Esok, Sabtu..sesi pelancaran roket akan berlaku di mana aku akan memenuhi 2 undangan majlis perkahwinan 2 rakan..Dimana siang di kedah dan malam di KL...Matilah!!!
Rakan baikku Shahila akan melangsungkan perkahwinannya di Bukit Kayu Hitam, Kedah. Kisah percintaannya sangatlah manes dimana mereka sekelas beberapa semester dan saling mengusik bila ada diantara mereka keluar bersama kekasih masing-masing (kekasih si teruna itu tinggal di tingkat atas rumah sewa kami ketika itu)...hahahaha, namun, jodoh di tangan tuhan. Apabila, masing-masing sudah tamat pengajian dan tidak berjaya dengan hubungan masing-masing walaupun hubungan mencecah bertahun-tahun, mereka ditemukan kembali dan ditakdirkan bercinta..Mahu merah wajah mereka apabila diusik bekas rakan-rakan sekelas...Ah!! comel..Tak mengambil masa yang lama, merisik dan bertunang pada hari yang sama pada bulan 3 lalu (kalau tidak silaplah)..lantas mengambil keputusan melangsungkan perkahwinan pada 8.8.09 ini.


Boleh er eja nama aku begitu...Nak kena Megat ni..heheh
Dan ouh..ia sejajar dengan tema di rumah lelaki iaitu hitam..Peh!! Sangat teruja ingin melihat hasilnya...
Dan yang menariknya. Aku dan suami akan ke Kedah menaiki Air Asia pada jam 7.40 pagi esok (kena bangun pukul berapa lah ni)...dan terbang pulang pada jam 5.40 petang itu juga kerana ingin bergegas pula ke majlis Diah. Nasib tiket penerbangan hanya RM100 seorang..
Pada mulanya ku sangkakan mustahil. Nak susahkan suami memandu hingga ke Bukit Kayu Hitam, boleh pengsan dibuatnya. Lagi pula tidak akan sempat ke majlis Diah. Jadi terbang adalah pilihan yang paling tepat.
Mari kita lihat kad Diah pula..
Pada mulanya ku sangkakan mustahil. Nak susahkan suami memandu hingga ke Bukit Kayu Hitam, boleh pengsan dibuatnya. Lagi pula tidak akan sempat ke majlis Diah. Jadi terbang adalah pilihan yang paling tepat.
Mari kita lihat kad Diah pula..
Kepada Shahila dan Diah...Selamat Pengantin Baru... Tahun ini adalah tahun keramat bagi insan yang lahir tahun 83 dan 84...kerana kebanyakan daripada kita dikahwinkan..Dan aku amat gembira kerana semakin ramai rakan-rakan sedang membina hidup bahagia. Dan semoga setiap dari kita menjadi isteri yang solehah dan dirahmati....chewahhh...