Memaparkan catatan dengan label b2b gathering. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label b2b gathering. Papar semua catatan

Rabu, 14 April 2010

PERHATIAN SEMUA!!!!

WOOOOOO.. ini betul2 punya abai ni..wuhuuu..sorri.. Serius, betul2 sibuk dengan pekerjaan harian dan pekerjaan sampingan. Bertambah pula dengan perkerjaan sukarela sampingan yang lagi baru aku lakukan. Sesungguhnya 24 jam tak cukup okeh . My sputnik swthart punya wedding pon aku tak review lagi.. Sori puan Ami.

Tapi kehadiran entri ini sebenarnya ingin menyelamatkan keadaan..

PERHATIAN!!!!!!

SESIAPA YANG ADA BUAT TEMPAHAN DEKO ATAU LAIN2 SERTA MEMINTAKU EMAIL APA SAHAJA TERHADAP ANDA PADA B&B GATHERING TEMPOH HARI SILA EMAIL PADAKU SEMULA CARA-CARA MENGHUBUNGI ANDA KERANA BUKU PELANGGANKU YG COMEL DAN BERWARNA BIRU ITU HILANG. SUDAH CARI BERMINGGU2 TAPI TIDAK KETEMU. MUNGKIN TERCICIR DI THE ZON...OUH SILA NANGES.

PLIS..PLIS EMAIL KU SEMULA. ADA DIANTARA ANDA YANG SUDAH MEMBAYAR BOOKING LAGI..UWAAAAAA....

Semoga segalanya kembali pulih ya. Maafkan daku..

Khamis, 1 April 2010

Ren-da Bellezza









Ehem..ehem..minta perhatian semua...jangan malu2..sila2 jangan tukar siaran anda, letakkan pen dan tutup tv sebentar (elehh..macam penting sangat saja)

Seperti yang anda ketahui. Jika sesiapa yang hadir pada gathering tempoh hari mesti tahu apakah yang mewakili booth ku. Paling tidak pun tertanya-tanya...

Baiklah dengan ini aku ingin umumkan secara rasmi tentang kelahiran perniagaan baru kami iaitu

Ren-da Bellezza

Ren-da Bellezza?
Bellezza berasalah dari perkataan Itali iaitu cantik
Maka, gabungan dua perkataan itu bermaksud renda yang cantik,

Kenapakah nama ini wujud? dan apakah simboliknya dengan logo yang kami gunakan.
Kerana cantik berkaitan dengan cermin. Kita lihat cantik, kita ingin lihat cermin. Logo pula kami ketengahkan imej cermin berinspirasikan motif victorian. Dan semua tahu cermin victorian itu berkait rapat dengan kecantikan.

Kenapa cantik? Kena ke?
Cantik itu sempurna. Kesempurnaan merupakan prinsip kami. Makanya, sempurna menjadi objektif kami dalam mengendalikan setiap majlis atau perkhidmatan. Dan setiap majlis yang kami kelolai semoga ia menjadi sempurna. Itu harapan kami. Insyallah..

Ok.Mari kita cerita kenapakah ia wujud. Untuk pengetahuan umum. Ia adalah perniagaan keluarga. Sejak tahun lepas, abahku yang tercinta telah memulakan business event planning untuk majlis perkahwinan dan persembahan nyanyian. Antara perkhidmatan adalah:

Penyanyi
Penataan cahaya (lighting)
Kumpulan muzik
Penari
Penataan bunyi (PA system)
Susun atur majlis

Oleh kerana, beliau selalu buat untuk wedding, maka lahirlah idea untuk melibatkan kakakku, aku dan suami.

Kakakku pintar dalam gubahan, selama ni asyik tolong orang, saudara mara buat hantaran, deko. Jadi daripada membazirkan bakatnya. Maka lahirlah rantaian dalam bidang gubahan dan deko ini memandangkan aku sangat sukakan deko to the max

Penglibatan suami pula, pekerjaan beliau banyak melibatkan majlis korporat dan mesyuarat2 serta aktiviti politik dan sang menteri. Maka, memang secara tak langsung terrrrrjoin pula bidang kanopi.

dan abangku mengendalikan perniagaan kecil2an dalam bidang percetakan tanpa pengetahuan kami.

Maka, hasil dari kata sepakat. Lahirlah Ren-da Bellezza

Demikian adalah perkhidmatan2 yang kami sediakan



Alhamdulillah..sepanjang gathering tersebut, sudah mula nampak perkembangan positif dimana terdapat dikalangan anda yang sudi memberikan kami peluang.

Maka, bakal-bakal pengantin. Sesiapa yang sudi, silalah email saya di a.xteqs@gmail.com jika ada sebarang pertanyaan tentang perkara berkaitan. Sokongan anda sangat kami hargai. Peluang anda tidak akan kami sia-siakan

***LAMAN WEB MASIH BELUM DIAKTIFKAN LAGI. INSYALLAH IA AKAN DILANCARKAN SECEPAT MUNGKIN BERGANTUNG KEPADA KONDISI PEREKA WEBNYA YANG KINI AKAN BERKAHWIN.


Selasa, 30 Mac 2010

B&B Gathering yay!! *updated more pics




Yay! aku punya masa akhirnya untuk entri B&b Gathering yang terulung ini. Happening tak usah katalah. Aku tiba jam 11 setengah dan baru selenggok dua lenggok, datang Hazlie kata giliran mekap untuk aku dah tiba. Terkesima sekejap kerana kasihan laki dan abang aku akan setup booth sendiri. Ketika itu hanya booth Diah dan Jai sahaja yang ada.

Hazlie memang teliti


Mekaplah aku selama sejam setengah dan ketika jam 2, aku dengar ramai gilaaaa dah ada.. Aku dan Hazlie dah mula panas bontot..lagi2 aku..kan aku committee. Bila aku keluar jee, Masyallah...punyalah ramai..adoii!! Kelam aku terus ke booth..dan terpana tengok suami dan abangku hias booth itu..(Walaupun lari daripada lakaran asal)


Booth kami (sebelum)


Ren-da Bellezza (selepas)
pssst: entri tentang ia akan menyusul nanti



Baju kahwen ku


My booth disetup suami dan abangku
thanks zaza atas gambar ni



Koleksi klasik A'xteqs..tapi orang tak perasan sangat kot plus semua pengantin hunting for wedding stuffs pun kan...hehe


Sambutan memang sangat Dasat.. Aku pun terkejut kerana tidak kusangka seramai ini. Walaupun aku percaya memang ramai Walk in, tapi yang penting objektif kami berjaya. Dan kesibukan aku membantu Jai menjadi Emcee bidang terjun pada petang itu, membuatkan ramai pelanggan berpotensi berlalu pergi kerana tuan booth tiada. Suami dan abang pula hanya dapat membantu apa yang boleh. Akhirnya, aku terpaksa kembalikan mikrofon yang best itu kepada Jai semula. Tapi sangat seronok dapat mengendalikan game dan mengusik pasangan dan tetamu2 lain.. haha.. Maaf ya anda semua..x2


Pelanggan pertama Ren-da Bellezza untuk hari itu..
Thanks Lala



Pelamin oleh Que Rafael dan digayakan oleh Amy


Azi Nariko dan booth ongnya


Butik Bajoo Jai Yang Punya


Pelaminan indah tajaan Rass Wedding


Aku dan Jai sedang cari mangsa..
(Yuni dah ada dari awal rupanya)



Sporting mereka ni


Pemenang marah, pujuk, sayang


Dah dapat tangkap 8 orang untuk main game


Marissa si canthek menang pertandingan 'ur dream wedding dress'
Thanks Nik sudi jadi judge



Crowd ramai gilaaa


Habis mereka dibuli oleh Zam dan Atim...hahaha


Pertama sekali, harus bersama tuan pengarah, puan pengarah pun boleh..


Bet thanks sudi singgah, ko balik cepat sangat...


Zira--curik dari blog awak


Aim Miss b2b


Xeea sangat berseri2..canthekk


Dua bakal ibu yang berbeza seminggu sahaja


Buat main bunga and patung aku er...


Shadeq dan Anis R..yay!!


He made my day...Hazlie canthekkan gua..


Anis gilerr yang beri sokongan hingga akhir


Zaza yang cnthek bangattt


Ziela berjaya dapatkan khidmat Hazlie..akhirnyaa..



Makcik Phia ku hader beri sokongan..


huii...baju awak lagi meletop ok kalau taruh kat situ...


xylene yang macam awekss jepun


Wanie melentik manja.. :D


Tulang belakang majlis..Terima Kasih semua


:)


Waaaa...ada sepraisss


Dari kami untuk Azi..comel kan


Khas untuk mommy to be


Lorat aku potong kek..tapi tak pandai...


ambikk...dengki isteri..habis mekap azi..haaha


AHahaha..sapet dah tak sabar mahu timang anak


amboii


Lihat que, anne dan sueanne's bro (yeke?)..so kiut


Last but not least...tulang belakang yang aku sayangi


Ehem...siapa lagi kalau bukan suami daku...
dan abangku yang banyak membantu..tapi dia mana tah..tiada dalam kamera..



Akhir sekali, Terima Kasih diucapkan kepada crowd yang sudi memeriahkan event terulung kita ni.. Memang anda sporting habes kerana bagi support dan jika ada terkurang dan kesilapan. Harap dimaafkan dari pihak kami. Terima Kasih juga kepada Tuan/Puan Pengarah kita, Diah The Great kerana berhempas pulas menjayakan event ni sehingga rasa macam majlis kahwin sendiri katanya. Juga kepada all committee members yang sudi meluangkan masa untuk menjayakan ia dan juga vendor2 memberikan kerjasama dan memeriahkan suasana.

Jika ada rezeki lagi, akan wujud lagi event seperti ini, Insyallah.. Jumaat malam ini akan ada majlis makan malam dan post mortem untuk semua committee members. Semoga jumpa lagi.


**Kredit untuk semua gambar diatas, daripada suami, Anis r, Digital Syndicate, Zira, Aim, Zila, Zaza, Xeea, Sapet, Bet