Memaparkan catatan dengan label Hari raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hari raya. Papar semua catatan

Selasa, 1 Disember 2009

En Aidil dan En Adha

yuhuuuuu...... maaf lah sekiranya seperti seabad tak mengemaskini blog ini dengan entri-entri yang mungkin tak berapa menawan hati, siok sendiri dan tak kurang juga perasan lebih...haha...okeh...jangan dilayan kepala tingtong aku yang bukan kerana minuman keras seperti besi itu okeh.. tapi kerana tiada sebab musabab... Mungkin hari-hari ku begitu bermakna dengan kehadiran internet di hujung jari, anggota baru di rumah...ouh...kehadiran internet di hujung jari aku ni hanya lebih memuaskan nafsu ubertwitter hamba saja... Aduh... kan..sudah ku bilang.. dulu sibuk dengan muka buku maka aku abaikan sedikit blog, tapi kini ubertwitter.. Lebih2 lagi sejak ada tweetphoto, kengada2an ku semakin menjadi2....

Baiklah...mari pendekkan cerita..sebelum aku merepek2

Maka...mari berucapan Selamat Hari Raya Aidiladha... Ucapan kali ke2
anda beraya dimana?
Apakah aktivti seronok anda...
nama pun pulang kampung..pasti seronok kan.... tapi ada juga yang tidak seronok pulang ke kampungg...sebab?? banyak sebab....tidak rapat dengan saudara mara, atau terlalu urban maka tak suka kampung atau tak suka raya... hak

yang pasti aku bukan golongan tersebut...Iklan dan drama-drama melayu sangat bertepatan dengan pemahaman aku...Jika pulang kampung pasti seronok, tak sabar2...itu juga yang berlaku pada masa kecilku... Bila sebut balik kampung...amboi ...dah siap2 punggah baju untuk kemas dan masuk dalam beg..

Raya haji baru-baru ini, seperti biasa lah pulang ke kampung halaman tercinta, Melaka...rumah nenekku aka rumah bibik(mak saudara ok..bukan bibik indon)...

Diikutkan ini pengalaman pertamalah suami beraya di kampung aku, yelah kan..raya aidilfitri lalu, kami beraya di Pasir Salak..tapi nama pun raya haji, sambutan ala2 saja...tak ramai yang pulang kerana makcik2 ku pergi haji... Kami mempunyai 3-4 buah rumah di sekeliling yang diduduki makcik-makcik ku.. Maka, sepupu-sepupu mengambil peluang beraya di Kl tak kurang di kampung mertua...

Khamis jam 3 pagi baru aku tiba di Melaka bersama suami dan abang aku.
Pagi raya tu, memang liat nak bangun kena sembahyang raya...aduh...tak cukup tidurlah kan..


Pulang dari sembahyang raya terus capai bb update twitter...hak menggeletis



Kemudian boleh tak ada seprais lagi...kali ni bersama abang aku yang harijadinya jatuh pada esok hari....aduhai...aku sayang 2009


Kek oren buatan kak pija diatas..sedappp...dan lilin takda elektrik...kool habess


Kami di pagi raya..abaikan aku yang huduhss


Maafkan kami laki bini...


Menggedik sebelum ke rumah mak uteh yang selang beberapa buah rumah


Petang tu, beramai2 dtengok 2012 sampai 12 keping tiket..Padahal kebanyakannya dah tengok...pasrah ajoo


Kemudian...setelah menonton Nur kasih malam itu, kami dengan jayanya pulang ke Home Sweet Home di Kluang...waaa...rindu di rumah kami sendiri...

Esok pagi2 dengan tidak laratnya...serbu Kluang railway yang asli...Aku tak suka cawangannya, kerana tiada originaliti...Yang aku terbayang2 sebelum tiba adalah nasi lemak meletup...tapi kena berebut dan tertunggu2 jika ada lagi..



Sampai sahaja kena beratur ok...menanti meja kosong..kami orang kluang dah biasa dah..



Kemudian....tunggu di sekitar2 meja pula...gila kann..


Minah ni sama jam dengan aku





Gila old skool..


Menu yang aku tak tahu dari kurun ke berapa


Inilah roti bakar bulat idaman masyarakat


Pembancuh teh tarik atas tu..haha...abah suruh snapp



Rambut adikku kini


Nilah nasi lemak 60sen yang aku puja2..sampai boleh buat bergaduh dengan orang gara2 nasi lemak ni tau


Sila semak order anda k


Kluang mall....dah upgrade si Kluang ni


Kemudian main boling suka ria...



Balik KL jam 6 setengah pagi pada Ahad lalu dan tiba di rumah tidur kejap, kemudian pergi kerja...hah...motif...badan penat tapi seronok...saya suka balik kluang...

Nanti akan diceritakan anggota baru sepanjang penggembaraan di Kluang...siapa yang follow twitterku mungkin dah tahu... ;P~

Yay! minggu ni balik kluang lagi....Bff...sian ko kerja lagi...motif???

Khamis, 8 Oktober 2009

Unit kami

Minggu lepas, buat pertama kali , jabatan kami iaitu grafik b.harian mengadakan jamuan hari raya kecil-kecilan. . SOrang RM10 saja yang diperlukan, tapi makan ya ampun sungguhlah kenyang..dan sebelum memulakan sesi makan iaitu selepas waktu kerja...kami mengadakan sesi fotografi dahulu dan haii.... di sini nak ikutkan semua lelaki ade DSLR...jadi..maafkan kami kalau perempuan yang hanya 6 orang saja ni menghiasi skrin-skrin kamera mereka..


Seorang 'missing in action'


Di sekeliling hanya perempuan saja yang berposing


dan kami...santapan kamera mereka..


Jijie...mulut ko tak boleh lentik lagi ke?


Kami


Sporting kerana sang lelaki sanggup bawa baju melayu dan tukar pakaian selepas kerja


Nyummmy


Stok yang menunggu giliran untuk diratahi


Tengok...waktu nak makan pun, masih nak mengklik


Aku makan pun jadi ratahan skrin..



TIdak terlambat kiranya...sempat diselitkan..beberapa hari menjelang aidilfitri..kami sempat berbuka puasa bersama unit hiburan di menara KL.. Santapan memang enak..terima kasih kerana sudi menaja...

Kumpulan besar- Unit hiburan dan Unit Grafik Berita Harian


Sebahagian dari kami yang dapat hadir


**Kredit untuk sang lelaki grafik B.Harian


Selasa, 29 September 2009

Raya seterusnya

Sambung kembali kisah raya...tak basi lagi kan...

Hari raya kedua agak mencabar kerana aku dan suami akan pulang ke Negeri Sembilan pula..Rembau pojaan hati.. Namun begitu, pagi-pagi bangun harus pusing ke rumah bapa saudara suami dulu.. Tengah hari menjelma je...lantas...aku pun dah panas bontot..Antara Perak dan Negeri Sembilan bukan sedekat Sogo dan Mydin..

Bertolak dari Perak, suami bawa kereta macam nak terbang.. Setibanya di Senawang, jammed pula.. Apalagi..haruslah lorong kecemasan sehinggalah tol Simpang Ampat.. Sah memang dah tertinggal rombongan.. Setibanya di Rembau, keluarga dan saudara maraku baru saja keluar dari rumah Long Sipah ataupun senang kata rumah Amy ataupun juga...hehehe...orang kenal dia sebagai Phia.. Dia adalah saudara saya, dulu berjiran di kampung moyang iaitu di Kota, dari kecil sehingga usia belasan tahun.. Walaupun kecik comel lote..dia berpangkat mak saudara..jadi dengan rasminya dia makcik amy kepada aku...Amy jangan marah naa...


Setelah jam 5
Dia kata..'jangan masuk blog k'
tapi aku mahu...hahaha



Cuba catch up kembali rombongan, lantas destinasi ke Port Dickson pula. Rumah Mak Teh iaitu sepupu abah.. Sebenarnya setiap tahun, jadual raya adalah tetap..dan aku tak mahu ketinggalan jadual hari raya kedua walaupun kini sudah berbahagi raya.

Salah satu aktviti mereka adalah.........

Menonton album kahwin aku... ;P~


Abah dan Mak ngah dah kepenatan sementara yang lain dok sibuk mengulit album


Mereka keletihan tapi aku kata...hello..daku dari Perak ok...come on lah...ini raya lah..


Setibanya di kampung tercinta..Kota, Rembau..Ini rumah moyang aku..belah abah..Destinasi wajib...Walaupun aku tak sempat ketemu atuk, nenek sejak lahir namun, kami seluruh warga rumah ini...(semua adik beradik abah) tidak pernah mengabaikan rumah pusaka ini.. Ikutkan atuk dan nenek berpindah randah sebab atuk polis. Abah dibesarkan moyang (aku sempat ketemu moyang hingga aku darjah 4), dan rumah ini juga tempat adik beradik abah dibesarkan. Maka sangat tidak relevan kalau rumah ini ditinggalkan. Mana lagi generasi kita nak balik kampung bila tiba raya jika kita tidak pelihara rumah pusaka walaupun orang tua dah tiada.. Kami tak nak anak cucu nanti beraya di bandar hanya kerana tiada kampung lagi. Sedih..


Serambi yang telah menyaksikan banyak persandingan sejak tahun berapa puluhan tah hinggalah zaman 2000 an ni...(pakcik bongsu aku kahwin)..hehe


Suami memang teruja nak balik Kota ni..aku sibuk cerita ada sungai di belakang rumah, ada kambing, lembu, kerbau di sepanjang dan celah-celah jalan.


Masih cuba sedondonkan diri walau tak berbaju melayu lagi suamiku.. ;P~


Ha...acara yang dinantikan sejak siang hari lagi oleh segenap makhluk di rumah ni...

PERANG MERCUN!


Ini kepalanya..Pak Lang dan adik aku


Tak kira tua muda..Pak uda aku pun test power


Udara pun jadi kelabu asap dek mercun..Lihatlah warga perempuan..hanya jadi penonton..


Mercun papan.....Lihat ini.......


kemudiannnn......
Wahahahahaha..dimanakah mereka..cuba teka....hahahaha...
Kena ada telinga yang tebal macam goblin bila berada di celah letupan itu seperti merekaa.....



Sesi kemuncak...pembakaran thunder clap 10 batang serentak..memang gilakk..


Hahahaa...sembelit aku nak capture saat ni...


Beginilah askar mercun yang tegar menyambut kemenangan


Sementara ituu...
Sepupu dan anak buah yang harus dicubitt



Giliran aku pula, walaupun dah tamat program..
Jika dilihat, seperti aku mengenggam thunder clap tu...hahaha...



Balik semula ke Melaka pada malam itu juga....

Raya ketiga...




Masih cuba... :D


Lokasi terakhir..Rumah Pak Longku di Bukit Katil





Boleh kah asyik menempel saja...


Habis sudah gambar hari raya. Hanya ada di sekitar hingga raya ketiga sahaja. Kerana aku pulang ke KL dan bekerja pada keesokan harinya. Sedangkan mereka sedang begumbira di kampung... Haha....Ketawalah...

Namun begitu, raya keenam iaitu cuti hari minggu , dapat pulang ke tanah air iaitu Kluang. Oleh kerana bateri tiada, maka..tidak dapatlah aku mematri memori di Kluang Rail Coffee yang menjadi agenda wajib setiap kali pulang ke Kluang..

Kesimpulannya, dalam masa 7 hari, 4 buah negeri aku beraya..Huh...tapi jarak tidak membataskan rayaku..

dan gembira kerana pengalaman pertama beraya sebagai isteri dan di tempat baru menjanjikan kelainan.

**dan pertama kali juga akan mahu mengadakan rumah terbuka di kediaman sendiri nanti..UUhhh....