Gambar hiasan
Tapi kini berbeza, kita dah ada blog, ada internet, pesta perkahwinan dan majalah perkahwinan yang melambak di pasaran...Pada yang malas nak fikir sikit, lantik saja perancang perkahwinan, kini sudah ada Pak abu, Naz Great Idea, Lynda Rahim dan macam-macam lagi.. Pengantin kini mempunyai citarasa yang tinggi, bukan selebriti pun tetap boleh melantik perunding perkahwinan untuk artis.. Begitu juga fotografi, videografi, busana..dan yang pastinya..bukan golongan berada saja yang mampu, orang biasa pun boleh pakai khidmat Manggis tau..jangan tak percaya..Kalau tengok video pengantin sekarang dah tak macam dulu pakai video cam, video sekarang ni kalau tak macam segmen dalam Nona tak sah..macam dalam TV ok.. Oh, tidak kah anda terfikir betapa bertuah nya kita berada di era ini..
Gambar hiasan
Foto kredit-KidchanStudio
Kesinambungannya, aku bersyukur berada di era ini kerana kelebihan-kelebihan diatas cukup membantu kita merancang majlis perkahwinan idaman kita...seperti ini.. Ia sudah lama berada di folder pendrive aku, yang penting aku sukanya..sebelum aku memilih warna tema lagi. Mungkin sudah seperti ada hubungan kimia antara aku dengannya, maka ia berada dekat di hati aku, walaupun aku sebenarnya bukan peminat warna ungu.. Ternyata, dia yang sukakan aku...hahaha..perasan..