Jumaat, 24 Julai 2009

sepupu2 lelaki ku

Minggu lepas giliran sepupu2 lelakiku menyunting anak dara orang..Hehe.. Sabtu lepas, majlis pertunangan sepupuku Dzafri selamat dijalankan. Beliau sebaya denganku dan merupakan teman sepermainan dari kecik hingga remaja. Alhamdulillah, melangsungkan perkahwinan juga di tahun yang sama..walaupun orang kata lelaki selalu lewat sedikit, tapi jodoh sudah sampai apa mahu ditunggu lagi..

Majlis pernikahan akan berlansung pd bulan 12 (rasanya sudah ditetapkan awal dari majlis bertunang ) hehehehe

Jadi, sabtu lalu beliau telah ditunangkan dengan tunangnya lah kan..aku tak berapa ingat namanya tapi Azreena mungkin. Dua2 pun doktor, bercinta dari zaman univ di Yogjakarta.

Jadi...hayatilah serba sedikit gambar...


Zaman anak dara kena pegang hantaran, dah jadi bini orang pun kena juga..hehehe..pasrah saja..



Hantaran dari pihak lelaki
Tema-Dusky Pink




Hantaran dari pihak perempuan
Ada 3 dulang baju uollss..hahaha



Ini dia si gadis manis tersebut..cantik kan? aku tekejut sebab sebelum ni tanpa mekap wajah beliau lain.(maksud aku yang berbaju pink)..hehee



Suami saya yang menangkap dengan gigihnya..alhamdulillah..selamat bertunang


Sepupu saya




Secara jujur, tanpa ingin mencederakan perasaan sesiapa..ikhlas dari hati aku.. Sebenarnya aku agak asing dengan tradisi baru ketika bertunang ini iaitu lelaki disarungkan cincin. Aku agak janggal kerana sebelum ini, tidak berapa berkenan bila melihat selebriti lelaki seperti Along raja lawak, Adlin Aman Ramli berbuat demikian.. Aku sangka oh..nak merasa juga kot..tapi kini sudah menular pula. Sebab bagiku, perempuan kan yang dirisik, bila lelaki disarungkan cincin, seperti pula lelaki yang dirisik..tapi terpulanglah..Bagi aku, aku gemar acara bertunang yang ringkas dan mengikut tradisi lama.

Nak ikutkan, dahulu, lelaki tidak perlu hadir, tidak perlu berbaju melayu, tiada pelamin, tiada sesi sarung cincin terhadap lelaki..Namun kini, adat sudah mula berubah..Mungkin mengikut peredaran zaman.. Tapi, masa dan zaman berubah bukan?? Tepuk dada tanya selera...



Hari Ahad pula, Sepupuku yang seorang lagi pula tiba giliran. Beliau adalah sepupu di belah ibuku..Lokasi, Seremban

Tak puas berarak sebagai pengantin lalu memaksa suami menangkap gambarku..haha



Unik kerana kompang terdiri daripada kaum tabligh


Memori daun pisang
(Abangku bila lagi?? pengapit je ke?)



Bersama kaum keluarga dari Melaka


Aminnnn!!!


20 ulasan:

Putri Ramlan berkata...

argh!! saya mmg peminat setia blood red dan off white!! :D

well.. mmg kita seme kene ikut peredaran zaman dah awak.. adat ttp ada cuma maybe ikut kemajuan kini ler..

awak doakan utk kite pulak dgn dia ye? :)

shapattnson berkata...

ikut peredaran sayang ..kalau kita tak ikut rasa mcm ketinggalan ..tapi itu tergantung ..ada yg ikut adat ada yang nak simple ada yang nak mcm ala2 mini kawin heh ayat nih tatahan ..

apa pon tepuk dada tanya selera..hantaran cousin you pink ye ..tatahan tgk so sweet ..and your cousin kawin yer ..wahh btol2 tahun perkahwinan mcm satu jangkitan..bila time cousin kita kawin ..trus berderet sume kawin..hihihi .. xox

sweet cravings berkata...

anil.. ikut peredaran zaman is cool. tapi, kalau way too much pun.. tak cool (for me la~) :) ada certain thing yang bole guna pakai, whay not kita preserve kan. kalau tak, by the time anak kita besar, kita pun tak berapa nak sure. heheh.

tapi kan anil, yang part lelaki disarungkan cincin pertunangan tu, mmg a bit too much la kot (for me la) nak2 pulak disarungkan cincin tu di rumah perempuan. erk.. sedikit janggal la. tp, kalau da semua buat- it can be considered as tradition nnt la kot :P

just a thought from me- no offense ;)

KAK RAINBOW berkata...

ermm byk dah berubah. betoi kata kamu anil zaman skrg bertunang pun ada mini pelamin segala. time nurul dulu bertunang hanya duduk tersipu malu atas katil. sbb org tua kata tak payah lah mini pelamin kerana hanya bertunang. ikutkan saja.

AmyMizzunderstood berkata...

huhuhu rasanya dah byk adat lama,kita tinggalkan..tapi itu sekadar adat...tanpa adat takkan melayu hilang di dunia..cewahhh

time tunang dulu,atim dtg sekali dgn family dia..tapi dia duduk di luar,..leh camtu?

hanim berkata...

yurp.. now dh trend.. dulu wat mini pelamin gak tapi still buat dlm bilik tau.. hukhuk..kuarkan katil semata2 nk letak mini pelamin tu..so still mengikut adat la kot.. :)))

[ Hanie ] berkata...

hehe, kalau org yg tak biasa, mmg sgt janggal kan. Ni pun 1st time dgr org laki pun disarungkan cincin, slalunya bile kami ambil gambar, cincin utk lakinya ada, tp tiada upacara menyarungkannya :D

mcm-mcm dah berubah...

xora berkata...

saya rasa (takde niat nak cederakan hati sapa) lelaki dipakaikan cincin memang teramat la janggal. tapi agaknya pilihan masing-masing kan. tapi if saya, saya takmo pasal --i want the spotlight all by myself-- no sharing2 is caring :P

princess.dHani berkata...

anil, i agree with you.. i am really traditional with some stuff so the guy coming to the house masa majlis and getting a ring place into his fingers summore IS VERY WEIRD for me..

during my majlis, my Beh didn't come to the majlis. Even his parents aren't there! there is only his aunt and grandma :)

Sofia berkata...

anil, alhamdulillah seme pun nk kahwin. *hapi*

"Majlis pernikahan akan berlansung pd bulan 12 (rasanya sudah ditetapkan awal dari majlis bertunang ) hehehehe"
- harap jangan sama dengan tarikh amy.. huhuh. *doa*

dzarif tu yang anak paklong masro kan?

**amy pon suka merisik dan bertunang cara konvensional. hanya sarung cincin pd perempuan. manis gitu.

opppsss. no offense.

sitijamilahazmi berkata...

baaaabe, true true bila laki pun sarung cincin skali nampak mcm kita plak yg p meminag dia hahahahah.bitbit saya cincin pun nggak ada utk tunang.ngeh ngeh.

nurul aziyana berkata...

a'ah kan plik pulak pkai cincin sang lelaki..hurm mcm2 adat pulak org buat skang ni

xeea berkata...

kite pun macam tak berapa berkenan bila masuk bab lelaki pun disarung cincin mase bertunang. tapi macam awak kata, zaman dah berubah.

sedangkan pantai pun berubah, kan.

tak mustahil, satu hari nanti, majlis tunang dah jadik macam hari raja sehari, masa kahwin buat kenduri 44 hari *senyum*

goblogbyfarah berkata...

yelah, pelik kan anil?
kenapa lelaki pun kena sarung cincin time tunang..padahal kita yang dirisik.lain org lain caranya...


saya dulu bertunang sarung cincin dlm bilik je!hehe ;p

Riena berkata...

kepelikan skit laa.. lelaki sarung cincin ekk?

susudalambotol berkata...

wah awak, asik pergi wedding je eh. saya lepas-lepas kahwin terus pengsan duduk rumah.

dytia berkata...

ada ke laki sarung cincin time tunang. weird-nyer. my engagement takder pelamin tapi sarung cincin depan semua orang pasal waktu tu ramai nak tgk bakal pengantin.
My hubby time tu terpacak luar rumah.. pakai t-shirt jer. Baju melayu pun tak pakai.

CEOMesinTaip berkata...

whutever it's..org sependapat dgn akak....ikut adat lama...baru terasa kemeriahannya...

Atiqah Adnan berkata...

dear... masa saya tUnang dulu pUn en. rafiqy datang tapi hanya pakai tshirt tapi sekarang bertunang siap berbaju melayu bersampin lagi... hee~

syarina berkata...

hello, i ni silent reader u :) mmg zaman sekarang dah modern, but i happy baca comments ramai yg still prefer traditional way. same here! some adat we should still preserve kan.. masa i bertunang dulu pun, my fiancee datang after org semua dah makan, pakai shirt je. my mom a bit conservative, kalau nk ikut gambar together pun dia tak bg, tapi kitorg gatal gak curi2 snap. i sarung cincin kat ruang tamu, atas kerusi jati je, tak buat mini pelamin, tapi tanak buat dalam bilik sbb malas nk hias hehe. lepas sarung terus kene naik atas n takleh turun! lepas protest2 baru my mom bagi turun.. hehe.. anyway tumpang curi2 tips ye ;)