Memaparkan catatan dengan label bukit jalil. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bukit jalil. Papar semua catatan

Rabu, 22 April 2009

Penawar diri

Semakin tenang dan semakin melupakannya...Hari semakin cerah dan ceria. Baru malam tadi menyambut harijadi Incik dd..Selamat ulangtahun ye dd! Sebelum naik ke rumah sempat bergurau ke beliau...'Ahak..tak lama lagi dah nak 30 tahun pula..eee..awak dah tua...'---jahat kan aku..(Akan kemaskini di entri yang datang)

Di hari minggu lalu, banyak yang aku cuba isi..Sabtu sangat hectic ya ampun...Bersama abah dan mak ke Sogo, atas nasihat cik FyDa^eEe aku tergedik-gedik kesana untuk merembat apa yang patut. Sebelum itu, ada jualan murah sehingga 13 april disana, kemudian ada jualan murah lagi sehingga May kalau tidak silap. Beliau mengatakan cadar pengantin di sana murah dan sudah pun mendapatkannya. Jadi aku apatah lagi..terus berkejar kesana..Masyallah..memang lah murah dan santek2..Mulanya mencari cotton tapi akhirnya beralih ke material lain..Tapi yang aku berkenan tiada potongan harga, Maka kecil hati..tetapi jurujual tu berkata, sila datang 18April nanti..ada jualan murah lagi.Tu yang menyerbu pada 18April. Wah..cadar yang aku berkenan tu ada potonganlah 70% lagi..hahahahah..Aku sukak!! Berbaloi lah aku bangun pagi-pagi semata-mata kerana ia.Dulu aku jarang ke Sogo, tak tahu nak beli apa. Yang aku maklum, para ibu dan makcik kita suka sangat ke sana..murah katanya..Sekarang baru aku tahu..Kaum perempuan yang sudah berumah tangga memang amat gemarkan Sogo atas sebab yang munasabah.


Selepas diskaun hanyalah RM230..murahkan???


Segala macam barang kelengkapan bilik pengantin dan jumlahnya tidak melebihi
RM4 ratus..tidakkah Sogo sangat hebat.


Sebelum itu, 2 minggu lepas, baju nikahku, baju ibu dan keluargaku yang lain sudah selamat siap. Tapi lengan baju ku seperti besar, maka hari Ahad lalu membuat keputusan ingin mengalter lah..Ler...tutup rupanya..tidak kusangka Dzul de Classique pandai tutup kedai.Selama ini aku tengok buka saja. Yelah mereka pun manusia juga.

Lantas ke Bukit Jalil melihat rumah yang dicadangkan Dayu. Rumah teres adalah pujaan aku selama hidup ni (kalau dah kaya cerita lain). Wah...bila dah sampai sana..agak teruja, banyaknya kosong..catit nombor apa yang patut. Namun hampa bila ditanya 'hanya untuk dijual ya' ..ler...Tetapi langit tak selamanya mendung, kemudian dapat hubungi agen yang seorang ini. 'Sewa ada'...wah hampir nak meloncat aku bila dapat tahu sewa hanyalah RM600. Dibawanya kami ke rumah tersebut.. Dan betapa hampanya daku bila mendapati master bedroom amatlah kecik tak ingat. Rasanya bilik kedua rumah aku ni pun besar lagi.. Kalau dah letak satu set penuh perabot..memang tak tahu nak jalan macamana.. Alahai..terus Incik dd reject..katanya. dahlah duduk berdua, bilik sampai 4, dah tu bilik yang nak tidur bersama pun hanya muat sekangkang kera saja. Apakah?? Jadi apa gunanya bilik banyak, rumah bertingkat ..kalau tiada keselesaan di bilik tidur sendiri.

Jadi misi rumah sewa masih menemui jalan buntu. Kini aku pasrah saja dengan pilihan Incik dd. Beliau gemarkan kondo kerana nak hidup berdua saja dan berdekatan dengan tempat kerja. Beliau kata, 2,3 tahun nanti nak beli rumah teres, takkan sekarang pun nak duduk rumah teres juga..bagilah can nak duduk di kondo..Ya! baheklah! saya ikut saja kata bakal suami.. Selepas ini syurga di telapak kaki suami.. Selepas kejadian kelmarin, lagi membuatkan beliau berkeras mahu cari kondo yang berdekatan saja..semunya demi keselamatan.Sekali lagi Bahekla!

Ini ciri-ciri apartment atau kondo pilihan
1. Berada dalam kawasan Bangsar, Taman Desa, Pantai Dalam, Bandar Sri Permaisuri dan Pusat Bandar Damansara sahaja.
2. Ada balkoni
3. Ciri-ciri keselamatan yang ketat
4. Persekitaran seperti yang dijangkakan..bukan kotor, bising. (serik kerana kondo tempat tinggal kini dikelilingi oleh orang melayu yang seperti tinggal di rumah pangsa..urggghhhh...sebal!)
5. Sewa bulanan tidak melebihi RM1300.

atau Rumah Teres
1. Berada di kawasan seperti diatas
2. Sewa bulanan tidak melebihi RM1000.

Jika terjumpa ciri-ciri diatas silalah memaklumkan saya ya!!! Wah..dah macam iklan di Mudah.com.my je..hahaha

Ngantuk---pelik kenapa aku selalu mengemaskini di waktu hampir subuh hari.