Khamis, 11 Februari 2010

Sha dan Myra


Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia, tak kiralah apa bangsa sekali pun. Aku selalu tidak berlaku adil kepada anda semua. selalu. Di kala 'Kongsi Pacai' ni. aku mohon kemaafan kerana jarang mengemaskini blog ini. Serius aku tak tipu, tak punyai banyak masa senggang. Kerja di pejabat tak pernah surut, hari2 bertarung dengan masa menyiapkan 'daily paper'. T_T . Lantas membuatkan blog ini semakin lama hilang seri. Alaaa.jangan weyy!!..haha...aku belum mahu bersara, walaupun blog ini tak hawt lagi...


Kerana sudah tidak hawt lagi, entri ini harap dapat mengembalikan kehawt'an nya..Plis..Plis..Plis.. (ini bukan lagu alif sattar)..

2 minggu lepas berpeluang pergi ke Majlis Perkahwinan Sha Pattinson & suaminya Afis. (Pengantin pun dah upload dah..malu aku)

Lokasi di Mantin, tidak begitu jauh sebab sempadan Kl, Negeri Sembilan saja. Sha memberi peluang kepadaku menunjukkan bakat untuk buat flower hand . Hehe..Terimas Sha. Dia memberikan sepenuh kepercayaan dan tak demand. Daku amat menghargainya. Jadi aku membalas kebaikan beliau dengan menghasilkan yang terbaik lah. Terbaik ke? orang yang mampu menilainya. :D


Inilah bunga tangan untuk Sha

Menanti pengantin tiba. Jauh aku asingkan diri sebab tak mahu orang fikir aku orang gila feeling mahu jadi pengantin.

Yay! akhirnya

Janjiku padanya, akan serahkan bunga itu sejurus dia buka pintu kereta. Hahaa.ku kotakan janji itu.

Pengantin merah menyala. Cantik sepadan

Hak.lihat siapa yang paling menonjol di depan gambar.amboii

Persembahan makanan memang superb!


Dandan sengih bila kena tembak..haha

Sha canthek dirias Tiar Zainal

Last kopek sebelum berangkat chow


Kemudian berlari2 anak ke majlis Myra sweet cravings di Jasin. Ha..ini memang agak mengambil masa lah nak sampai. Jam 1.30 bertolak dari Mantin, hanya sampai pada 3.30. Huaaa. hehe. Sempat juga bertembung dengan mak sedaraku, Puan Phia. Tapi puan baru ini mahu pulang sudah. Sempat cit cat dalam kepanasan sekejap. Lepas tu babaii..




Bersama si cantik manis Puan Myra.

Boleh tak borak duduk bersila bersembang2..

Kemudian suruh mereka bersanding kembalilah..mahu posing rasmi

Kemudian kami terkejutt, meneka siapakah yang hadir ini? dia cakap tekalah.tekalah..dengan tindakan refleks keluar daripada mulut Myra.."Qis!"

Maka dialah Q&A yang hawt itu! fuh..serius beliau sangat eksklusif. lagi2 bakal suaminya. Orang Kluang rupanya. kampung den..


Kemudian balik KL dengan gumbiranya sempat singgah Dzul de Classique hantar baju lagi. Aiyoo.
Selamat Pengantin Baru Sha dan Myra ya. Tidak lupa juga Alena kerana mereka berkongsi tarikh. Diharap dapat menempuh alam rumahtangga dengan bahagia yang berkekalan. Amin


**Pengantin baru eksklusif yang dinanti seluruh warga blogger yang berkaitan, Amy & Atim selamat dinikahkan pada pagi Jumaat lalu. Gambar yang hebat lagi meletup akan dimuat turun pada tarikh yang tidak diketahui langsung. Hahahaha. Sabar naa...


Dada


13 ulasan:

Sha Pattinson berkata...

aahhhh aku ke tue?? ..iskk segannyer nampak sasa nyer badan ku di sana heheheh dan u anil tetap gojes ..terima kasih juga kerana memberi peluang untuk memiliki bunga tangan hasil tangan puan anil sendiri..saya sangat sukakan bunga tangan puan ..dan saya sd menempah untuk bulan 10 plak (tamak bukan ..) dan saya dan suami amat berbesar hati sbb you dan suami sudi gak meluangkan masa untuk hadir ke wedding i (gembira gilerss sampai tidor pun senyum bole??)yg tak seberapa glamour ..macehhh ..sudi datang ..dan my husband berhasrat nak menjemput u n en dd datang lagi pada majlis bulan 10 ..baru je dia suarakan ..hikss awal giler .. apa2 pun terima kasih daunh keladi ..di harap dapat bertemu lagi ... tak sabar sangat nak tengok gambar puan amy kita ..cepat2 upload yeaa ... owh selamat pengantin baru buat puan Myra the sweet craving dan juga Amy .. welcome to the club u ouls ..!!! xoxo

Qis berkata...

ha kan... mcm nak ada karier baru je ni, anil... ;) kalo ada award, bleh bagi 'promising decorator of the year' ni... :D

that day, tunang i ckp - "sape pakai baju putih tu? she's hot. walopon rendah." sila marah dia, anil. i ckp, "sorry sket, itu bini org..." hehehe ;D

Sha Pattinson berkata...

stuju dengan Qis all my hubby's cousin ckp dgn mak mertua i skali cakap sape la yang hot itu?i cakap tu bini orang bini Mr DD hehehehe ..hihihihi ... dan satu nak cakap bunga tangan tu terbaeekkkkkkkkkkkkkkkk .....teda yang tak terbaekkk ...sumenyer terbaeekkk ..... hakss (tamak lak aku nih .. aha ada aku kesah??..)

NahWaL berkata...

hie kak anil. silent reader,love ur blog..but just had a chance to comment. ^_^. liked u oredi.:D

santek bouquet kak sha. kak anil buat for nawal satu can? LOL. lari dari cliche bouquetla..ada bakat ni.

Nariko berkata...

the bouquet is the hoot..! mmg talented kak anil kita.. by the way, suka la baju sha grey+red, so unique!..

extraordinary journey berkata...

cantik kan wedding sha, meja buffet pon decorated with sooo many fresh flowers.....ehehhee...best lah sekarang anil pun pandai arrrange bunga macam amy...bakat terpendam sudah keluar..hehehehe...

dialicious berkata...

anil menggelabah kluarkan review wedd myra n sha sbb its time for amy sepatutnye kan.hahahaha
yeap!meriah sgt hand bouquet tu..both brides are pwetty..rugi mak tak datang noks!;p

anil lutaze berkata...

~sha--haha..mmg advanced bln 10 itu.insyallah saya akn dtg.ntah2 dah buyut ke...hahaa.tang bini org tu..amboi..hak

~Qis--waa...tinggi sgt award tu. x layak saya.n saya mg rendah...haha..sb tu kena slim sket.nnti nmpk mcm ayam..haha.

~nahwal--hii..kkdg trnmpk jgk nick awak..thanx cmment n singgah..
ouh for sure boleh..saja buat mix flower. test power..kalau awak nk silakan. eceh

~nariko--thanx hot mom 2be.cuba2 talent.haha..tgk boleh jd x.. ;P ..yes..merah n grey..jrg digunakan

~yes2..meja buffet tu mmg superb..yg plg bes buah2han siap ada bekas with ice lg..ala sab..amy idola saya..hehe..saya budak bru blajar.

~diah--mcm x tau..blog ni sunggoh x uptodate..hehehe..maka mmg giliran amy lak ni..

[ Hanie ] berkata...

sgt cantik bunga tangan tu! patut la, suami saya ckp, "anil sampai2 je, terus 'sambar' sha", rupenye nak pas kan bunga tangan tu yer :D rugi hanie tak dpt hadir! :D

Atiqah Adnan berkata...

cantik-cantik..
ramai betul orang kawen sekarang kan..berdebar pulak..
tak sabar nak tengok wedding pengantin eksklusif lain lepas ni..

waahh takutnyeee..debar-debar..
:(

anil nak bunga tangan!! hee~

fatenton berkata...

kak anil sgt cute :)
err.. pengantin pon.. :D

Ami Schaheera berkata...

wahhh cantik and marvelousnya wedding cik sha pattinson (amboi pattinson haha).. siap adik2 comel lagi pakai dress putih. and pemain gamelan :D

pengantin myra comelnyaaaa~

phia berkata...

wah wah... marathon habess. salute lah! siap duduk sembang lagik bagai. hahah. btw, anil rambut u dah panjang erk??