Memaparkan catatan dengan label official album. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label official album. Papar semua catatan

Khamis, 31 Disember 2009

Entri akhir

Entri akhir 2009 maksud aku. 2009 yang memberi makna. Berkahwin dengan insan yang disayangi serta impian setinggi gunung lah, Disambut harijadi sebanyak 3 kali, Mempunyai keluarga baru dan berbagai lagi perubahan besar dalam hidupku pada 2009. Rasa sayang kerana 2009 akan meninggalkan ku.. Tak tahu lagi layanan 2010 terhadap kehidupan ku... Tak berapa berkenan kalau dia tidak melayanku sebaik mungkin... Harap 2010 akan membawa kegemilangan pula ke? hik..harap ia Awesome

Sebagai meraikan ulangtahun perkahwinan kami yang ke setengah tahun= 6 bulan ;D

dan juga sebagai penutup, aku mengabadikan album perkahwinan ku, aku tak pernah ingat tentang ini. Tapi Diah pernah kata, yang aku tak pernah ada entri tentang album kahwinku...ouh yeke? serius aku tak ambil kisah sebenarnya, memandangkan aku pernah memaparkan beberapa sebelum ini..Maka kini aku sahut kata beliau. Sebenarnya banyak gambar-gambar belakang tabir yang tak pernah aku paparkan dan aku berani kata lebih menarik daripada gambar di album. Tapi ah.. kemudian sahaja ya.. gambar bilik yang ringkas itu, gambar pembikinan rambut, gambar gedik serba sedikit.. lambat sikit ya.. walaupun basi..


Ok mari tatap santapan yang aku tak pasti kenyang ke tak? tapi rasanya seperti boleh sendawa..Namun, bab sedap ke tak, sendiri rasa yo...


Album datang dengan bag kain yang mengandungi 5 album


Ditempah dari Indonesia dan diletakkan dalam kotak berukir nama kami...Tapi adoi...lain font yang diminta lain yang dapat..aku pasrah


Didalam kotak barulah ada album..bulu apa tah...aku tak pasti


Album costum ada 3, yang ini nikah


Album Bertandang


3 album custom, 2 album biasa
1 cd video dan 1 cd foto



Antara gambar-gambar yang aku petik dari pokok album nikah










Antara gambar-gambar yang aku petik dari pokok album resepsi

Rambut aku dari belakang horror, macam rambut nenek kebayan




Keadaan tidak terkawal ketika check point tol utara selatan



Aku dan abah bengang betul ketika baru perasan kehadiran botol mineral ini..adoi




Shot aku damba sampai mati dari Fad Manaf


Antara gambar-gambar yang aku petik dari pokok album bertandang...Agak kurang berpuas hati dengan kebijaksanaan dan kualiti gambar, mungkin rakan penembak gambar yang dibawa abang Syahrin tidak sehebat Fad


Yang ini aku petik dari cd




Muka masam aku kerana mekap tak cantikkkkk..awal2 belum tahu tapi dah masam muka...bravo aku


'eh! kenapa mekap macam orang tak pandai mekap je ni bang?'




Henna touch up kembali di kedai tak bertauliah sehingga menghasilkan henna bersaiz gajah


Gambar default video bertandang kami...


Resort/bilik tidur mak dan abah sebenarnya tu..


Kesimpulan, tahap kepuasan adalah di tengah-tengah. Namun, bila memikirkan harga yang Syahrin Aziz tawarkankepada kami agak berbaloi. Tapi saya lebih suka gambar ketika resespi kerana ada Fad Manaf..ouh...anda semakin melampau-lampau kini...Aku jeles!
Walaupun kecewa kerana tidak banyak gambar-gambar seperti hadiah pintu, kanopi, hiasan sana sini, tag-tag yang aku usahakan, dan lain-lain perkara yang dipandang enteng oleh orang. Namun tidak bagi aku...kalau aku jadi penembak gambar. CONFIRM aku tidak akan abaikan..tapi itu jika aku penembak..Malangnya aku pengantin...hehe...

Editing dari Syahrin, agak soft dan ada juga yang ekstrem.. Tapi aku ok saja.. Tapi kenapa ya, bila dibandingkan dengan gambar pengantin-pengantin di hotel (klien beliau), gambar aku tak sebrilliant mereka? AH! kahwin di hotel manakan sama dengan kahwin di rumah.. ;P

Selamat Tahun Baru!