgah di Flora etc untuk ambil bunga. Minta tolong my uncle sebab benda yang dicari dah tiada di merata. Maka, singgah ke sana buat pertama kali adalah sangat jakun ok. Memang dah lama nk menyinggah tetapi tidak berkesempatan. Suami sudah pernah kesana (tapi tak masuk) ketika ambil gubahan bunga untuk pelamin aku dulu.

Mari lihat hasil kejakunan aku.


Ni belum tengok rumah Razak lg..haishh


Sindrom kependiks'an..maaf..yang penting belakang meletopp kan..
**Lupa nak kredit baju dari butik Jai (one of committee of our gathering).. Butik Bajoo




Feeling sebagai customer..haha..motiff kan.


Ruang diskusi...erk..kerusi itu... humphh


Uncle Muzs saya ada juga mengutarakan supaya belajar gubah bunga dan kerja part time di situ bila kelapangan...woww... itu adalah peluang jongkong emas yang tidak bisa ditimbangkan lagi. Mahu sangat. Bila aku sudah sihat fizikal, memang mahu. Mungkin setiap Sabtu ke. Insyallah. .jika diizinkan.

Cerita lain
Aku tidak sempat mahu mengkabarkan berita gembira. Ada beberapa di kalangan kita sudah menghidu tetapi aku berdiam diri hanya kerana keadaan yang tidak berapa mengizinkan. Tapi kini bolehlah diberitahu bahawa aku mengalami keguguran baru-baru ini ketika kandungan mencecah 4 minggu. Tapi hanya tahu mengandung ketika 3 minggu dan sempat berasa seronok selama seminggu saja.

Tapi tak mengapa, tiada rezeki dan tuhan belum izinkan lagi. Aku dan suami mengambil langkah positif dan tidak mahu terikut-ikut oleh emosi. Insyallah, kami akan cuba lagi 'bila sudah boleh'..hehe...

kepada yang pernah tahu dan ucapkan tahniah..terima kasih ya. dan yang merisik2 ..aku tak menjawabnya,,aku minta maaf. Cuma diminta doakan supaya kami murah rezeki lagi ya... Temkiuk <3

Selasa, 9 Jun 2009

Aku wanita besi

Ya..itulah perkataan yang agak bertepatan denganku pada waktu kini. Kerana aku mulai biasa dah.

Jadual seminggu ini sangat padat..Semalam (isnin)..berjumpa dengan penggubah bunga
pada majlis nanti iaitu Uncle Muszku dari Flora etc...sambil mengintai isterinya Aunty Mida menyiapkan bunga Pahar yang sangat tradisional dan kaya dengan bunga-bungaan untuk ku..Aku lihat seimbas pun dah telan air liur..Aduh...Terimas sangat-sangat Aunty..jerit perih kalian sangat saya hargai. Kemudian terus bergegas ke Hartamas untuk sesi sedikit perbincangan dengan Chef Zainal Tg. Puteri .. Beliau ini juga sangat lah baik hati kerana insan yang turut menaja (ayat ini macam tak sesuai je--aku bukan artis k) mini pelamin dan kek di malam nikah dan resepsi...Ahak...Chef Zainal ini memang agak dikenali kerana multi bakatnya. Kostum teater P.Ramlee, majlis rakan-rakan artis (baru-baru ini Yatt), dan anda semua harus ke teratak hebatnya di Hartamas. Sekali datang memang akan terpesona dengan keihkhlasan beliau dalam memartabatkan dunia seni klasik---sila rujuk entry ini---
Bila berbincang, sungguh banyak idea-idea yang bernas...aku yang konon banyak idea(sambil datang bawak contoh-contoh) pun agak tekebelakang..hik

Dan Hari ini sangatlah menduga segala mala kesabaran.. Aku harus ambil baju resepsi dari Sitti--empunya Rumah Kebaya ... diwaktu juga kakakku dimasukkan ke hospital..Aduh..memang agak kelam aku. Sedih kerana...di waktu aku akan menuju kegembiraan..Kakak aku merana kerana terpaksa dibedah hari ini juga..Hancur luluh aku bila mengetahuinya.. Dengan kesesakan dan salah jalan ke sana sini..aku memang sangat lah tak boleh tahan..mengejarkan kakak aku yang menderita di hospital.. Aku harus ada di sampingnya...Mak berada di Melaka, Abah di Negeri 9 ...Tapi sesampainya aku di Ampang Puteri .. (dari Kl-Shah Alam-Kl semula) kecewanya aku bila tengok katilnya kosong dan dia telah pun dibawa ke bilik pembedahan. Aduhh!! serba salahnya tak dapat dibendung. Aku tunggu di ruangan menunggu berseorangan. Jururawat bilang pembedahan akan mengambil masa sekitar 2 jam. Oleh kerana aku ada temujanji dengan orang tentang hal kahwin ni, aku bergegas ke sana ..nasib di Ampang jua... dan kemudian mengisi perut yang tidak diisi sejak pagi dengan incik dd yang hadir menemani...Tup-tup sampai di bilik pembedahan...jururawat kata..pembedahan kakak aku telah selesai..dan beliau telah pun dibawa ke biliknye...Adus!! sekali lagi...aku macam orang hilang arah dah...kesana-sini...sudahnya..kakak aku mesti ingat dia sorang-sorang tanpa ada sesiapa yang menunggunye...'Anil ada lah sebenarnya'...

Sesampai di bilik beliau ditempatkan...dia dapat buka mata..dan aku berbual dengannya walaupun suaranya perlahan... Kemudian beransur-ansur adiknya dan rakannya hadir memeriahkan suasana... Kemudian aku harus beredar kerana harus kerja...walaupun sudah minta izin datang lewat......uuu....

Entahlah...sedangkan kakak aku ini akan jadi tunjang pada majlis perkahwinan aku nanti..Sedikit sebanyak, aku dan mak harus mengambil alih dan menyiapkan apa yang tidak siap di tangannya..Tak mengapalah..yang penting dia dapat berehat dan segera pulih... Ouh...tak kena lagi ke tajuk diatas dengan aku sekarang ni........