Memaparkan catatan dengan label 60-Earth hours. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 60-Earth hours. Papar semua catatan

Khamis, 26 Mac 2009

Anda bagaimana??


Wah...hari ini aku rasa ingin selit sikit tentang kempen 60- Earth hours. Pada hari Sabtuini jam 8.30 malam hingga 9.30 malam. Aku agak teruja kerana satu dunia bekerjasama demi kempen ini.. Auww...terharu..rasanya baru kali ini lah masyarakat bumi bergabung tenaga dan masa bersama2, selain sukan olimpik dan pembantahan keras puak rejim Israel terhadap bumi Palestin... Selama ini, masing-masing dengan negara masing2, tak pernah pun kisah dengan apa jua kempen yang berlaku di negara lain sekalipun.

"Ianya bermula sebagai sebuah kempen di Kotaraya Sydney , pada tahun 2007. Kempen ini mendapat sokongan dan amat berjaya , apabila hampir 2.2 milion rumah dan kedai perniagaan bersama-sama menutup lampu. Setahun kemudian acara ini telah menjadi sebutan di seluruh pelusuk bumi - dengan penyertaan hampir 50 million orang dan merangkumi sejumlah 35 buah negara. Acara ini diraikan , sebagai satu simbol harapan kepada satu perubahan."--fakta dari http://www.ehoza.com

tutup lampu??
Ya , hanya tutup lampu selama 1 jam ( 60 minit ) pada 28 Mac ini , bermula jam 8.30 malam . Itu sahaja tanda sokongan yang perlu lakukan. Dan dalam kegelapan ini , mungkin kita boleh berfikir betapa sumber tengan itu seharusnya diguna dengan baik, dan bukan untuk dibazirkan.

Matlamat???
Tahun ini , diharapkan sebanyak 1 billion umat manusia yang bertaburan di lebih 1000 buah kotaraya . Akan bersama-sama berganding bahu dalam projek global ini. Ini akan menjadi pemangkin yang kita boleh sama-sama mengambil tindakan bersama , dalam menangani isu pemanasan suhu dunia yang berlaku sekarang ini.

Hebat kan? dan yang membuatkan aku lagi teruja iaitu, syarikat-syarikat yang agak mustahil (melibatkan produksi dan kos berjuta2) iaitu Media Elektronik dan Media Cetak (opis aku weii...) Mula mula memang aku tak rasa NST Press akan turut terlibat..almaklumlah...di waktu tersebut kerja-kerja untuk pengeluaran surat khabr pada esok hari sedang berlangsung.. Itu waktu kemuncak untuk bahagian nasional dan berita2 terkini..

Kemudian aku terlihat iklan di akhbar Metro, ouh...maka, kalau dah metro mengambil bahagian, mestilah satu syarikat ini akan turut terlibat termasuklah berita harian.. Kisah....tapi aku tak tahu bagaimana keadaan di pejabat nanti kerana aku tak bekerja pada hari tersebut..dan yang aku agak musykil adalah, dimana aku di waktu tersebut pun masih tak pasti..

Tapi yang aku pasti...aku teruja...(sedih...sebab Akademi Fantasia akan terus berlangsung...ceh...sungguh mementingkan keuntungan)

Maka, Ayuh kita bersama-sama membuat satu perubahan yang amat besar. Kepada alam yang menjadi tempat tinggal kita selama ini!!

YEEHAA!

**Adakah anda turut menunjukkan sokongan?????