Memaparkan catatan dengan label anniversary. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anniversary. Papar semua catatan

Khamis, 3 Jun 2010

JUNE: THE LOVE MONTH


JUNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN is here. OMG bulan yang dinantikan tersangat lah terlalu lama seolah menunggu 20 tahun lamanya.


Terlalu banyak perkara gembira dan indah yang berlaku dan akan berlaku pada bulan ini.

Salah satunya :

Setelah sekian lama tidak pulang ke Kluang tercinta. Kali ini akan bermaraton bersama bff ku Hafifi dan Shadeq pusing Kluang untuk sesi MAKAN tanpa batasan. Ala2 Warung Kita dan Jalan Jalan Cari Makan.

Tetapi malang dan tidak malangnya. Shadeq ada kenduri lenggang perut katanya. Maka, mungkin aku dan Hafifi akan bermaraton menjelajah ke segenap pelusuk Kluang untuk menikmati keindahan dan kesedapan makanan JOHOR. Almaklumlah wanita 6 bulan pregger itu memang gilakan makanan buat sementara ini.. Hehe.. sindrom wanita mengandung.



3 Wanita pelahap unggul tetapi bukan beruang kutub



Aktiviti mungkin seperti ini. Ini pun sopan kiranya. Jika makan boleh insert bunyi cengkerik kerana terlalu khusyuk.



Kemudian seminggu selepas itu pula . JENG... JENG...JENG..

Ulangtahun perkahwinan kami yang pertama akhirnya tiba. Yeehaaaaaa. Ku pernah bilang bahawa daku teringin hendak ke satu tempat yang terakhir kali jejakkan kaki iaitu pada umur 5 tahun weyyyy!!!! Aku mahu ke LANGKAWI!!!!! HONEYMOON kali kedua.. yay!! babymoon pun boleh tak?? hehehe

dan akhirnya dapat guna kupon percutian percuma 4hari 3malam iaitu hadiah kahwin dulu. Dengan rela hati dan pedal, gua pilih Langkawi. Serius no regret.
WEEEEHUUUU!!! dan pertama kali dengan JAKUNNNYA!!!! Gua naik MASSSSSSS... Hahahaha..Astaga... Penulisan yang sungguh naik tinggi melangit adrenalin ku. Eksaited pening lalat aku ni. Sebab selalu naik Air Asia saja. Ok! Sila sumpah seranah saya..Hahahaha..aku tak marah pongg!! Sila..sila..Hahaha..

Dan juga dengan sperti malu-malu kucing ketika marah pada anjing busuk tepi rumahnya. Bahawa inilah Piriud terakher beta sebelum boleh mencuba lagi.. Hehehe.. lamakan ???