Hujung minggu hari tu, aku dan rakan-rakan baik juga kembar sejak belajar dahulu ingin berbuka bersama di samping meraikan harijadi dua sahabatku iaitu Yuyu dan Nenah..
Lokasi di Bora Ombak. Keadaan memang riuh dan tidak terkawal..Hehee...lagi-lagi bila ada sahabatku si Viviana dan nenah..Hadoi...
Nak dijadikan cerita bila penyanyi Bora Ombak itu membuat kejutan dengan menyanyi lagu harijadi dan semua orang tertanya-tanya dimanakah individu yang diraikan....tup2..beliau ke meja kami...dan menuju ke yuyu yang betul-betul disebelahku...Semua pun bertepuk tangan dan menyanyi bersama. Masalahnya ialah..yang diraikan adalah 2 orang tetapi Nenah 'missing in action' dan yang membuat aku serba salah...akulah penyebab kehilangan beliau.. Aku suruh dia ambil cucur udang...wahaahhaha.... 'Mana aku nak tahu masa tiup lilin sudah tiba'... dan rupanya beliau sesat di Bora Ombak yang tidak berapa besar itu kerana cari lokasi penggorengan cucur udang..haha...
Akhirnya bila sampai dengan cucur udangnya...kami semua menyanyi kembali..tapi dia bilang 'kejadahnya nyanyi kat aku' dan buat muka bodoh sambil ke kerusinya dan nak menikmati cucur udang panas itu...ceh....kami terus tarik dia...sebab lilin tak mahu hidup2 akibat angin kipas terlampau kuat...Tapi nasiblah...pura2 tiup seolah2 api lilin tu ada...hehehe...
dan yang kelakarnya...Haduh... nota di kek itu betul-betul membuatkan semua pecah perut...Kerana ia ditujukan kepada Yuyu oleh Ekal si kekaseh. Tapi cuba baca betul2..

Tak ke haru?????Hahahahahaha...dahlah mahu kahwin bulan 11 ni... Kata yuyu..ceh...cancel!!! Ade ke...setelah bertahun2 bercinta... ajak kawan ja....wahuahuahuahua...
Kesimpulannya, pembuat kek tu yang salah tulis...Konon si Ekal, nak tunjuk romantik, nak ajak kawen..sudah2...ajak kawan!!! bahahahahaha...
Jeng...jeng..ke rumah kakak Megat dan Shahila si pengantin baru... tak jauh..lokasi hanya di Ampang sahaja....Mempunyai tujuan tertentu sebenarnya....

Destinasi seterusnyaaaaa.....lagi jeng...jeng...jeng.......
Pada jam 1 pagi
Setelah beramai-ramai melepak di ruang tamu sambil menonton video dan album kahwinku....
Daaaa...tinggallahh

Ouhhh...aktiviti yang sangat penat...Marathon 3 lokasi....gambar-gambar tidak terkawal tidak dapat disertakan kerana tergolong dalam 18PL...hahaha
Aku terus pengsan dan malangnya, jam 9 sudah bangun kerana kena kerja di hari Ahad...Ah!! seperti tak biasa pula...
Kena repeat lagi ni!!!