Memaparkan catatan dengan label pelamin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pelamin. Papar semua catatan

Isnin, 20 April 2009

Dua ke?

Kelmarin, mendapat perkhabaran dari abah. Aku tak tahu nak klasifikasikan ia berita gembira atau buruk.. Ah, tapi ia cukup membuat aku sedikit pusing. Abah balik kampung baru-baru ni, menempah imam@kadi untuk malam pernikahan ku (aku tak pasti mana satu sebenarnya..jahil sungguh). Kemudian membuat ukuran mana patut... tapak kanopi, langsir,ruang tamu, bilik dll..dan abah kata tapak boleh memuatkan 12 kanopi tapi abah buat keputusan hanya 10. (masih banyak bagi aku)..

Tapi itu bukan masalah utama...permasalahan sebenar adalah...ruang tamu utama seperti tidak begitu muat untuk pelamin...huwaaa....serious ke? abah kata terpaksa letak luar.. Argh...terkuranglah satu kanopi..dan aku tak bersedia untuk ia. pelamin diluar?? aku tahu cantik, lawa..bla..bla...bla...tapi...dalam kepala dah terfikir pelamin di dalam..hurm..dan yang aku tahu...kos bertambah lah!!!! ia bermula apabila aku bertanya pada abah 'habis nak nikah nanti macamane? orang sekarang tak sarung cincin dekat dalam bilik dah, sarung atas pelamin, bersila' abah kata ' sarung kat ruang tamu lah'... 'habis tu nak duduk atas apa?....maknanya kena buat mini pelamin lah gamaknya?....'ha..yelah' kata abah.....

Dush...adoii....ni yang aku tak gemar ni....memang tak gemar.. dan yang pasti, malas nak suruh Pak Engku buat satu lagi pelamin... dia haruslah banyak lagi yang harus difikirkan dan lakukan..dan untuk tidak menambahkan kos bayaran padanya lagi.. Aku rasa terpaksa DIY lah...huaaa...rasa macam nak menangis..Nasib baik aku dikurniakan kakak yang agak ditakdirkan kerja-kerja hias menghias ni..almaklumlah pereka bentuk dalaman. Tapi belum berbincang dengan dia lagi..Mesti dia macam terkejut beruk bila aku mengutarakan cadangan gila aku ini nanti.. dengan hantaran pun DIY.. sudahlah dibebani kad DIY yang aku sayangi ni...(aku tak menyesal ok..cuma memotivasikan diri)...uuhh.... Semoga kuasa kuda yang aku harapkan nanti aku muncul tiba..

Nama pun mini pelamin DIY..aku tidak mengharapkan pelamin yang indah-indah, gemerlapan dan apa pun lagi nama panggilannya...cukuplah ia nampak seperti pelamin yang sesuai untuk nikah..dan tak mahu lebih-lebih...aku segera membuat rutin harian sebagai bride-to-be iaitu menggoggle..

Tetapi nampaknya yang aku jumpa indah-indah belaka..







Yang pasti aku akan cuba meminimaliskan sebaik mungkin.......


**tetiba aku teringat..memang kena ada pelamin ni lah..kalau tidak mahu khatam quran di mana pula???