Memaparkan catatan dengan label sakit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sakit. Papar semua catatan

Rabu, 8 April 2009

Tak suka!

HIV test sudah selesai ...Yay!! dan sudah tentu lah ia negatif... Haih takutnya..sebelum pergi, hubungi bff dulu bagaimanakah, oo...rupa kena ambil borang dulu ya?..sumpah tak tahu. Kena ambil di Jabatan Agama Islam Selangor pula tu. Aiya..iya ka?..dalam tak tahu bodo-bodo alang tu, rupanya mestilah incik dd tahu semuanya. Dia kan encik sempurna, dari Bangsar ke Shah Alam ...alahai..dekatnya lah kan. Nasib beliau memang tak kisah, tapi aku yang kisah..kerana aku kerja petang tu, bolehkah? sempat kah? Beliau tak apa lah..pejabat tu 'bapak dia yang punya'..keluar masuk sukahati..saya jeles ok.

Sesampai di sana betul-betul waktu rehat tengahari, tak apa..sila tunggu ya, dan selepas dibuka kaunter nombornya, saya di ke dua depan, punyalah tak penyabarnya..Bila tengok belakang...mak aih..ambik kau..line sampai ke luar bangunan..hak..nasib ko lah orang-orang sekalian. Masuk bilik doktor saja..aku dah seram sejuk, sesungguhnya aku tak suka sebarang sentuhan yang menyebabkan kesakitan...uuhhh...

Doktor: Anil Ezatul?
Anil: ya
Doktor: ok, cucuk kat jari ya.
Anil: Ha?
Doktor: Kalau takut, jangan tengok
Anil: Ala....iskh....yeke?
(doktor lantas sapu kapas basah di jari aku...*apa ni? bius ke? sakit sangat ke? kena ke?)
***terjojol biji mata bila tengok benda kecil biru tu..sudah mula menggeliat-geliat ngeri
Doktor: cepatlah..banyak lagi orang tunggu kat luar tu
DUSHHHH (amek kau...x perlu mengada ya!)
tiba-tiba
Anil: Au...sakitlah!!!
selesai sudah...tapi...
aku beredar dengan jelingan membunuh kat doktor tu...Buwekkkkk~~~~

Menunggu selama setengah jam namun sebelum beredar lantas merungut-rungut pada Incik dd **Jari kite cedera lah** ---habis tu jari dia tak cedera ke??

Sesungguhnya, aku tak suka perbuatan yang menyakitkan aku..noktah!