Parti ayam Yuyu dan Ekal bahagian IIWaktu: tak tahu sebab tiba lewat-3 pagi
Tema: hitam, merah
Ahli: Nenah, Viviana, Cabell, Megat,yuyu, ekal, aku, Incik dd, kak haidar, tamrin, fahmy, maslin, black,hetty, kak megat dan abg ipar megat
Penganjur: Cabel dan Megat
Lokasi: Astaria, Ampang
Menu: Nasi lemak kg baru, Roti jala spesial cabel, sate, dimsum karipap er?, kek batik, cocktail, pau, sandwiches,barbican
Nota: Parti ZOmbie bertukar kepada rock setan, kerana seperti tiada zombie yang kelihatan melainkan jin-jin yang memang notti.
Aku yang poyo
Jaket berjaya didapatkan, studded dan leopard print,legging berjaya, headband juga wajib, aksesori pas, tapi boot agak lari tema coraknya..Aku tak tahu kenapa aku memilih ankle boot ini kerana banyak lagi yang lebih sesuai.. Tiada jawapan.. hak.Parti ayam2 sekalian untuk yuyu dan ekal buat kali terakher sebelum mereka dengan selamatnya bergelar suami isteri pada minggu hadapan...dan aku telah pun mendapat cuti..Yay!!!!
Parti ayam bujang lah konon ni bertemakan rock zombie anjuran pengantin paling
latest dalam senarai terkini iaitu Shahila@cabel & Megat. Ternyata, jika nak diikutkan tak perlu hairan kerana yang menganjur itu adalah megat. Kami semua tahu beliau adalah artistik, idealistik, bombastik, sarkastik..hahaha...kami semua pelajar seni. Maka mungkin agak tahu bagaimana mahu berekspresi dengan lebih melampau...oops...haha
Aku tiba agak lewat kerana menunggu suami pulang dari peperiksaan..Ouh nenah dan viviana turut bersama kami. Diva tiba lewat, jadi kami agak ketakutan jika semua orang marah...hahaha...
Makanan yang disajikan memang agak lazat. Dan kejadian yang berlaku seperti biasa agak tidak terkawal kerana jumlah kali ini bertambah dan kami semua melakukan pelbagai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak penganjur.
Yang seronok juga viviana boleh meng
request best dress dari penganjur, dan tup2..aku dan suami yang berentap hasil undian ahli-ahli yang budiman..haha
Permainan kali ini juga agak lain dan seronok, kerana diadaptasi dari rancangan spontan. Memang pecah perut mereka gelak.. Aduhai, dan
mini jamming dari megat dan ekal juga ada. Siap megat main organ okeh. Kami suka....
Gilas kan...Tema zombie dimeriahkan dengan kudis-kudis luka yang sangat euwww...
Pasangan bakal pengantin
**Kata cabel crown telah digantikan dengan tanduk jin dan tongkatnya sekali..huhu...kami pasrah saja...ikut penganjur
Viviana sudah mula menunjukkan divanya
Barbican..serius sedap...dapatkan di kedai pak arab sekalian. Ditanggung halal
Ada macam-macam perasa..lazatt
Lihat jin ini, masih berselera melayu, nasi lemak juga dicari
Nah, jangan tarik jaket mak lah nok
Tengok, apa saya kerjakan suami saya...hehe
;D
Pasangan tuan rumah
Encik fahmy, pemetik kamera pada hari gemilang yuyu dan ekal
Haishh...rosak si yuyu ni...camno nak kahwen ni
Kumpulan malaikat maut
Viviana dah mulakan kelas tariannya
Pasangan les setia ni
Kami saja mahu berlatarbelakangkan tirai artistik cabel ini
Isteri mithali
Tak dapat beyonce konsert percuma ini pun jadilah
Tak sangka, megat nyanyi lagu ciptaan sendiri..Ouh sunggoh kretip
Ouch!
aku tak boleh celen viviana
pengantin les...serammm... ;P~
Check it out the pictures
Saya menumpang manja namun diganggu jin
Bibior besar hiasan dinding
Nyanyi pakai lidi pun jadilahh
Sedang bertarung dengan suami main darts kerana kami bersaing best dress
Yay!!! saya menangg!! suami kalah dart tu! hahaha
Terima kasih kepada mak dan abah di kampung dan peminat yang tak putus2 mengundi saya...terima kasih semua
Cam jam-jam itu...hak..inspirasi membuahkan hasil
Berehat
Permainan ciplak dari spontan..hahaha...serius...kalau ada muka buku, mereka dok sibuk mengupload rakaman ketika permainan ini
Sebelum pulang, gigit mangsa dulu**Sangat seronok dan yuyu telah kembali ke alam nyata iaitu kembali sibuk dengan persiapan akhir untuk majlisnya pada minggu hadapan. Insyallah, aku akan membantu beliau membuat hiasan meja beradap, meja vip dan bunga tangan. Nerbes ok...
Selamat pengantin baru juga buat
Niki..
Foto kredit untuk Fahmy, Aku dan Nenah.