Memaparkan catatan dengan label ramadan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ramadan. Papar semua catatan

Ahad, 6 September 2009

Apadaa



Menyampahnya bila aku tak berapa ada masa dan kini blog semakin terbiar..ouh..aku tidak mahu ia berkubur. Blog yang sudah setahun beberapa bulan ini harus terus bernyawa.. Mesti... Maaflah..bulan ramadan adalah bulan yang sentiasa tidak punya masa senggang yang mencukupi. Memang padat.
Dan kerana sudah lama ada dalam simpanan. Walaupun sudah basi habesssss...tapi aku tak mahu memungkiri terhadap diri sendiri. Maka, serba sedikit majlis pembukaan puasa pada hari pertama Ramadan.



Kini giliran keluarga pula dibawa ke Tamarind


Abaikann..... ;P~

Sila lihat bawah cepat!!


Pembuka selera.. Ketam isinya.. Nama memang harus tak tahu sebab tak kuasa nak hafal bahasa saintifiknya yang berbelit lidah.


Masih pembuka selera..Donut nama dia..dalam isi ikan kot..Tapi yang ini...ya ampun sedapnya



Lihat saja bekas sudah tahu bukan?





Ni sayur rasanya..ada cendawan, taugeh dll


Udang lada hitam


Ikan siakap masak ape pun tah..yang pasti sedap.


yang ni telur masin...Tapi paling sedap di tekak aku..sampai aku kuis2 pinggan walaupun dah habis.

Juga ayam masak apa tah


Akhir sekali..pencuci mulut, Mangga dan pulut


Stabilkan kembali suhu badan selepas bertarung kekenyangan (ibu saya malu2 ke?)


Mahu tempah duduk di pondok ini..tapi 5 orang sahaja yang boleh dimuatkan. Pasrah


Lengkap


Kami kenyang...mahu pulang dah...Bai!!!


Dan yang pasti banyak sebenarnya entri terpaksa diperap kerana kekurangan waktu senggang...
Yang satu ini pun memakan masa 2 minggu baru dapat dimuatkan .


***Album rasmi dari Syahrin Aziz sudah selamat tiba ditanganku minggu lepas. Ada masa akan dimuat turunkan.. (Harap ada!)

*** Aku masih berhutang contoh 'hadiah pintu' kepada shadeq.. Argh!!! Maaf darling...aku sibuk ditambah yang aku tak tahu mana aku letak benda alah itu... dan aku masih mencari... Cakap dengan rakan indonmu...sabar ya!

Selasa, 25 Ogos 2009

Tidak sempat

Saja bagi panas



Tidak hilang, cuma tak berkesempatan mengemaskini...dan juga belum berkesempatan puasa ok. Sejak hari pertama puasa hingga hari ini. Dan esok insyallah, ramadan pertama buatku..hak..bolehke?

Ramadan pertama memang agak istimewa kerana berbuka bersama keluarga di tempat istimewa..walaupun aku tak berpuasa ... ;P~ (kemudian sahaja ceritanya). Ramadan kedua, berbuka di rumah mentua di Pasir Salak..(aku masak udang goreng sotong..tapape saja rupanya..nasib laku)

UPDATED----hahahaha..aku mamai agaknya...setelah ditegur kak ita..."anil...macammana buat udang goreng sotong?".... aku macam bingung sebentar....ohooo...Haha....salah rupanya....udang goreng tepung sebenarnya yang aku buat...pasrah yang ado!

Ramadan ketiga, tidak sempat berbuka dengan normal kerana sibuk dengan hal-hal rumah. Hari terakhir proses mengecat, jadi suami agak sibuk (bukan beliau mengecat..upah orang sudey). Aku balik kerja, beliau mengarahkan tak payah masak..(memang tak sempat pun ..sampai rumah pun sekitar jam 6). Lantas menemani beliau berbuka kuih dan layan Deco bersama Eric.. kemudian keluar membeli barang-barang rumah..

dan hari ini, berbuka di rumah keluargaku pula...Ibu pagi-pagi menghubungi agar berbuka di rumah...

Ouh...rezeki puasa....

Banyak sebenarnya cerita-cerita yang ingin dikongsi, tapi ah! nanti saja lah.. Bulan ramadan ni, aku agak sibuk, dan kerana waktu kerja menjadi semakin singkat akibat Ramadan, maka...semua nak cepat...Lantas aku mengabaikan blog ini...


Salam Ramadan buat semua!!!
(harap tidak terlewat)