Tiada apa yang aku harapkan bila pergi ke Picc tersebut. Kebanyakan perkara sudah pun ditempah, namun naluri hati tetap memujuk incik dd kesana walaupun sudah agak tidak pergi ke beberapa pesta perkahwinan yang berlangsung di beberapa ketika ini. Paling yang dikenangi semua adalah pesta perkahwinan pada tahun lepas di Mid Valley bukan? Tapi masa tu masih samar-samar kerana bertunang pun belum..
Tapi ternyata tak pergi sia-sia...Kekecewaan akibat tak pergi ke Matta fair dapat diubati, akhirnya pakej honeymoon sudah berjaya kami perolehi...huyay!!!!..walaupun memang tak fikir tentangnya pada ketika ini, semua kerana cuti yang tak berapa nak gemar... (masih tak tahu status) ...
Kami berjaya merembat pakej
-3D2N Langkawi (tersangat hendak pergi kerana kali terakhir ketika umur 5 tahun--tersangat jakun)
+
- 3D2N Bali (Kali kedua tapi mahu kasi incik dd jatuh cinta di sana)
Additional Benefits
- PERCUMA Personal training couple session including diet and nutritional cunsultation
- DISKAUN sehingga 50% membeli dan belah di outlet yang terpilih
- ACCESS to 33,000 resorts guaranteed cheapest
- PERCUMA 3D2N di pusat penginapan yang terpilih untuk 4 orang
- PERCUMA 5D4N percutian luar negara untuk 2 orang termasuk rebat kapal terbang
-DISKAUN sehingga 50% menaiki Star Cruise ke Asia, Eropah dan Caribbean (ini adalah impian incik dd sepanjang zaman)
- DISKAUN 40% mengikuti program menurunkan berat badan
- DISKAUN menginap di hotel dan resorts di Malaysia, Thailand, Indonesia dan Hong Kong
dan semua di atas sangat lah tak boleh percaya...urm...dengan harga...uhhh...urm...ih...hu....ok bagitau je lah ye...
.....
.............
......................
...........
.........................
.............................
................................................
.....................
..........................................
....................................
.............................................................
.................................
.......................................
..................................................
RM399 (sampai sekarang masih tak percaya)
........
dan pakej ke Langkawi dan Bali tersebut insyallah akan dilakukan secara maraton selepas majlis resepsi di rumah incik dd...( akan ku sihir permohonan cuti aku)...
Malas nak bercuti sikit-sikit, alang2 6D4N itu akan dimanfaatkan sepenuhnya...
dan selepas itu dandan pergi ke fotografi fair di MidValley dan merembat tripod..semangat betul persediaan..padahal persiapan kahwin pun mati segan hidup tak mahu.. *sigh
**** Moral--- sila mintak cuti segera (aku belum boleh lagi kerana sebab2 tertentu)
----UPDATED---
di sini anil sertakan alamat dan no telefon pada sesiapa yang nak, cuba hubungi mereka, insyallah ada rezeki, siapa tahu bukan
Max generation Sdn Bhd
Suite D-2-7, Plaza Damas, No 60, Jln Sri hartamas, 50480.KL
03 6203.9890
Semoga berjaya!!!!