Akhirnya...ia telah sampai ke tanganku..Terimas Abg Farul dari Click*Syndicate dan jua Zairus atas hasil kerja yang amat dedikasi sekali.. Padaku, hasil kerja beliau ini agak kemas dan teliti. Ketika sesi penggambaran pun beliau terlentang, terbaring, dan hampir menjerumuskan diri ke dalam lumpur. Maka hasilnya, memuaskan hati.
Tema diserahkan bulat-bulat kepada kami, Oleh kerana aku datang daripada keluarga yang mencintai segala-gala tentang klasik, haruslah pilihan utama kami adalah tema lama dan konsep tradisional..Awal awal memilih lokasi ini kerana terdapatnya sawah padi. Kemudian, atas permintaan Abg farul, kami dikehendaki memakai persalinan putih suci seperti pasangan mempelai. Aku dan Incik dd teruja juga.. dan akhir sekali, (aku menanti2 saat ini)..seperti bersesuaian dengan lokasi tasik, telah ditakdirkan persalinan putih yang santai telah pun aku bawa. Ahak..
Lokasi tersebut adalah Bukit Cahaya Shah Alam. Silalah rakan-rakan jika ingin kesana. Sangat sesuai untuk segala sesi konsep. Tapi awas.. diwajibkan membuatkan surat permohonan dahulu, tujuan, berapa individu, dan kereta tidak boleh dibawa masuk ya..tapi boleh mohon..jangan risau.
..............................
Nikmatilah kalau sudi















Maaf..saya sudah kecapekan saat ini.
Tamat...sekian...
Sesiapa yang berminat menggunakan khidmat beliau, sila2lah ke laman sesawang beliau. Click*Syndicate sedang mengadakan promosi..