Ok. perasaan dan hati senang ketika ini (yelah sangat tu). Oleh kerana bulan ini musim majlis kahwin. Maka emosi aku pun tentang kahwin. Kahwin sana sini, seronoknya. Majlis kahwin kini sudah ternampak perbezaan sedikit demi sedikit daripada ketika aku berkahwin dulu. WOW! itu yang aku mampu kulumkan lidah dan membentukkan perkataan itu.. erk (apakah lah hai)
Aku sebenarnya sudah lama ingin telanjangkan kisah 'my wedding hair style'
Jujur lah kan. sebenarnya kita pengantin perempuan melayu yang tidak bertudung ini agak sukar juga mencari stail rambut yang sesuai untuk digayakan ketika hari besar kita betul tak? Bak kata WLT, jika kita ingat dulu. balik2 pesen rambut fringe penyek tu. Buhsan kan. Maka, aku memang agak betul2 pilih apakah gaya yang aku inginkan pada hari besarku dulu. Yang bersesuian dengan bentuk muka ku yg lebor ini. Pertama kali melihat Siti Nurhaliza bersanding dahulu, aku sudah simpan angan2 bahawa itu gaya rambut yang aku ingin gayakan ketika majlis ku nanti.
Simpan angan2 bertahun2. Tiba masa ketemu Tiar untuk berbincang apa yang patut. Tapi bukan mudah yang disangka ok. Ternyata Tiar kurang bersetuju apa yang aku inginkan. Katanya belah tengah lah. Tapi aku tak mahu. Aku mahu belah tepi..sebiji macam ni..Haha.. Lantas Tiar berkata. Kita tengoklah apa yang jadi nanti. Bahekk
Hari yang dinanti tiba...Mari kita lihat satu2..Kepada yang berkenan, boleh juga lihat dan teliti sedikit demi sedikit step untuk mendapatkan gaya rambut idaman.
(psst: Lihatlah bilik aku=pengapit, ibu, kakak, pengiring, kanak2 bunga=semuanya mekap hanya didalam bilik pengantin kerana ada penghawa dingin) ;P~

(disebalik cerita: Tiar bebel2 sebab kata tiara aku tinggi sangat...hahaha..kata mak nak sebiji macam Siti kan..walaupun tak.) Hehe
Tarik2 keluar rambut ku dan bentukkan jambul idaman
Ratakan sanggul di belakang dan pastikan ia kemas
dan Bun diletakkan. Adu dua biji melekat.


Akhirnya kudapat rambut idaman kalbu. Tidak perlulah ia sebiji dengan contoh kerana ia harus digayakan bersesuaian dengan busana dan bentuk wajah kita kan.

Terima Kasih Tiar untuk tutorial ini ya.. Jemputlah datang buat kelas lagi
(Amboi...melaram juga dengan tiara tinggi daku ini ya)
Kepada bakal2 pengantin. Jikan ada yang inginkan gaya ini. Mungkin langkah2 ini dapat membantu sedikit kerja Mak Andam atau Mekap artis anda.
Selamat Mencuba dan Selamat Pengantin Baru
**Selamat menjadi isteri untuk Sha Pattinson, Myra dan Alena. Semoga menjadi isteri yang solehah dan rumah tangga berkekalan ke akhir hayat.