Seperti anda maklum, Sabtu lepas aku dan suami telah selamat mengadakan rumah terbuka@house warming walaupun pernah membatalkannya atas-atas sebab tertentu. Tapi alhamdulillah, terlaksana jua.
Dalam invitasi tempoh hari...ada tercatit, majlis bermula jam 5 petang. Tapi acara sebenarnya bermula jam 3 petang kerana diadakan sedikit doa selamat untuk adi beradik dan saudara mara. Namun..huahuahua...jam 1 tengah hari, abang dan adik beradik ipar sudah mula datang ke rumah...WOho....aku tengah sibuk di dapur bersama ibu, Nenah dalam keadaan yang sangat comot (kecuali ibu..dia jarang comot) dan belum mandi. .Masakan aku tidak terkejot berok.... suami memang tiada sebab ada urusan harus dikerjakan. Sesungguhnya kami tidak bersedia lagi.. dan tak lama selepas itu, rumah sudah penuh dengan saudara mara tanpa kami sangka kecepatannya. Rancangan agak lari dan aku segera mandi tanpa sempat merias kan diri.. Uhuk...pasrah
antara juadah disediakan nasi impit, rendang daging+paru, kuah kacang, nasi lemak special ibu (permintaan ramai), spagetti, meehun (malam), cocktail, dll.
Tepat jam 3 doa selamat bermula dan majlis berlangsung hingga jam 12 malam. Kini baru ku tahu apa erti penat bila menganjurkan rumah terbuka..penat memang tak dapat ditafisrkan memandangkan esoknya aku bekerja. Maklumlah aku memang kerja pada hari ahad. Tapi seronok dan puas kerana dapat bertemu rakan-rakan lama, bloggers semestinya..





Chandeliar kitar semula selepas kahwin



**rompak dari hanie...hehe


muahh lala...
Jam 12, aku pun tutup pintu, kaki sakit dan esoknya dengan gigih aku bekerja, tapi lusa aku mc kerana parti ayam Yuyu (akan dicerita pada entri akan datang)
Terima kasih pada rakan-rakan kerana sudi hadir,...dan keluarga terutama ibuku yang sanggup bersusah payah masak yang sedap2...aku hanya buat spagetti dan cocktail saja...hehe..
dan maaf kebanyakan gambar kekuningan akibat pengcahayaan yang tidak terkawal...