Bertolak dari Kluang jam 12 lebih kerana macam hal2 yang menghalang, padahal bangun pagi2 ni...ingat dapat bertolak awal...huish...
Keluargaku sudah tiba sehari awal kerana adik aku ada persembahan di JB...Maka aku dan suami berangkat sendirian..
Suami bawa kereta macam nak terbang, jam 1.30 tibalah di kampung rembau ku yang tercinta lantas menuju ke rumah Amy yang haruslah berdekatan saja dengan rumah arwah moyangku..
Sesampainya disana bertembung dengan saudara maraku.. lantas terus tanya dengan keadaan menggelabah ayam tak sabar, 'dah berarak ke belum erk mak ngah?'
mak ngah terus jawab 'dah!'
uwaaaaa...rupa2nya jangan kata berarak.., sanding dah tepung tawar pun dah, malah pengantin pun nak habis makan...
terkejut beruk aku bila masa aku menuju ke amy, dan beliau mengatakan begitu...
Yerla...sepengalaman aku, majlis melayu ni, kalau bersanding jam 1 dalam kad, selalunya 1.30 baru bersanding..
kenapa awal amy?? huhukk...
rupa2nya orang dikir (kompang kot) nak berkompang tepat jam 1 kerana mereka ada majlis lain..
oo...gitu...tak mengapalah...
Tapi waa.....aku sangat teruja dengan keseluruhan majlis kahwin amy...serius majlis idaman anak dara2 di luar sana..haaa...rugi anda2 tak datang...
Benar2 white wedding dream...walaupun ringkas dengan bilangan 4 kanopi, tetamu masih dapat makan dengan aman, kerana persekitaran rumah beliau sangat village yang redup dengan pokok2, bersebelahan pula dengan kolam air tawar, maka tetamu lebih suka bersantai di sekeliling tanpa perlu melekat di kerusi yang akan mendatangkan kebengangan tetamu lain2 kerana tak dapat duduk..
Pelamin, meja makan pengantin dan potong kek pula diletakkan di bawah garaj rumah..
Tak perlu mengomel banyak...semoga terhibur dengan gambar-gambar dan nilaikan sendiri ya!!!
Aku tak tahu harga kek ini, tapi aku rasa ia idea agak bijak dan mungkin tidak semahal kek bertingkat2 kebiasaan kan. Kek bertingkat2 diadakan mungkin kerana mahu tinggi, tapi idea ini bagiku mungkin akan menjimatkan wang bukan?? BIJAK!!
Pengantin memang tak menang tangan memenuhi permintaan tetamu untuk bergambar di pelamin...---lihat busana phia......sangat menawan bukan??? oh tahniah kerana ia lari dari tipikal malay wedding dress
OUhh...chiffon beliau memang terbuai2 dan lembut...aku gerammm!!bila pertama kali lihat busana ini, aku terus melihat ada pengaruh halta dolmat
Jam 4 baru pulang...apa lagi bersembang2 dengan sepupu sepapat dan makcik2ku..hak..kereta di sekeliling pun dah tiada.....
Tahniah kepada READZUL CREATION kerana kerja hebat ini semua....
**masyallah...ternyata aku salah url b4 ni...mahap encik zul
Apa2 pun...aku ucapkan tahniah kepada makcik amyku tersayang kerana akhirnya percintaan hebat anda diakhiri dengan ikatan perkahwinan yang sah, dan sebuah majlis idaman mu termakbul jua...
sesungguhnya daku mendoakan dikau berbahagia ke akhir hayat dan selamat menunaikan tanggungjawab anda sebagai isteri dengan gembira dan penuh keasyikan sekali...Sesungguhnya menjadi isteri kepada orang yang tersayang, adalah antara perkara terhebat yang DIA anugerahkan...
Peliharalah ikatan tersebut dengan JAYANYA!!! yay!!!


























































































































































































