Khamis, 29 Oktober 2009

Parti Ayam II Rock bebeh!!

Parti ayam Yuyu dan Ekal bahagian II
Waktu: tak tahu sebab tiba lewat-3 pagi
Tema: hitam, merah
Ahli: Nenah, Viviana, Cabell, Megat,yuyu, ekal, aku, Incik dd, kak haidar, tamrin, fahmy, maslin, black,hetty, kak megat dan abg ipar megat
Penganjur: Cabel dan Megat
Lokasi: Astaria, Ampang
Menu: Nasi lemak kg baru, Roti jala spesial cabel, sate, dimsum karipap er?, kek batik, cocktail, pau, sandwiches,barbican
Nota: Parti ZOmbie bertukar kepada rock setan, kerana seperti tiada zombie yang kelihatan melainkan jin-jin yang memang notti.



Aku yang poyo
Jaket berjaya didapatkan, studded dan leopard print,legging berjaya, headband juga wajib, aksesori pas, tapi boot agak lari tema coraknya..Aku tak tahu kenapa aku memilih ankle boot ini kerana banyak lagi yang lebih sesuai.. Tiada jawapan.. hak.



Parti ayam2 sekalian untuk yuyu dan ekal buat kali terakher sebelum mereka dengan selamatnya bergelar suami isteri pada minggu hadapan...dan aku telah pun mendapat cuti..Yay!!!!

Parti ayam bujang lah konon ni bertemakan rock zombie anjuran pengantin paling latest dalam senarai terkini iaitu Shahila@cabel & Megat. Ternyata, jika nak diikutkan tak perlu hairan kerana yang menganjur itu adalah megat. Kami semua tahu beliau adalah artistik, idealistik, bombastik, sarkastik..hahaha...kami semua pelajar seni. Maka mungkin agak tahu bagaimana mahu berekspresi dengan lebih melampau...oops...haha

Aku tiba agak lewat kerana menunggu suami pulang dari peperiksaan..Ouh nenah dan viviana turut bersama kami. Diva tiba lewat, jadi kami agak ketakutan jika semua orang marah...hahaha...
Makanan yang disajikan memang agak lazat. Dan kejadian yang berlaku seperti biasa agak tidak terkawal kerana jumlah kali ini bertambah dan kami semua melakukan pelbagai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak penganjur.

Yang seronok juga viviana boleh mengrequest best dress dari penganjur, dan tup2..aku dan suami yang berentap hasil undian ahli-ahli yang budiman..haha

Permainan kali ini juga agak lain dan seronok, kerana diadaptasi dari rancangan spontan. Memang pecah perut mereka gelak.. Aduhai, dan mini jamming dari megat dan ekal juga ada. Siap megat main organ okeh. Kami suka....


Gilas kan...
Tema zombie dimeriahkan dengan kudis-kudis luka yang sangat euwww...


Pasangan bakal pengantin
**Kata cabel crown telah digantikan dengan tanduk jin dan tongkatnya sekali..huhu...kami pasrah saja...ikut penganjur



Viviana sudah mula menunjukkan divanya


Barbican..serius sedap...dapatkan di kedai pak arab sekalian. Ditanggung halal


Ada macam-macam perasa..lazatt


Lihat jin ini, masih berselera melayu, nasi lemak juga dicari


Nah, jangan tarik jaket mak lah nok


Tengok, apa saya kerjakan suami saya...hehe


;D


Pasangan tuan rumah


Encik fahmy, pemetik kamera pada hari gemilang yuyu dan ekal


Haishh...rosak si yuyu ni...camno nak kahwen ni


Kumpulan malaikat maut


Viviana dah mulakan kelas tariannya


Pasangan les setia ni


Kami saja mahu berlatarbelakangkan tirai artistik cabel ini


Isteri mithali


Tak dapat beyonce konsert percuma ini pun jadilah



Tak sangka, megat nyanyi lagu ciptaan sendiri..Ouh sunggoh kretip


Ouch!


aku tak boleh celen viviana


pengantin les...serammm... ;P~



Check it out the pictures


Saya menumpang manja namun diganggu jin


Bibior besar hiasan dinding


Nyanyi pakai lidi pun jadilahh


Sedang bertarung dengan suami main darts kerana kami bersaing best dress


Yay!!! saya menangg!! suami kalah dart tu! hahaha


Terima kasih kepada mak dan abah di kampung dan peminat yang tak putus2 mengundi saya...terima kasih semua




Cam jam-jam itu...hak..inspirasi membuahkan hasil


Berehat


Permainan ciplak dari spontan..hahaha...serius...kalau ada muka buku, mereka dok sibuk mengupload rakaman ketika permainan ini


Sebelum pulang, gigit mangsa dulu


**Sangat seronok dan yuyu telah kembali ke alam nyata iaitu kembali sibuk dengan persiapan akhir untuk majlisnya pada minggu hadapan. Insyallah, aku akan membantu beliau membuat hiasan meja beradap, meja vip dan bunga tangan. Nerbes ok...

Selamat pengantin baru juga buat Niki..

Foto kredit untuk Fahmy, Aku dan Nenah.


14 ulasan:

sitijamilahazmi berkata...

hahahahha anil ya ampunnnnnnnnn kamu semua mmg gila abes i loikeeeeee! ;p fresh ideas!and regardless pkai ganas2 pon,u still nampak chomey la anil!

Riena berkata...

ishh seram betull laaa tgk pic kamu niehhh...
tapi nampak best sangat party ni....

Qistin Fadzin berkata...

anil! bestnya!!!! sempoi gilaaa!!!

"parti zombie bertukar kepada rock setan"... hahahhaha. that was one cool party!

AmyMizzunderstood berkata...

orang dah ckp dah best!!huhuhu...tapi tema tu lain dari yang lain..sonok3..

BuTtErFlyInFraMe berkata...

wahh penuh beremosi ye ketika menyanyi..and congrats sbb mng mlm tu..hehehe..

bibir merah tetap mantap okeh...hahaha :P

Atiqah Adnan berkata...

waa.. betUl-betuL rock berapi nieh..!! mesti happening..
waa.. pakaian anil n incik dd paling besttt!!!

Sofia berkata...

bab melontar dart tu macam nak menggoda zombie jer... semacam..

seremm :P

[ Hanie ] berkata...

ehh seronok tgk!!!
mcm2 idea kwn2 kamu ni anil kan? sgt happening. Hahaha transformasi kamu terhadap suami sgt baik ;)

Mummy H. berkata...

wah anil..kawan2 anda tersangatlah happening ye.. heheheh..aksi kamu dengan si suami sangat menggoda..lol

shapattnson berkata...

best giler tgk u all the custome masing2 ..suka tgk hasil solekkan rock zombie itu ..pstt sy sangat suka kan legging saudari okeh!!! sangat howt!!! hiksss ..and pihak penganjur pon sangat bagus ideanya ...syabas ..nanti sy nak pinjam mereka sebagai penganjur majlis saya bole?? hehehe artistik background pon cantik yea sangat kreative!!! mmg berseni lar dari segi rumah, org dan juga majlisnya skali syabas!!!

Rosy Sharz berkata...

Waaa....u all memang rock gilaaa...best la this party...very happening.. ;-P. I loiikee.

xeea berkata...

'malaikat maut'

hahaha.
tak boleh tahan.

psstt. pasni buat tema bananas in pyjamas lah pulak. heh

weDa berkata...

muahaha "malaikat mautt" ekh. cool cool partay ni :D

nak gi partay ni ke yang stuck 40 minit tu anil? gegege.

vote for barbican too!

anil lutaze berkata...

~siti jamilah--gila kus2 diorg ni..ala...x ckp ganas er...sedylah cm ni...hik

~riena--hahaha...nsib awak kte seram...cko ngeri x saya...hehe

~qis--cool sampai tercari2 aircond tp x dak.. ;D

~amy--tulah tuan rumah ada akal pjg..tu yg tema jd cenggini tu

~alena--hahaha...sbb sore x de...muka emosi pon jdiler..haha..bibir merah pjm cili giling..

~atiqah--ahahaha...krn kitorg cuak tkot diorg lg berapi pakai...suami saya pasrah jee

~amy--lontar dart sambil menjampi tu

~hanie--kwn2 saya mmg mcm 2 akal, x leh nk lps dari idea pelik2 diorg ni...tansformasi pasrah..hehehe

~bitnpieces--er..yeke...hak..pasni akan dikurgkan

~sha--as usual..awak mmg pengkomen tegar..sumer menang tang solekan lah tu...legging kebetulan dpt...i loike...ooo..nnti saya pjmkhidmat mrk utk awak

~miss shygirl--mrk yg gila..hahhaha..saya x kan..hehehe

~xeea--waahhh..itu satu idea lg...ooo...awak ada bakat tersembunyi err....

~weda--yupe2...hahaha...tulah dia parti yg stuck tu..choi...hehehe
barbican sedap kan...saya ingt nk rembt sedozen buat bekal kt rumah...