Memaparkan catatan dengan label hantaran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hantaran. Papar semua catatan

Rabu, 5 Mei 2010

Maaf> Mari cuci mata

Wooooooooooooooooooooooooooooooooo...maaf!!!!! inilah pertama kali aku tinggalkan blog secara berabad2 lamanya. Sebelum ni dok kata zaman batu lah apa lah.. Sekarang sudah terbukti yang blog aku memang ketinggalan seperti zaman mesolitik kunonya..

Aktiviti memang banyak beb!! serius.. tapi ku tak punya masa untuk berblog. Nafsu pun semakin kurang lantaran lambakan kerja yang macam2.

dan di bawah ini juga salah satu kerjaku jua untuk Ren-da Bellezza

Mari tonton 5 dulang hantaran dari Fendi kepada Sarah untuk majlis pertunangan mereka.


Sirih Junjung





Sirih Junjung Sarah untuk Fendi


Telekong





Buah-buahan


Maaf tetiba terkecil..haha



Gelang Ac wuuuuuu




dan Mekap




Sekian saja..Insyallah, jika ada rezeki lagi, akan dipaparkan update2 terkini daripada Ren-da Bellezza..

Jika ada yang berminat boleh email ke a.xteqs@gmail.com

*** Esok, insyallah...akan update tentang dunia realiti daku k.. Wassalam

Isnin, 14 September 2009

Hantaran

Aku dah lambat ni...nak kena balik...barang-brang mahu masak nak kena beli lagi..haiyok..
Tapi aku nak memuat turun yang satu ini.

Ada juga kawan yang tanya, kenapa tak pernah muatturun gambar hantaran.. Sebabnya mudah sahaja.... gambar rasmi tak dapat lagi, tiadalah aku muatturunkan..Hehe..

Jadi inilah hantaran ringkas kedua belah pihak. Buatan sendiri.. Memang tidak menyediakan peruntukan untuk tempah.. Maka dari pihak ku, kakak ku sendiri yang menyiapkan. Tema memang tiada dalam kepala..Ketika melakukan persiapan dahulu, aku beli macam-macam benda...jadi semasa hari khamis hari sebelum berlangsung pernikahan, aku longgok segala macam bahan-bahan dan barang-barang hantaran pada kakak aku.. Pening juga lah dia nak merekanya..Hehehe...

Hasilnya seperti dibawah....

Setelah aku lihat..Ada rupa dalam taman...sejajar lah dengan majlis perkahwinanku yang penuh dengan pokok-pokok bunga seperti dalam taman...Ececece..alah..taman yang dah sedia ada...
Walaupun dalam dulang tu bercampur dengan palsu dan bunga segar...Bak lagu CT tu Di taman teman..tapi aku gelarkan ia 'di taman suka hati teman'...hahaha

Hantaran 11 berbalas 9..Malangnya..macamana mereka boleh tertinggal Sirih junjung hasil titik peluh kakak aku tu...Tak mengapa...akan ku cuba korek di celah mana sekalipun....


Dari aku untuk suami


Tali pinggang Gucci dan Dompet S.Ferragamo





Cincin perak bersalut platinum


Sepatu Raoul



Set wangian Dunhill



Nikon DSLR D60


Kemeja M.Dutti


Jam E.Armani


Coklat Patchi


Buah-buahan


Mini Fondant kek...Yang ini aku agak kecewa..kerana ia tak muat dalam bekas hantaran tu...Jadi bermacam-macam bekas cuba dimuatkan..akhirnya yang ini ja...sedih...Tercemar kelawaan kek itu.




Dari beliau untuk aku

Hasil tangan kakak beliau..

Cek hantaran


Mas kahwin dan cincin...Kecewa kerana cincin tidak dikeluarkan dari kotak dan tidak di diletakkan dalam bekas cincin yang penat kami cari itu.


Sepatu S.Weitzman


Telekong dan al-Quran


Tas tangan A.Hindmarch..Sangat mengreflectkan aku yang sangat suka studded


Tepak sirih warisan keluarga suami...


Jam E.Armani (jam kami sepasang...hee) dan Ipod touch


Ipod touch tersebut hingga kini belum digunapakai..Haih



Kek pojaan Chanel 2.55 klasik
Sila rujuk entri ini jika lupa......Nanti aku aku buat entri tentang kek ini...



Set mekap B.Brown


Sekian Terima Kasih...aku mahu pulang....Bffs akan datang ini malam mahu membuat onar...

Jumaat, 24 April 2009

Bunga Kering???

Seperti yang dijanjikan kepada beberapa kawan kita.. Kali ini tentang hantaran. Semua agak pening kan..Mahu menggunakan bunga segar sebagai penghias dan pencantik dulang kita, tapi oleh kerana ia adalah bunga yang suka mati cepat, (pengsan tak mahu)..jadi agak sukar mahu membikinnya dikala kita terlalu sibuk yang amat ketika itu. Maka..mahu tak mahu, bodek lah kakak-kakak, makcik-makcik, jiran-jiran yang sudi menolong dan kelapangan untuk merealisasikan impian indah kita ni.. Kalau yang memang mempunyai tangan magis tak mengapa lah, kalau akhirnya menjadi disaster..mahu tak pengsan kita ni..Uhuk..takut kan?

Tak kurang juga yang malas mahu fikir banyak-banyak, tempah saja.. duit belakang kira..banyak lagi yang hendak difikirkan.. Senang.. Masa tu, apa pun tak boleh nak fikir kan sebenarnya..huwaa...ngeri sungguh..

Baru-baru ini jiji ke Cameron Highland.(aku pun tak pernah kesana..sadis lah hai)..Dia ni memang minah bunga..haha. (ko marah, aku tak nak makan dengan ko k) hak.. Pulang saja dari Cameron, beliau borong bunga yang agak banyak..sosek2 dia..tiba-tiba aku tertarik dengan satu topik ni (dalam banyak-banyak ada juga yang aku tertarik).. Beliau beli bunga kering untuk ibunya. Yang jadi isu ni adalah ibunya di kampung..Bagaimana pula nak bawa pulang ke kampung..Oh..nama pun bunga kering...Tapi yang memeranjatkan aku, bunga tersebut tak kering langsung.. dan ia adalah bunga segar la.. lembut dan tak ada pun beza dengan bunga segar biasa. Dan ia mampu bertahan hingga 5 tahun..Katanya telah diletak ubat atau apa tah..tak pasti..Penjual tu katalah.. Aku teruja ya ampun. Jiji kata, ia dibeli di pasar pada Sabtu petang..pilihan sangat banyak..murah pun murah...tapi anda jangan kecewa ya..bunga ros tiada dalam senarai..tak tahulah kenapa..

Aku pun belek-belek bunga ni, dan yang kelakarnya, jiji letak didalam kereta hampir seminggu.. tapi rupanya tiada yang berubah.. Maka, aku yakin aku akan ke Cameron itu untuk memborong seberapa banyak bunga yang aku boleh bawa pulang. Sekurang-kurangnya aku sudah boleh memulakan misi hantaran..Yay! (perasan..kad pun tak siap lagi)... Dan misi aku adalah..gubah mengikut citarasa yang dikehendaki, kemudian akan memesan bunga ros di Petaling Street kepada insan yang pulang kampung pada waktu berdekatan dengan majlis. Jadi letak-letak sebagai penambah rasa.. Itulah yang aku cadangkan pada diri.. Tapi samada ia akan terjadi atau tidak..ia bukanlah kuasa aku..


Mungkin ramai juga yang tahu kewujudan bunga-bunga ini..tapi aku memang tak tahu sebelum ni...hik..Antara bunga-bunganya.........


Bunga kekwa??..iyalah kot


Jiji..kena ke sama tema baju dan bunga?



Jiji kata..bunga kecil ini pun ada



Siapa kata gubahan tak boleh hidup tanpa bunga ros..




Menarik kan????

Terima kasih ya untuk empunya gambar-gambar diatas


Pokoknya, dimana ada bakat, disitu ada cantek..Aku tiada bakat..bagaimanakah?? tak apa, kekreatifan di tangan kita, 'kita yang buat dia, bukan dia yang buat kita' kan?...Jadi.. kepada sesiapa yang nak cari bunga kering yang tak kering ni...kongsilah info ya..bunga apa lagi yang ada... Yang penting jiji kata..ada macam-macam bunga dekat pasar tu... Ahh...tak sabar mahu kesana..tapi bila???


**Sedih.. bff akan mula bercuti, bilakah akan bersua lagi sebelum zaman bujangnya tamat..dan aku akan merindui saat kami suka melepak di Kluang station tu...Hafifi, ini entri terakhir aku untuk tatapan mu..dan daku jua...tak dapat menatap entri kamu menghadapi detik-detik bergelar ratu Amkhaiz..kerana kamu akan pulang ke Kluang...Selamat Pengantin baru my bff selamanya!! Semoga percintaanmu kekal hingga ke akhir usia sayang!