Memaparkan catatan dengan label masakan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label masakan. Papar semua catatan

Khamis, 3 Jun 2010

JUNE: THE LOVE MONTH


JUNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN is here. OMG bulan yang dinantikan tersangat lah terlalu lama seolah menunggu 20 tahun lamanya.


Terlalu banyak perkara gembira dan indah yang berlaku dan akan berlaku pada bulan ini.

Salah satunya :

Setelah sekian lama tidak pulang ke Kluang tercinta. Kali ini akan bermaraton bersama bff ku Hafifi dan Shadeq pusing Kluang untuk sesi MAKAN tanpa batasan. Ala2 Warung Kita dan Jalan Jalan Cari Makan.

Tetapi malang dan tidak malangnya. Shadeq ada kenduri lenggang perut katanya. Maka, mungkin aku dan Hafifi akan bermaraton menjelajah ke segenap pelusuk Kluang untuk menikmati keindahan dan kesedapan makanan JOHOR. Almaklumlah wanita 6 bulan pregger itu memang gilakan makanan buat sementara ini.. Hehe.. sindrom wanita mengandung.



3 Wanita pelahap unggul tetapi bukan beruang kutub



Aktiviti mungkin seperti ini. Ini pun sopan kiranya. Jika makan boleh insert bunyi cengkerik kerana terlalu khusyuk.



Kemudian seminggu selepas itu pula . JENG... JENG...JENG..

Ulangtahun perkahwinan kami yang pertama akhirnya tiba. Yeehaaaaaa. Ku pernah bilang bahawa daku teringin hendak ke satu tempat yang terakhir kali jejakkan kaki iaitu pada umur 5 tahun weyyyy!!!! Aku mahu ke LANGKAWI!!!!! HONEYMOON kali kedua.. yay!! babymoon pun boleh tak?? hehehe

dan akhirnya dapat guna kupon percutian percuma 4hari 3malam iaitu hadiah kahwin dulu. Dengan rela hati dan pedal, gua pilih Langkawi. Serius no regret.
WEEEEHUUUU!!! dan pertama kali dengan JAKUNNNYA!!!! Gua naik MASSSSSSS... Hahahaha..Astaga... Penulisan yang sungguh naik tinggi melangit adrenalin ku. Eksaited pening lalat aku ni. Sebab selalu naik Air Asia saja. Ok! Sila sumpah seranah saya..Hahahaha..aku tak marah pongg!! Sila..sila..Hahaha..

Dan juga dengan sperti malu-malu kucing ketika marah pada anjing busuk tepi rumahnya. Bahawa inilah Piriud terakher beta sebelum boleh mencuba lagi.. Hehehe.. lamakan ???


Isnin, 3 Ogos 2009

Pertama kali

****memasak setelah menjadi isteri maksud aku

Huuu...sekiranya anda membaca, tolonglah jangan menggelarku isteri yang agak lambat bertindak atau apa-apa sahaja jenis-jenis atau kategori yang sinis...hahaha... (elleh..sukahati lah jika anda mahu bilang apa sahaja..nama pun negara mengamalkan sistem demokrasi)..


Aku bukanlah seorang yang berjenis pakar memasak atau 'terror' memasak..Ouh..tidak..tidak..tidak... Ibu adalah seorang pakar memasak yang diketahui umum (umum=insan2 yang mengenali)
.. Jadi, jangan salahkan daku jika aku tidak dikurniakan kebolehan memasak..Sebab musabab kerana ibu sangat hebat memasak, jadi anak-anak pun hanya tahu tadah mulut dan perut...Yum..yum...

Dan aku tidak lah merasakan Incik dd malang kerana beristerikan aku..(u'r too harsh anil)...yes..i know... (namun aku aku ada ciri-ciri kualiti lain)...hehehe

Setelah sebulan seminggu menjadi isteri beliau. Maka dengan rasminya, aku telah memasak masakan pertama...Hahaha... Maaf...alasan saya sangat kukuh..walaupun mungkin ada yang kata 'ellehh...alasannn..'

Rumahku ini mungkin tidak sama seperti rumah orang lain..maksud aku kondo ini. Di sini tidak dibenarkan memasang gas, mungkin tak berkenan macha tong gas keluar masuk sini kot..
Jadi setiap rumah disediakan saluran gas yang dipasang daripada satu salur sahaja...seperti Astro di sesetengah kondo atau apartment.. jadi, sesi temujanji untuk pemasangan yang ditempah sejurus kahwin hanya dapat dipasang pada 23julai lalu. Sebulan baru kami merasa normal seperti rumah orang lain. Alasan mereka, harus ikut giliran , kerana Gas Malaysia adalah satu-satunya yang mengendalikan pemasangan seperti ini. Adoi...Astro pun satu hari je.

Maka, dengan rasminya, 27julai baru dapat memasak ekoran kesibukan waktu bekerja yang tidak kena masa dengan waktu suamiku.

Awal-awal ku sudah katakan padanya bahawa aku tidak pandai memasak. hanya boleh saja.

Jadi, ini lah masakan pertamaku untuk suami setelah bergelar isteri


Siput sedut masak lemak cili api


Ikan cencaru sambal sumbat, simbah
(apa punya nama daa.. resepi ibu)


Sawi goreng (agaknyalah..rupa kenal..nama kurang tahu)


Kegemaran beliau sampai bila-bila ... ;P~


Incik dd suka tapi cencaru itu terlebih masin...uhukkk..konon berlagak pandai tak merasa dahulu..

Esoknya keluarga kata mahu datang, bersilat aku di dapur memasak sambal tumis udang, ayam goreng dan sup sayur..Abah kata sedap....tapi pedas...jadilahhh...(maaf..aku gila pedas)


Yang pastinya...aku bukan dikategorikan sebagai pemasak, tapi masih boleh dipertingkatkan lagi...dan kerana jijie mendesak untuk membuat entri masakan pertama yang mungkin jadi memori..Maka, aku akur saja...dan mungkin ini sahaja entri masakan dari aku..kerana..hari-hari kena memasak jadi tak lalu lah jika mahu muat turun dan bercerita tentangnya selalu kecuali jika masakan hebat dan istimewa..Nasi ayam mungkin?? hebatkah??