Memaparkan catatan dengan label rompakan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rompakan. Papar semua catatan

Selasa, 21 April 2009

.........!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Aku masih trauma dengan kejadian yang berlaku malam tadi. Pulang dari pejabat, berlaku kejadian rompakan teksi di hadapan mataku, teksi berhenti tiba-tiba, kala itu hanya aku saksi tunggal kejadian. Pemandu teksi berlumuran darah,beliau ditolak 2 orang lelaki keluar dari teksi dan dibelasah bertubi-tubi oleh lelaki-lelaki melayu di lorong itu ..setelah itu pemandu masih cuba melompat ke teksi tersebut, dan beliau diseret oleh teksi yang dirampas penjahat durjana itu.. Aku tergamam, tangan sudah menyusup ke tas untuk mencari telefon...Dalam masa sama, aku cuba nak kejar teksi tu, tapi ditahan oleh pemandu yang telah pun terjatuh akibat diseret teksi tersebut dan meminta pertolonganku...Aku tergamam, lantas menjerit 'saya takut' beliau mengetuk-ngetuk pintu dan cermin keretaku merayu pertolongan...Aku yang pada mulanya mahu bukakan pintu, lantas mematikan hasrat...' cuba kalau ini adalah sandiwara mereka...aku belum mahu mati lagi'..tup aku tutup semula cermin kereta...pemandu masih merayu, dan makin aku lihat darah yang mengalir di badannya, aku makin takut..Aku terus pijak pedal dan memekik ke arahnya...'saya telefon polis!'...Pada masa sama, aku cuba berhenti agak jauh dari lorong tersebut dan tahan beberapa buah kereta, tapi tak berjaya...

Lantas dengan tangan menggigil, aku dail 999, tak dapat....Ah! cuba sekali lagi...dan akhirnya dapat...aku meracau-meracau sambil menjerit...ada orang kena rompak!! ada orang kena rompak! berkali-kali aku kata benda yang sama..Operator suruh aku bertenang sambil bertanya kejadian yang berlaku, kemudian menyambungkan ke talian polis..Aku dah menangis ketakutan ketika itu..Betapa aku rasa bersalah kerana tak dapat menolong pemandu tersebut..masyallah...tapi takut bukan kepalang... Aku hanya dapat menolong dengan cara tersebut saja..

Polis merekod nama dan no telefonku. Dalam perjalanan, aku sempat terfikir, kalaulah pemandu yang cedera tadi tak tahan kereta aku tadi, dan aku terus kejar teksi yang dirampas tadi, kemudian bagaimana kalau mereka menyedari lalu berhenti dan menghalang kereta aku, aku gelabah tak dapat undurkan kereta aku..dan mereka mengejar aku pula...Astagfirullahalazim....tak tahu nak kata apa...

Aku hubungi abah..sambil menangis aku beritahu apa berlaku, abah suruh aku bertenang dan terus pulang ke rumah, selepas itu aku hubungi jiji..kerana kereta beliau tak jauh di depan ketika kejadian berlaku, beliau bersyukur kerana sudah berada di hadapan sedikit, jadi dapat mengelak apa-apa sahaja yang tidak elok berlaku.

Aku sedikit trauma di dalam kereta, mula pandang-pandang semua kereta di sekelilingku, aku jadi takut..dan mulai esok aku tak akan lalu kawasan tersebut lagi. Minta dijauhkan!!

Kemudian sejam kemudian barulah dapat bercakap dengan incik dd, ada rahmat beliau mereject rumah di Bukit Jalil. Kata beliau, tak mungkin beliau benarkan aku balik kerja malam-malam sejauh bukit Jalil.. setelah apa yang terjadi. (akan cerita pasal rumah di entri lain sejurus emosi kembali normal)

Rakan-rakan sekalian, berhati-hatilah dimana jua anda berada, kerana malang itu tak kenal bau..sedap atau busuk..

Need a rest!!!

***Edited...kejadian berlaku di bangsar, belakang ofis je, bukan bukit jalil...Bukit Jalil is ok, tapi terlalu jauh dari bangsar and tempat tu sunyi..jadi saya takut perkara-perkara seperti ini berulang kerana saya balik kerja pada jam 11-12 malam. Maka terpaksa cari rumah berdekatan sahaja untuk keselamatan..