Memaparkan catatan dengan label Alamanda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Alamanda. Papar semua catatan

Rabu, 25 Mac 2009

I got the ring..wee




Akhirnya pencarian berakhir... Ahad lalu, bergegas ke Habib Alamanda kerana kehebatan yang ku nantikan akan berakhir malam itu....tidakkkkkk.... memang inilah dia...kalau tidak berada di minit terakhir tak sah... Macam pertandingan dekathlon gayanya..Sudahlah berlansung belon udara panas, maka jalan biasa ke Alamanda ditutup.. Kira hari tu Putrajaya menjadi hot lah.. aduhai...jalan boleh tahan sesaknya..

Tapi sesampai disana agak sedikit keciwa. Round Brilliant 0.6 carat dah habis...uuhh..sedih... ada 2 ketul sahaja dijual. Aku suruh dia hubungi Ampang ke, KLCC ke, ada lagi tak stok..Dia kata dia dari HQ lah..Memang dah tak ada..siap tunjukkan rekod yang dah dijual tu..Auw...tapi nama pun last day... Apa yang aku expect kan?.. Ok, maka berikan daku beberapa pilihan... diletakkan lah 0.57 dan 0.69 .. dan yang aku nak di tengah antara itulah dei!!... adoi...Yer salah aku...lambat buat cara sudah lambat... Baheklah!!!

Jurang antara dua tersebut amat banyak..amat..
0.57 - karakter (color-J, clarity-S1,) sedih kan
0.69 - karakter (color- F, clarity-VS1)--hampir sempurna

Tapi.....

Terlalu berbeza lah harganya..ya ampun... aku menegah incik dd dari terlalu menunjukkan cintanya... **cukup sikit2 ok**

Maka sebagai tunang yang bertimbang rasa..tak apa lah 0.57 sudah.. Perbezaan rupa tak ketara. karakter mungkin sedikit terkebelakang tetapi saya puas hati kerana ia sangat menawan..Ah, saya akan jatuh cinta lagi dan lagi terhadap anda..


Saling tak tumpah..oklah tu labu


Dan, untungnya, ia adalah certified diamond.. Kalau aku mahu jual berlian itu, nilai akan berganda.wah..itu kedengaran seperti berita baik..incik dd kata..kena sportcheck selalu, kalau dah ada kembali yang dicari, kita upgrade ke 0.6... mungkin tak banyak yang perlu ditambah.. Saya setuju!

Kiranya, saya gembira kerana harga berpatutan, walau emak bertanya selepas itu, saya kata tak tahu berapa, sebab incik dd yang beli... Maaf ibu..nanti ibu bergosip dengan abah.

Dan oleh kerana kisah suasa dan emas putih itu, (ketika hampir satu jam berjalan2 sambil menanti cincin saya di siapin cantumannya) saya dengan rendah hati membelikan incik dd cincin perak bersalut platinum, rekaan seperti yang dikehendaki, tapi berbatu delima (maknanya merah)..tak dapat jumpa batu biru yang cantek..tak apa ye..nanti saya cari batu biru itu lagi..ada 2 cincin pun tak apa...Kita buat akad nikah 2 kali...ihik..

Kami pulang dengan gumbira dan senang hati kerana dapat dia dapat menunaikan kisah lambang cinta abadi kami. Terima kasih daun keladi, nanti kita upgrade lagi... Larik******