Hai semua... I malu..Serasa mahu lempang lembut terhadap diri sendiri. Anda masih ingat aku lagi ke?? Kalau tak ingat lagi tak mengapa... Memang boleh buat vote A.ingat lagi B. Tak ingat langsung. Lepas tu jika undian berpihak kepada B. Maka sila lempang diri secara lembut..tak mahu kasar2 ok. :p
Ha!! Sabtu lepas, jika sesiapa yang ada buka Berita Harian, ruangan SABTU mukasurat 5, ada ruangan jemari halus. TADAAA.. aku lah yang mengisi ruangan jemari itu. WALAUPONNNN tak berapa halus. Hahahaha... Maka bolehlah menatap ia seminit dua.. 1 jam pon boleh, kalau nak lah. Tapi siapa lah kan yang gila nak tatap sampai sejam kan??... :p Tapi manalah tahu boleh nampak secebis muka ku itu..hehe.. Siyes., aku mintak rakan designer supaya potonglah muka lebor dan tak berapa cun tu di situ. Beb!! itu ruangan jemari halus bukan wajah halus..*erkk

Abaikan bahagian kanan. Tapi jika tak mahu abai. Tiada undang-undang jatuh hukuman pun.
Jika sesiapan diantara anda adalah penggubah bunga handalan. Harap maaf ya. Aku ni tak terror mana. Kakak ku yang terror bahagian gubahan ni. Tapi sebab dia jauh. Maka aku sajalah yang menjadi galang ganti. Ok tak? :p Nama pun ilham ringkas tampak manes...auww!!!
*Bulan Jun berazam menjadi blogger tegar kembali. Esok insyallah ada entri menanti..Doakan aku tak janji tahi ayam je ya..