Jumaat, 7 Ogos 2009

Shahila dan Diah

Aku Mc dua hari kerana demam...Sangatlah risau....Insyallah..tiada apa-apa yang buruk berlaku...Minta dijauhkan..Jadi tiada kekuatan mahu mengemaskini blog. Namun, akhirnya kekuatan diperolehi semula apabila suami mengajak membeli belah malam tadi. Haha...haa...kebah demam daku.


Esok, Sabtu..sesi pelancaran roket akan berlaku di mana aku akan memenuhi 2 undangan majlis perkahwinan 2 rakan..Dimana siang di kedah dan malam di KL...Matilah!!!

Rakan baikku Shahila akan melangsungkan perkahwinannya di Bukit Kayu Hitam, Kedah. Kisah percintaannya sangatlah manes dimana mereka sekelas beberapa semester dan saling mengusik bila ada diantara mereka keluar bersama kekasih masing-masing (kekasih si teruna itu tinggal di tingkat atas rumah sewa kami ketika itu)...hahahaha, namun, jodoh di tangan tuhan. Apabila, masing-masing sudah tamat pengajian dan tidak berjaya dengan hubungan masing-masing walaupun hubungan mencecah bertahun-tahun, mereka ditemukan kembali dan ditakdirkan bercinta..Mahu merah wajah mereka apabila diusik bekas rakan-rakan sekelas...Ah!! comel..Tak mengambil masa yang lama, merisik dan bertunang pada hari yang sama pada bulan 3 lalu (kalau tidak silaplah)..lantas mengambil keputusan melangsungkan perkahwinan pada 8.8.09 ini.


Kartu undangan yang elegan (hasil kreatif Megat si tunang)--ketika cerita ini ditaip




Klas! Sesungguhnya hitam itu menawan
Boleh er eja nama aku begitu...Nak kena Megat ni..heheh



Dan ouh..ia sejajar dengan tema di rumah lelaki iaitu hitam..Peh!! Sangat teruja ingin melihat hasilnya...



Dan yang menariknya. Aku dan suami akan ke Kedah menaiki Air Asia pada jam 7.40 pagi esok (kena bangun pukul berapa lah ni)...dan terbang pulang pada jam 5.40 petang itu juga kerana ingin bergegas pula ke majlis Diah. Nasib tiket penerbangan hanya RM100 seorang..

Pada mulanya ku sangkakan mustahil. Nak susahkan suami memandu hingga ke Bukit Kayu Hitam, boleh pengsan dibuatnya. Lagi pula tidak akan sempat ke majlis Diah. Jadi terbang adalah pilihan yang paling tepat.

Mari kita lihat kad Diah pula..


Alahai..cantik je


Kad yang cantik...macam Diah juga


Kadnya ada poket Doraemon..saya suka (Diah...bergurau saja ok)


Tidak sabar mahu melihat Diah bersanding dan beliau pastinya jelita dirias oleh Sue Cantik..(pojaan setiap masa).. dan busana hebatnya...serta serba serbi lah..


Kepada Shahila dan Diah...Selamat Pengantin Baru... Tahun ini adalah tahun keramat bagi insan yang lahir tahun 83 dan 84...kerana kebanyakan daripada kita dikahwinkan..Dan aku amat gembira kerana semakin ramai rakan-rakan sedang membina hidup bahagia. Dan semoga setiap dari kita menjadi isteri yang solehah dan dirahmati....chewahhh...

17 ulasan:

Nariko berkata...

ok jumpa kamu di sana.. pastinya hari sabtu yg sgt memenatkan..

[ Hanie ] berkata...

eherks....sehari 2 majlis yg sgt mencabar tahap kecergasan kalian berdua :D.

psst, harap2 sgt dpt berjumpa kamu di majlis diah nanti,
tp saya maluuuuuu :D

anil lutaze berkata...

~puan2 sekalian--mari2 bertemu esok...weeeee....

Sha Pattinson berkata...

waa seronoknyer ...puan anil i pon dah suka attend wedding skg nih hehe ..nanti jgn lupa ambik gamba yerr ..btw kamo suda sihat???

Sha Pattinson berkata...

lupa nak ckp sungguh cantik kad wedding cik diah ..and yang hitam itu sangat la class ...

AmyMizzunderstood berkata...

huhu card yang sgt gojes okeh!!sangat cantik!!both card!...hehehehe...

well..anil ni ada ciri2 terlewat jugak nih..hahaha..jgn lupa call me ya if dah sampai kat wedding diah!okeh?tkcr...

syanaim berkata...

::wah bestnyer anil..by the way..tiket flight tu kena tempah awl ker br dapat harga tu or on the spot leh dpt...leh tiru idea u ni..::

syanaim berkata...

::wah bestnyer anil..by the way..tiket flight tu kena tempah awl ker br dapat harga tu or on the spot leh dpt...leh tiru idea u ni..::

syanaim berkata...

::wah bestnyer anil..by the way..tiket flight tu kena tempah awl ker br dapat harga tu or on the spot leh dpt...leh tiru idea u ni..::

Rossy @ Farah berkata...

ala anil..sedih nyer saya...saya lahir 83 ttp tidak tau bila akn berkahwin..erm mcm looser je...or maybe tunggu braces buka?

NURUL berkata...

ooo larat kamu anil ke dua majlis dlm masa satu hari. jarak yg jauh pula tu. kad kawin yg klas :)

tentang dhila... berkata...

cun la wedding kad tu. aah la anil..tahun ni tahun kawen sesape yg lahir 1983 n 1984 la..

Putri Ramlan berkata...

cantiknya kad kawin derang esp yg hitam tu.. elegan gila! :D

btw, get well soon oke!

dialicious berkata...

curi2 baca entry ni..hehe..tq anil for coming.terharu sgt.hehe.yea kad itam menawan kan.at first i pun nk black card tp pembuatnya x berani nk ubah color tu.huhu..poket tu dicipta utk2 tuka2 kad sblh majlis.hehe

anil lutaze berkata...

~sha--saya sudah sehat yg amattt..hehehe..ya...wed2 itu sgt bes..

~amy--u know what...x sempat pon ngk email..sbb tu x call u..hee..haroslah lewat...ar asia kan suka delay...awal2 dah teka..

~nasya--ish..idokler dapat kalau beli last mint...tu few weeks before

~rossy--x baik ckp cmtu...maybe jodoh lmbt sket..tp mana tau berbaloi..

~nurul--saya x mahu ketgglan both weds..sbb tu x kisah dgn jarak..hehe

~dhila--yupe2..sbb umor dah berganjak 25,26..jadi its time to kahwin!!!yay

~pu3--hitam sentiasa menawanlah awak...n saya dah semboh dahh..

~diah--ouh..saya terharu juga krn dijmpot..dan eh...kad awak canthek lah..no need to change the color..ouh itukah fungsi poket itu...chomelll...

Shikin Hambali berkata...

oooo stylo siot kad hitam. shikin took note yo!

sila tonton http://www.youtube.com/watch?v=YZBeOp_U_Tg

;P

sueanne sunshine berkata...

anil, kad jemputan megat yang hitam menawan tu, buat di malaysia ke? biasa nya kat belakang kad ada nama kedai kad, sue wonder if buat kat malaysia, boleh sue tempah.

or if not, boleh tanya megat jika tak menyusahkan anil?

terima kasih!