Memaparkan catatan dengan label shalia's. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label shalia's. Papar semua catatan

Isnin, 27 April 2009

Semuanya untukmu

Ahad dalam masa 5 jam..aku berjaya pulang ke Melaka dan kembali semula ke KL..adoi...walau bukan aku yang memandu, tapi rasa memang penat dan terkejar2. Atas arahan abah, aku akur pulang ke Melaka untuk ambil borang nikah daripada maklong lantas berjumpa tok sidang dan meminta cop serta tandatangan permastautin. Walhal aku bermastautin di KL..ahak..Abah telefon Sabtu lalu dan aku hanya dapat ke Melaka siang semalam...bertolak jam 11 dan pulang kembali ke KL sebelum jam 4 kerana aku bekerja ok..Dalam keadaan sangat suntuk sempat lah pulak singgah ke kedai perabot..dari jauh dah nampak kain rentang besar dan aku berjaya merembat sesuatu yang sangat best. Esok2 aku cerita..

Semuanya gara-gara aku telah merancang sesuatu untuk incik dd, Maka haruslah komitmen lain diketepikan. Rabu lepas adalah hari jadi beliau..Aku ingin membuat sesuatu yang istimewa untuk hari lahir terakhirnya sebagai bujang..haha..

Aku memandu ke Kota Damansara sejurus pulang dari kerja..(walhal baru sehari selepas kejadian ngeri itu)..Jam 11 agak lewat juga padaku. Tapi aku gagahkan juga diri. Singgah di KFC beli apa yang patut. Hasil sepakatan dengan kakaknya, aku menyelinap masuk ke rumah 10 minit sebelum jam 12...

Tepat jam 12.....

Kek cawan yang indah ciptaan Shalia's treats


tapiii....lerrrr.......................

Pasrah je lahhh...
Setelah puas cuit-cuit....tak nak bangun2 jua....


Akhirnya tiup juga lilin
Yay!!!



Makan time setelah sesi kejot semua orang




Kejutan tidak hanya habis disitu (poyo je), aku memang lama mengimpikan makan malam romantis (yang hanya wujud di dalam drama tv saja) ahak..Setelah membuat serbei keatas Cruise Tasik Putrajaya, Menara Kl, Victoria Station, akhirnya, aku tidak sesal apabila memilih TAMARIND SPRINGS yang terletak di Ampang..Berbanyak perhargaan buat nariko kerana memberikan pendedahan dan info tentang tempat yang sangat indah ini...Setelah membuat penempahan...aku memilih lokasi di luar sambil di basahi embun...waa (sila tempah beberapa hari sebelum...kerana ia akan sentaisa penuh)...ihik..dan setibanya di sana (setelah sesat barat) akhirnya kami bertemu di sebuah tempat tepencil seperti mini hutan.. Incik dd terpaku kerana terpegun..Dan lokasi meja kami adalah di Mandi-mandi restaurant






Hantu siri I



Lorong menuju ke mandi-mandi


Agak jauh berjalan tapi kami teruja


Sesiapa takut hutan tidak disarankan



Akhirnya tiba di Tamarind Springs tingkat bawah


Indah bukan???



Dibawa ke pondok (incik dd tampak yakin..akhirnya salah meja)


Tiba di meja yang telah disediakan untuk kami (terletak di pulau kecil sebenarnya..hanya satu-satu untuk kami..auw!!)


Meja kami dikelilingi sungai kecil



Aku tidak digigit nyamuk



Sabar menanti makanan



Setelah hampir satu jam..akhirnya makanan sampai (satu-satunya perkhidmatan yang aku sesali)


Kami diatas jambatan kayu, air surut tapi..


Lihat...pasir pun dahaga air...



Melintasi Tamarind Springs selepas kenyang


Hantu siri II ..haha..



last kopek (akukah tajuk utama?)..



Hantu sirii III
Pulang dan aku berada di pintu utama Tamarind Spring...dimana saiznya hanyalah sebesar pintu kamar kecil (tandas)... macam tak percaya...




Kami pulang dengan kenyang perut serta senang hati..dengan 5 hidangan, semuanya tidak sampai RM200...Ah...aku pasti datang lagi...

**Cuma kecewa kerana hidangan Ketam Black Pepper tidak disajikan..

SELAMAT ULANGTAHUN KE 27 INCIK DD!!