Memaparkan catatan dengan label kasut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kasut. Papar semua catatan

Khamis, 23 April 2009

Bargain.Bargain.Bargain

Aku gembira saja kini kerana emosi semakin pulih, jadi mahu bercerita pun enak saja perasaan. Pencarian kasut kahwin ku sudah selesai, walaupun agak basi tapi tak mengapa...kerana mood aku tentang great bargain ni sangatlah tidak dapat dibendung. Pada awalnya, agak sukar mencari kasut yang bersesuaian, merata tempat aku mencari, penat rasanya setelah berbulan-bulan menjengah disana sini. Ikutkan kasutlah item terawal yang dicari aku. Sehingga lah berjumpa pada penghujung bulan 3.

Sebenarnya kasut yang ku dapat kini bukanlah pilihan utama. Aku berkenan dengan sepasang sepatu di Nine West ni, warnanya sesuai dengan persalinan resepsi nanti, tapi harganya alamak RM389 jika tak silap. Adoi, belanjawan untuk kasut hanyalah sekitar RM200 kebawah. Dalam masa dua minggu, dua kali aku Nine west The Garden hanya untuk bertanya khabar kasut itu, dapat tengok pun jadilah..ahak..

Pada waktu tidak dirancang, ketika itu ingin mencari aksesori untuk majlis pernikahan di tempat kegemaran aku senantiasa The Garden (Dalam sebulan, tak tahu bagaimana mahu membilang kekerapan aku kesana).. memang sudah biasa lalu di ruangan kasut, tapi tak pernah terperasan, di rak pertama sekali aku terpandang satu kasut ni, boleh tahan cantik, tapi tetap tak boleh lawan kasut pujaan di Nine West. buat bodoh lagi..Tapi akhirnya kembali semula ke rak tersebut, 'Excuse me, ambilkan saya saiz 5 untuk kasut ni'..eceh..langkah pertama nak cuba.. Kemudian pusing sana ..pusing sini, peraga depan cermin..Jurujual lelaki tu dah tersengih-sengih (hello, apa sengih2? dah lah pelik jaga kasut perempuan..bluek)... Kemudian.. ' oklah..saya ambil' tengok harga dah tersenyum lebar RM99.50..wah..tak sampai seratus..bagus ni...Lantas mengeluarkan baucer Isetan saya yang bernilai Rm10 sebanyak 6 keping..

...wah boleh tebus ni..Sesampai di kaunter...sekali 50% lah....hahaha..macam nak guling-guling masa tu...rezeki ya tuhan! aku bagi baucer RM50.. tetapi pantas jurujual di kaunter berkata..' sayang lah guna 5 keping, kita tak boleh pulang baki tau' walhal 50 sen je.. ' Saya ambil 4 keping, awak tambah RM9.50 ye' ..ohoho...baheklah...Selepas membayar RM9.50 saya dan Incik dd ketawa tak sudah dan sengih melebar-lebar kerana kasut kahwin saya hanyalah bernilai RM9.50... Masyallah..patutlah susah sangat nak beli kasut di Nine West tersebut..rupanya ini hikmahnya.....



............................
..................




Hik


Ada baki 2 keping baucer dan seronok hinggalah lupa beli aksesori, hari terakhir penggunaan baucer, aku dan jiji dengan segera mendapatkan aksesori tersebut pada harga ya ampun berpatutan setelah potongan harga akibat diskaun dan penolakan baucer. ;D


Sebenarnya, pada hari pembelian kasut, Incik dd dengan baik hati membuat kejutan untuk saya dengan menunaikan kegemaran perasantan saya





dan berkata..ini untuk hantaran ok..wahh..terimas dd...Alamak...cukup menunjukkan aku takkan dapat Ipod touch! uhukk..baheklah!! Di lain rezeki..

Jumaat, 20 Februari 2009

Tentang Kasoot



Aku masih berjaga walau dah jam 6 stgh pagi..Ini lah rutin terbalik aku... Almaklumlah kerja lain dari orang..orang kerja siang, aku kerja petang yg dah nak masuk malam...iaitu dengan lebih tepat, orang balik kerja, aku masuk kerja... ahak.. mula2 dulu susah nak biasakan diri, dan dulu adakala berselang seli jugak..merasa kerja siang..kini habok siang pon aku tak nampak...ahak..dan sudah pun membiasakan diri... dan dulu aku merasa janggal bekerja pada hari ahad..kini aku dah biasa kerja 6 hari seminggu..(Sabtu..aku sangat menyayangimu!!!) ...maka amat sukar untuk memenuhi tuntutan komitmen dari pengaruh2 luar...melainkan segala yang berkaitan dengan majlis ku yang agak gerun tu..

Entri kali ini masih tidak ekstrem..suam2 kuku saja. Sebab apa yang aku buat pun suam2 kuku..ahahaha.. dan aku masih dilanda kerisauan kerana masih tidak bertaubat dari segi berbelanja.. Walau hendak kawin pun aku baru sedar aku dah beli 5 pasang kasut pada bulan ini.. ya..aku tau tak patut...hello..aku perempuan ok...dan hello balik!!!! ko nak kawin lah.. uhhh.... sebab canthek..maka beli lah... iieekk...

Berbicara tentang kasut...aku masih tak jumpa kasut yang sesuai di masa bersanding nanti.. Motif?? sebab aku lupa nak tanya cik sitti samada dia bekalkan ke tak kasut, dan aku macam tak yakin kasut butik2 pengantin ini menepati kemahuan aku yang tak sedar diri ini... Design yang aku wajib hindari adalah berbentuk tajam di depan... Maaf... cantek tapi ia mungkin tidak sesuai untuk saya..


Sekadar gambar hiasan


Sudah puas berjalan ke hulu kehilir di beberapa kali Sabtu.. tapi tetap tak berjumpa..aku penah ke vincci+ ..rasa cam cantik tapi kata dalam hati... nantilah..dan kini aku macam rasa sekarang ia dah takde..itu rutin dalam hidup aku...kalu yang berkenan..mesti akan jadi macam tu... incik dd selalu perli aku... Ini berupa kasut khayalan aku..


Nine West
(simple but sangatlah suwit)


Stuart Weitzman


Pink Berry
(Simple jugak and sweet jugak)
Jimmy Choo
(Luv sangat dengan warnanya)
Fendi
( Paling utama platform ok)



Enzo Angiolini
(Alahai suwit je)
Christian Louboutin
(heel memang lawa tak ingat)
(mana x jatuh chenta)
Chloe
(Terbayang majlis di taman bunga sambil naik kereta kuda)

Aldo
(Patern and tekstur sunggoh menggamit jiwa)

Stuart Weitzman
(dan bayangkan ia berwarna putih..purple pun cam nak pengsan dah)
Miu2
(Wa...heel gila berada di di Egypt)



dan adakah aku akan ketemu kasuit idaman...uhh... dan bajet hanyalah RM160 kebawah ok... Lebih dari itu..babai...

Isnin, 29 Disember 2008

saya


Berjalan2 sambli menonton

Apakah saya pakai ritu
Anting2-vincci accesorries
Scarf-S.wang
vest-S.wang
Dress-baci
Bag-bangkok
kasuit-the shoplifters