Memaparkan catatan dengan label mengandung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mengandung. Papar semua catatan

Jumaat, 5 Mac 2010

Tips untuk B2b dan anda

yuhuuu..ehem2...hari ni mahu berbicara perkara yang agak serius sikit.. tapi fun...eh...selama ni aku tak serius er? hurm...no komen. serius aku suka gembira2 kan hidup. tapi kalau tertekan...mengamuk tak ingat...haha...dan balik rumah pula dikerjakan Si Sabtu tu..habis tangan, muka, kaki dikerjakan dia..sabar je la.. karang aku makan..buat sup kucing..

ok. Nak tunjuk bahawa sejak 2 bulan ni, aku sedang baca buku ini..Bff hafifi yang bagi baca. Dia kata sangat bagus dan berfaedah untuk saya yang belum mengandung ini. Haa..sayang awak!!!

Tadaaaaa






Buku ni sangat sesuai kepada anda-anda yang masih bujang, merancang untuk berkahwin, sedang bertunang, yang baru berkahwin, yang sudah lama berkahwen atau pun para lelaki yang ingin tambahan ilmu pengetahuan.. Tapi lihat kulit buku macam terlalu advance ya????

ouh tak sebenarnya..cuba anda lihat tajuknya betul2... Ya, ia adalah buku ilmu sebelum mengandung.. Isi kandungan memang terbaik lah... Tak hairan bahawa ia adalah Best Seller untuk pregnancy book.. serata dunia okeh. Maka tak perlulah diperlekehkan atau memandang enteng tentangnya. Sebab ada alasan yang aku dengar...tebal lah , orang putih lah, ah..lambat lagi lah...atau pun malas...Terpulang pada anda...

Kebaikan yang aku dapati daripada ia adalah...

Apa yang perlu kita tahu sebelum kita boleh mengandung.. Selalunya, kita nak kahwin, kita hanya fikir tentang persiapan perkahwinan.. tapi yang ni terfikir tak??

Adakah anda cukup bersedia dan sihat untuk mengandung?

Orang akan selalu kata..Ya..dah bersedia ......tapi adakah anda rasa anda FIZIKAL anda CUKUP BERSEDIA?

yes!!! orang kata lepas kahwin, malam pertama, BOH terus...

tapi cukupkah ilmu anda untuk BOH terus tu??

Aku akui aku adalah termasuk golongan orang kurang ilmu tersebut... Yang kita tahu nak buat anak....bila jadi, ,melekat...YES!!! anda hebat....

tapi tahukah bahawa.. janin itu cukup sihat ke? cukup kuat ke?? semuanya gara-gara sifat malas nak ambil tahu.. bila mengandung...Yay!! berjaya...

bila sudah mengandung baru nak baca buku, nak tahu tentang segala2 yang perlu tentang kandungan....

Namun sebenarnya ia boleh dilakukan sebelum kita mengandung lagi..

APa yang aku dapati daripada buku ini adalah

Bersediakah kita untuk mengandung? Kenapa ia begitu penting?
Sebenarnya, healty pregnancy bermula sebelum perempuan mengandung lagi.. macam tak percaya kan?..Sebelum sperma dan ovum bertemu. Sebelum anda pulang dan beritahu suami khabar gembira tersebut, Sebelum ia mula berkembang hebat di dalam perut..

Kenapa aku berkata begitu? bukan aku ...tapi penulis buku ini... berdasarkan ilmu, buku, kajian sains dan lain2

Healty pregnancy bermula adalah sebelum kita menjangkakan kandungan itu. Maka, sebelum kita menjangkakan ia, haruslah kita bersedia dari pelbagai sudut.

Sudut apa??
Sudut bahawa keadaan fizikal kita dan pasangan cukup bersedia (bukan keinginan ok)..

1. Dari sudut medikal
-saranan doktor contohnya...Mesti anda ingat..."eh..aku bukan sakit pon..jadah nak periksa doktor' ...tapi anda lupa bahawa anda bukan doktor yang boleh menentukan keadaaan fizikal anda luar dan dalam..
-maka jalan terbaik adalah--- PRECONCEPTIONS CHECKUP (SANGAT PENTING WOOO)
dari sinilah anda akan tahu anda boleh dan cukup sihat untuk mengandung, Bukan hanya perempuan saja ok, pasangan pun boleh check.

Check apa?
Check general health.. seperti
-berat badan ideal, medication overview( ada ambil apa2 supplement tak, ubat2tan x?)
-Blood test- Penting, sebab ia akan merungkai segala macam sejarah kesihatan anda.(Mungkin pernah ada hepatitis b ke apa ke?
-Sejarah penyakit daripada keluarga seperti Kencing manis, Darah Tinggi, dll ... Jika ada..harus dapatkan nasihat doktor..kerana ia memungkinkan kita mewarisi penyakit tersebut lantas akan memburukkan keadaan ketika mengandung mungkin.

Kemudian pergi ke Gyneacological health ( PAKAR SAKIT PUAN)
-Yang ini sangat penting WOOOOO. Barulah anda tahu peranakan anda cukup sihat untuk mengandung ke tidak. Ramai wanita tidak menyedari perkara ini.
-Doktor akan memeriksa Ovari, rahim, ada sebarang masalah ke tidak, bagaimana dengan pelvik kita, pundi kencing dan juga period kita..

-ujian Pepsmere
Disarankan kerana ia adalah ujian untuk mengesan sebarang kanser servik, jangkitan apa2 virus dan simptom2 penyakit perempuan yang lain.

dan alhamdulillah..segala yang diatas ini telah selamat dilakukan olehku. tapi hasil ujian Pepsmere, aku tak ambil lagi. Tak takut tapi tiada masa untuk mengetahui keputusannya..heheh

-Imbasan genetik tentang latar belakang kesihatan keluarga kita. Untuk kembar pun kita akan tahu juga.

2. Pemakanan yang sihat
- Tolonglah sesiapa yang gemar Kopi, kafein supaya mengurangkan tabiat itu kerana ia akan membantutkan sistem kesuburan kita.
-Merokok dan Minuman keras juga tidak elok untuk kesuburan
- Terlalu banyak protein dalam pemakanan (aku dah berhenti minum protein shake)
- Lebihkan makan makanan berkhasiat seperti cereal, sayur2an dan juga buah2, maka..bila kita subur, dapat hasilkan janin yang sihat.

3.Financial prepp perlu...
Siapa kata kewangan tak perlu bersedia???? Bila kita sudah terfikir untuk mengandunglah, kita kena bijak berbelanja..apa yang perlu dikurangan. Memulakan tabungan untuk anak, barang-barang bayi

Bagi yang cerdik, dari sekarang sudah mula membeli kelengakapan bayi agar, ketika sudah ada ia...macam nak terberak nak beli pampers selalu, bertin2 susu..

Sekarang dah boleh beli pampers sikit2, susu, dan peralatan lain... lama2 jadi bukit kan...

Insurans juga perlu..Aku kini seperti mahu ada insuran PRU-lady. Persediaan bila menjadi ibu, jika apa2 berlaku, ada sokongan dari belakang, seperti kejadian luar jangka ke.

4. Persediaan untuk proses membuat bayi

yang ini sangat sulit untuk dicerita... bila masa yang tepat, keadaan yang sesuai dan cara-cara yang sepatutnya

Hahahahaha

Yang penting, diatas semua hanya sebahagian sedikit demi sedikit daripada isi kandungan buku ini. Bagaimana ia membimbing kita untuk bersedia ke arah bahagian penting dalam hidup kita. Bagaimana kita harus memikirkan dari sudut kesihatan. Adakah rahim kita cukup stabil untuk mengandung. Bagaimanakah mahu menghasilkan janin yang berkualiti. Maka, kita sendiri harus kualitikan cara hidup kita. Kerana datangnya janin itu dari kita dan pasangan bukan?? Secara bijaknya, kita sendiri tidak harus mementingkan diri sendiri tanpa perlu menjaga kestabilan dan kesihatan diri kita.

Maka, bukan ilmu ketika mengandung saja yang paling penting tapi sebelum kita mengandung itu sendiri!! Dimana kita dan pasangan cukup adil dan sihat untuk memberi nyawa kepada anak kita untuk menghindarkan perkara yang kita tidak mahu berlaku terhadap anak kita nanti. dan juga rahim kita. Untuk mengelak sebarang permasalahan terhadap kandungan sebelum kita mengandung. Ada baiknya kita sendiri pergi berjumpa dengan Gynea untuk mendapat nasihat dan pemeriksaan sebelum kita BENAR2 BERSEDIA UNTUK MENGANDUNG..

Jika ada yang bercadang untuk bunting pelamin, eloklah anda dan tunang membuat pemeriksaan kesihatan dan kesuburan untuk mengetahuidengan lebih jelas status kesihatan anda. Keadaan rahim anda sebelum anda DIBOHHH.. hehehe

Dan satu lagi yang aku sedari setelah membaca buku ini. Ia membuat aku sedar bahawa tiada salahnya kita mempunyai perancangan dalam kehidupan kita. Kita sendiri sebagai ahli dalam keluarga, mempunyai hak untuk memilih jalan yang selesa demi kebahagian yang kita tuju.

Aku cakap berbelit2? haha..Aku cuma ingin nyatakan disini. Merancang untuk mengandung tiada salahnya. Tidak kiralah anak pertama, kedua, ketiga atau seterusnya. Tiada beza, kerana hanya kita saja yang tahu bagaimana mahu mencorak kehidupan kita. Apa yang kita mahu tanpa perlu mendengar cakap2 orang. Hidup kita setelah berkahwin adalah untuk suami, apa saja keputusan, perbincangan sesama kita..itu yang paling penting. Suami adalah nakhoda keluarga. Hidup hanya untuknya sehingga lah hadirnya si kecil. Maka, tidak salah untuk mengabdikan diri untuknya puas2 sebelum kita betul2 bersedia untuk menjadi ibu pula. Berkahwin adalah untuk hidup bersama suami, sehidup semati dengannya. Itu menjadi matlamat utama sebelum kita memikirkan hadiah untuknya pula. Jadi tak perlu pertikaikan berapa lama masa itu diambil.

TIdak perlu bersikap prejudis atau diktator hanya kerana mereka ingin bercinta sepuas2nya tanpa kehadiran si kecil secepat yang mungkin seperti masyarakat kita selalu adili. Membuat kesimpulan mereka tak puas bersosial, kewangan kurang stabil, mahu berbulan madukah adalah kenyataan kejam yang terlalu subjektif utuk dinilai. Adakah kita terfikir apakah punca2 nya? Kita tak pernah tahu kerana mereka bukan suami atau isteri kita. Mahupun keluarga kita. Hanya kerana cakap makcik2, cakap orang2 tua atau 'banyak orang kata' merancang tak eloklah, apalah untuk anak pertama..kita terus menghukum mereka. Ouh tiada langsung hak kah untuk mereka membina hidup tanpa perlu diadili masyarakat luar??

Kita tidak pernah bertanya kenapa..kerana kandungan buku itu buat aku celik.. Terlalu banyak faktor untuk kita mempertahankan hak itu. Sebab2 positif yang aku dapati daripada buku itu untuk cukup aku fahami.

Biarlah mereka ingin bermanja sebelum memikul tanggungjawab besar

Biarlah mereka bercinta dan mengenali hati budi masing-masing setelah berkahwin

Biarlah mereka cuba untuk menyesuaikan diri dalam alam rumahtangga yang masih baru

Biarlah mereka merencanakan kehidupan yang stabil dan normal seperti yang mereka inginkan.

BERILAH mereka ruang untuk membina kehidupan bahagia mengikut jalan yang mereka inginkan.

Kita sebagai manusia tak perlu meghukum dan bersikap prejudis. Setiap rezeki datang daripada-NYA.

Kerana jika tiba masa itu...kehidupan, kasih sayang ,duniawi hanya untuk dia.. Si kecil yang sangat tidak ternilai itu. Maka, sebelum betul-betul tiba saat itu, nikmati kehidupan anda bersama suami sepuas mana anda mahukan. Tidak perlu mendengar tohmahan masyarakat. Mereka yang konon bijak pandai itu juga yang akan menjatuhkan kita bila mereka ingin menjatuhkan kita. Manusiaaa.

Ingin aku petik kata Hazrizal Abdul Jamil daripada buku "Aku Terima Nikahnya"

Pada bab terakher - 'Dua Sepasang Itu Masih Ada'

"Kerana sibuk dengan rutin seharian, kita tanpa sedar membiarkan identiti seorang suami dan isteri tenggelam. Suami lihat isteri sebagai ibu kepada anak-anaknya. Isteri pula lihat suami sebagai ayah kepada cahaya mata mereka. Pandangan suami dan pandangan isteri hilang tanpa sedar. Apa yang tinggal hanya pandangan ibu dan bapa melalui anak-anak yang memamah seluruh masa yang ada di dalam rumah tangga"

Renungkanlah..... Tidak salah meminjam sedikit masa itu untuk memberi sepenuh kasih sayang tidak berbelah bahagi kepada suami sebelum ia tumpah kepada anak-anak pula. Rebutlah peluang itu selagi boleh

dan petikan dari entri ini cukup syahdu


***Maaf entri panjang gila dan harap maaf juga jika mengguris perasaan seiapa..daku cuma berharap anda dapat manfaat darinya kerana aku hanya ingin berkongsi dan ia semata kerana niat yang baik :D