Seperti yang aku pernah katakan dulu, aku akan mendedahkan jurugambar rasmi di majlis aku...Kerana kemalasan yang melandaku sejak azali lagi, pagi ini aku gagahkan diri membuat entri tentang jurugambar yang aku kagumi ini.
Sesi perkenalan
Pembikinan kulit album Iz 
Aku sendiri kipas susah mati siri ini
lazatnyaa....Aku dah lama
stalk Syahrin ini
(merupakan anggota Click Couture) hasil-hasil kerja dia dah puas aku gode, konon kipas susah mati secara senyap lah... Masa bertunang pun aku tunjuk hasil-hasil foto beliau pada jurukamera,
Oat..konon aku nak sudut macam ni , macam tulah, pokoknya sebiji macam syahrin aziz (SA)...alahai..nama pun SA takkanlah dapat yang serupa, kalau nak sila lah tempah beliau...
Setelah meneropong bermacam-macam jurukamera dari pelbagai sudut rupa, karya dan juga harga, aku melakukan sesi pembentangan kepada incik dd..Kerana beliau seorang yang agak mementingkan kesempurnaan serba serbi (manusia tidak sempurna sepenuhnya)--sila rujuk entri
Aziyana--..Maka, aku pun tunjukkanlah hasil karya SA...tapiii...ooppsss...sebelum itu, kerana aku juga adalah golongan pengkarya seni, incik dd telah menunjukkan aku jurukamera yang telah direkomen oleh kawannya...ouh...terima kasih... hasil ok..tapi tak cukup menggembirakan hati saya... Saya usulkan kembali video dan karya SA...maka...sangatlah berterima kasih kepada pasangan ini....
.........................
......................................
...............................................
...............................
Anas dan Aliah
Mekap oleh Sue cantik...ouhhh (untungnya kamu diah)


Mekap oleh Saidatulnisa
Tidakkah ia suwittt..
Pasangan paling ideal

; )
kerana incik dd telah mengesahkan cap mohor semuanya gara-gara terkesan dengan pasangan sepadan ini
Dear
WLT aka miss hidden wing, mereka inilah yang saya katakan dan telah menjadi titik tolak semua ini. Asyik bukak katop, bukak katop video, gambar mereka, sampai aku tak tahan..bagi aku terlalu banyak gambar kahwin di merata web..tapi bagi aku mereka tetap mengesankan sesuatu yang tak dapat dibendong dalam hati. Video yang syahdu dan tenang. Selain itu, yang membuatkan SA lain dari mereka di luar sana, adalah kerana sentuhan beliau yang tampak
pleasant, ikhlas, lembut dan ia amat bersesuaian dengan tema perkahwinan itu sendiri. Ya..saya tahu terdapat banyak jurukamera hebat dan meletup di luar sana.. dengan sentuhan yang menjadi
trend terkini, gambar penuh dengan suasana
joyful, ceria, gelak,
fun..Tapi semua
moment itu dah selalu aku lakukan dalam kehidupan seharian. Yang aku perlu adalah saat indah bersama orang tersayang dan hanya gambar yang dapat mentafsirkan perasaan tersebut. Kerana apa yang aku ingin dan cari selama ini ada pada beliau....
(walaupun aku tahu aku agresif, dan tak dapat menahan kelakuan ku)Makanya..aku
email SA, dan beliau seorang yang mesra alam, lantas merangka temujanji, dan akhirnya...fuh lega.... pada hujung bulan dua yang lalu..kami selamat menempah beliau sebagai jurukamera rasmi kami. Untuk kesemua majlis..Dalam perjalanan pulang...aku tersengih tak berhenti-henti.. Pejam mata, tutup mata..memang realiti...
Dan yang peliknya, kami masih belum menempah videografer, nampaknya Syahrin Aziz sekali lagi lah....
Sepenuh terima kasih
TheweddingdiariesSyahrin AzizFlickr: Syahrin AzizClick Couture******..dan seperti kata seseorang... majlis akan berlalu pergi, tetapi kenangan perkahwinan yang di patri indah di dalam album akan tetap setia menemani kita selamanya. Itu sahajalah yang akan menjadi tinggalan untuk ditatap anak cucu... (huh..tak percaya aku katakan ini)
.............................Waktu tidur sudah menjelma...zzzz.................