Selasa, 2 Februari 2010

Rambut si pengantin

Maaf bersawang blog ini tidak ku isi dengan apa2 yang bermanfaat...eleh..Macam lah manfaat sangat pun sebelum ini kan. ;p~ .. Ku hanya tidak tahu nak selit tang mana untuk memuatkan entri baru. Serius banyak sungguh entri ingin dimuatkan.Tetapi aku tidak cukup masa terluang. Jadual di pejabat ketat, memang tidak berapa lengang. Bila sudah selesaikan kerja, masa untuk berehat2, makan. dan baru rasa kenyang perut senang hati. Masa untuk pulang tiba.Yay! kemudian pulang ke rumah, pergi ke gim, sudah tu memasak, melayan suami makan malam lantas mengemas dapur yang tertonggang lalu terbalik dek kuali terbang sana sini. Sesudah itu pasti sudah jam 10 lebih. Masa untuk berehat, baring-baring. Nescaya, mahu tengok komputer pun akan termuntah. Setelah puas tengok tv. Tidur..Begitulah hampernya rutin ku. Nah! Maka anda tidak akan salahku bukan. Hehe..sesiapa yang ingin berkahwin tu, masih boleh patah balik....Hahaha...ok just kidding. Tak perlu saman gua ok.. ;P


Ok. perasaan dan hati senang ketika ini (yelah sangat tu). Oleh kerana bulan ini musim majlis kahwin. Maka emosi aku pun tentang kahwin. Kahwin sana sini, seronoknya. Majlis kahwin kini sudah ternampak perbezaan sedikit demi sedikit daripada ketika aku berkahwin dulu. WOW! itu yang aku mampu kulumkan lidah dan membentukkan perkataan itu.. erk (apakah lah hai)



Aku sebenarnya sudah lama ingin telanjangkan kisah 'my wedding hair style'

Jujur lah kan. sebenarnya kita pengantin perempuan melayu yang tidak bertudung ini agak sukar juga mencari stail rambut yang sesuai untuk digayakan ketika hari besar kita betul tak? Bak kata WLT, jika kita ingat dulu. balik2 pesen rambut fringe penyek tu. Buhsan kan. Maka, aku memang agak betul2 pilih apakah gaya yang aku inginkan pada hari besarku dulu. Yang bersesuian dengan bentuk muka ku yg lebor ini. Pertama kali melihat Siti Nurhaliza bersanding dahulu, aku sudah simpan angan2 bahawa itu gaya rambut yang aku ingin gayakan ketika majlis ku nanti.


Simpan angan2 bertahun2. Tiba masa ketemu Tiar untuk berbincang apa yang patut. Tapi bukan mudah yang disangka ok. Ternyata Tiar kurang bersetuju apa yang aku inginkan. Katanya belah tengah lah. Tapi aku tak mahu. Aku mahu belah tepi..sebiji macam ni..Haha.. Lantas Tiar berkata. Kita tengoklah apa yang jadi nanti. Bahekk


Hari yang dinanti tiba...Mari kita lihat satu2..Kepada yang berkenan, boleh juga lihat dan teliti sedikit demi sedikit step untuk mendapatkan gaya rambut idaman.



Cam gambar ini?...Hehe..inilah permulaannya. Rambutku digulung dengan penggulung yang distimkan.


Hahaa....jangan terkejut. Sabar2...hahaa..inilah keadaan rambutku setelah ditanggalkan pengulung berhantu itu.

(psst: Lihatlah bilik aku=pengapit, ibu, kakak, pengiring, kanak2 bunga=semuanya mekap hanya didalam bilik pengantin kerana ada penghawa dingin) ;P~


Hahaha..aku serius tak tahu apakah nama langkah ini. Mungkin selangkah menjadi mak lampir.


Rambut mula ditarik kebelakang untuk dibuat sanggul mungkin.


Sudah mula nampak wajah pengantin sesudah bergelar hantu mak lampir


Jambul depan dikeluarkan sedikit demi sedikit


Mak ada jambul superman lah...waa..gitu


Mula meletakkan tiara tinggi yang over tu di atas kepala ku...dan sisir keluar rambut2 ditepi untuk langkah seterusnya.

(disebalik cerita: Tiar bebel2 sebab kata tiara aku tinggi sangat...hahaha..kata mak nak sebiji macam Siti kan..walaupun tak.) Hehe


Tarik2 keluar rambut ku dan bentukkan jambul idaman

Ratakan sanggul di belakang dan pastikan ia kemas

dan Bun diletakkan. Adu dua biji melekat.

Akhirnya selesai. Yay! Inilah pengantin basi itu.

Akhirnya kudapat rambut idaman kalbu. Tidak perlulah ia sebiji dengan contoh kerana ia harus digayakan bersesuaian dengan busana dan bentuk wajah kita kan.




Terima Kasih Tiar untuk tutorial ini ya.. Jemputlah datang buat kelas lagi

(Amboi...melaram juga dengan tiara tinggi daku ini ya)

Kepada bakal2 pengantin. Jikan ada yang inginkan gaya ini. Mungkin langkah2 ini dapat membantu sedikit kerja Mak Andam atau Mekap artis anda.

Selamat Mencuba dan Selamat Pengantin Baru
**Selamat menjadi isteri untuk Sha Pattinson, Myra dan Alena. Semoga menjadi isteri yang solehah dan rumah tangga berkekalan ke akhir hayat.

33 ulasan:

AmyMizzunderstood berkata...

Anil...harap2 rambut amy pun menjadik la yer...huhu takot!

honeysour's blog berkata...

anil buat rambut ape pun jadik je..cun...
teringat mase zaman2 dip dulu kat perak...anil cun ngan rambut curlynye...tu yg kak elly sambar jadik model tu..hehe...

NURUL berkata...

suka suka rambut itu

Atiqah Adnan berkata...

hehe anil u kurus sangat masa ni..
nak kurus jugaa.. tinggal sebulan lebih je masa untuk kurus.. ^__^

Liyanaroxx berkata...

ur hair MELETUP!!!cantik ar anil masa nih...make up u natural je...saya suka!!!:)

Riena berkata...

uuiisshh... tgk gmbr yg ats2 sangat menakutkan... tapi hasil bawah sekali sangat cantikk anill....

syanaim berkata...

::huhu..nasya amik tiar..dia ok x anil?sbb nasya segan plak..bila pikir balik..ok x tiar?hahhaha..tp dah booking..kira redha jer lah kan?::

beddyboo berkata...

i like ur baju!

Ami Schaheera berkata...

cantiklah rambut anil, masa ni rambut u panjang sampai ke pinggang ye? wahhh memang ratu sehari gaya rambut ni... besttt <3

Nariko berkata...

wow step by step tutorial! i like! tp mmg lama gile kan nk tunggu siap rambut ni. i dah fidgety masa tu sbb pengantin laki dah on the way!

phia berkata...

wah begitu.... asalkan kena dengan bentuk muka + baju, pasti meletop!

susudalambotol berkata...

awak rambut camner pun tetap cantik ok :)

hazlynda kushairi berkata...

babe, rambut mung kalo buat ape pon mesti cantek n meletop. tak perlu siti okeh? aku rase mung lagi cantek kot dr siti? stetmen aku okeh. cantek babe rambut ko time kawen. jambul tu nampak laen dr yg laen. tapi bg yg jendul skit mcm aku nih gimana?

Tanpa Nama berkata...

anil....nak tanya ur wedding dress reception tu u buat korset ke or dress terus then ur sarung kebayu tue coz mine suruh designer i buat dress atas ala2 korset.ok tak? baju i kebaya biasa dalam i buat dress..i tak suka korset tu nampak sgt.

faezz k.l

Lea Shmea berkata...

only 1 word - gorgeousssss!! and ur totally flawless kak anil. :))

dialicious berkata...

hamboi..cite psl saman menyaman nampak..see u in court!hahaha..
kalo jambul dpn tu dikeluarkan lagi mesti nampak lagi comey..tp ni pun dh meletop!;D
baju awak lawaaa gile!ni sbb dh tgk close up kan..gamba dulu2 mcm jauh2 sket kan..ape lagi..sewakan!!hhehe

Fathiyah berkata...

fuh,ssh ye nak set rambut nih..br tau..kita nih,tak penah set rambut.hehe.

Putri Ramlan berkata...

gambar awak yg rambut mcm singa tu.. tetap cantik tp mata awak sgt scary! :P

anil lutaze berkata...

~amy--insyallah.tiar adalah org yg anda boleh percayai

~ana--hahahaha..rmbot kerinting horror tu ke..zmn dah berlalu sgt2..hehehe

~nurul--suka suka jgk. haha

~qah--kurus jgk lah 43kg..bilakah mau dpt berat itu kembali ;p ...qah tinggi. agak mantain gitu

~liyana--aik meletop..tu yg rmbot saya mcm kena bom tu er? hehe.. awak pon nanti mntak make up natural kat jurumekap awak nanti..

~riena--hahaha...horror dn ngeri kan.saya pon

~nasya--knp berfikir gitu? insyallah. anda memilih org yg tepat.

~bedyboo--thanks sgt. hasil kretip dr rumah kebaya

anil lutaze berkata...

~ami--hahaha...tp x leh celen bird cage veil

~nariko--agak lah. tp saya siap awal sbb tiar dtg awal.jam 8.45 dah call kate nk sampai..haha..maka jam 12 saya dh siap sepenuhnya.dptlah kengkawan yg dtg awal bergosipan smbil snap2

~amy phia--haroslah..spt awak..pengantin terhebat di negeri sembilan

~hidd--tak jugak..rambot saya x brp cnthek sbnrnya...(psst..rahsia tau) ;P

~bet--gila ko..kang aku kena saman dgn siti..hamek..haha..x de lah nok..dia diva. hurm jendol biasanya buat fringe mcm nora danish tu kot

~faezz kl--hi thanks 4 asking..saya nya ada korset.kain lain. mcm tulah.oleh sbb dpn kebaya saya sarat dgn beads, maka x nmpk sgt korset brpisah dgn kain.

~lea shemea-- thanks awak..tp gojes sket je la. x byk sgt. semua tiar punya jasa.kalau x hampeh saya ni

~diah--haa..gila x prgi court..haha..diah..jambol jrg2 tu lah yg saya mntk.tiar pasrahkan je.hehe..apa2pon baju meletop awak tu lah pojaan hati semua org..

ting..ting..baju saya mmg utk disewakan ya.sila2

~fathiyah--awak bertudung.nnti kt rumah suruh suami awak tlong setkan.pasti comel

~putri--hahaha...mmg scary amat. saya pon takot. singa jadian aka mak lampir

[ Hanie ] berkata...

yg pakai tudung pun, agak sukar nak memikirkan style nak digayakan, ni kan pula yg tidak...rambut kene kemas dan nampak dabomb kan? :) i loike yours anil ;)

Ceritera Kaseh Diari Hatiku... berkata...

mmg amat cantekk.. 10 bintang utk u n ur punya pendandan..

Tanpa Nama berkata...

ok anil thank so much for ur advise.im going to jakarta for fitting nanti saya bincang dgn dia.memang bj u tak nampak langsung pakai korset i like that..sebab tu baju awak sgt cantik


faezz k.l

mimis berkata...

emm.. memang cantik rambut tu. kene dgn gaya muka..

jarjar berkata...

suka ayat nih--> "Mungkin selangkah menjadi mak lampir" hahaa :)

naddynad berkata...

eee Anil, cambest jeh..time kite hari tu takle laks Tiar buat cani....dia pakai sangul palsu teruss...hehe, pastu jambul kite xle buat naik cam awk..

Jambul kite (eee, cam geli je, perkataan jambul ni..ahaks), kena buat ke bawah utk mengkaver muka ku yang bolat ini...kata Tiarr la...hehe

Tanpa Nama berkata...

hi anil, da lame bace blog ni n i tau tiar yg makeupkan u mase sanding n salima makeupkan u masa nikah..betul ke ye?

cume sikit musykil sbb gamba header kat blog salima tu gamba solekan u mse sanding..ke i yg silap pandang ye?sori

Flowerie berkata...

br nampak jelas..busana kamu cantik..mak loike..

Sha Pattinson berkata...

wahh siap ada tutorial rambut tue hihihi ..i pun nak wat juga hahaha tapi tade masa lak plak ...dan tiara idaman ku itu tak menjadi uwaaaa bleh la patah kan ..takpe la bukan rezeki i ..btw thanks for coming to my wedding and the flower sangat2 la suka dan cantik thanks to ur DD sangatlah sporting melayan karenah kita kan hahahahaha ..nanti i transfer jerk kita detim2 okay sama2 dengan diah plak ..insyaAllah jumpa masa sabby kawin itu pun kalau still ada ticket murah hikssss ... apa2 pun i loike ur make up and hair ..tiar mmg superb pandai dia make up ...kalau ada lagi masa kawin nak ambi dia lagi bole hahahaha ..sib baik la dah lepas kan ..ok u take care ..xoxo ..

anil lutaze berkata...

~hanie..btol tu..agak fening sbb takot trsalah pilih

~ceritera kaseh--thanks awak

~faezz--x de lah wak..awak mntk u mana sesuai..yg pnting mengikot kehendak awak.. ;D

~mimis--thanks so much ;D

~jarjar--hahaha...btol..siyes lampir

~nad--haahlah kot..die ada presepsi yg bgos..sbb kena ikot bntk muka kita ni sesuai ke x dgn sesuatu style tu kan

~tanpa nama--betul lah tu..tp salima letak. i x kisah. mngkin untuk penyeri blog ;D

~flowerie--thanks..selama ni x jelas er?

~sha--mak ai..begitu pnjg komen u..haha
thanks jgk to u sbb invite kami..alah btollah ..mngkin x de rezeki nk pakai crown tu..tp hri t tiar mekap u cnthek dah..superb..lagi merah yg gemilang kan..hehe..nnti try lah dtg wed sab..tp bkn ke bln ni jgk ke..nvr mind lah..yg pnting dtg sini nnti..sila dinner sama k..

Tanpa Nama berkata...

Hai sis,

leh tanya tiara tu sis punya sndr ke? xnak disewakan? cantek laaa...
hihihih

Tanpa Nama berkata...

anil, mana nak dpt tiara tinggi ala2 missworld tu? teringin la..

~beba

Unknown berkata...

網頁設計 網路行銷 關鍵字廣告 關鍵字行銷 餐飲設備 製冰機 洗碗機 咖啡機 冷凍冷藏冰箱 蒸烤箱 關島婚禮 巴里島機票 彈簧床 床墊 獨立筒床墊 乳膠床墊 床墊工廠 產後護理之家 月子中心 坐月子中心 坐月子 月子餐 銀行貸款 信用貸款 個人信貸 房屋貸款 房屋轉增貸 房貸二胎 房屋二胎 銀行二胎 土地貸款 農地貸款 情趣用品 情趣用品 腳臭 長灘島 長灘島旅遊 ssd固態硬碟 外接式硬碟 記憶體 SD記憶卡 隨身碟 SD記憶卡 婚禮顧問 婚禮顧問 水晶 花蓮民宿 血糖機 血壓計 洗鼻器 熱敷墊 體脂計 化痰機 氧氣製造機 氣墊床 電動病床 ソリッドステートドライブ USB フラッシュドライブ SD シリーズ