Rabu, 15 Julai 2009

Fantasia Bulan Madu


Seperti yang dibilang sebelum ini bahawa percutian ke Bali tidak berjaya direalisasikan..atas sebab-sebab tertentu yang tidak perlulah diwar-warkan disini..Kami menukar destinasi ke negeri di bawah bayu...Pulau Borneo yang indah. Ternyata aku memang agak jakun sedikit kerana tidak pernah ke negeri sebelah sana...Maka...didalam satu entri aku melakukan sesi marathon sepanjang berada di sana.


Hari Pertama

Menginap di Promenade Hotel, Kota Kinabalu...kemudian berjalan-jalan di sekitar Waterfront, memang tidak dinafikan, Kota Kinabalu terdapat banyak restoran bar dan hiburan kerana ramai pelancong..tetapi bandar ini hidup walau di tengah malam..

Atas nasihat bff nenah, dia mengarahkan aku 'arahan' ok..ke pasar Philipine..dimana dibelakang kawasan tersebut terdapat syurga ikan bakar...Aku memang hantu ikan bakar..dan santapan ikan bakar disini agak pelik...sambal kicap buat sendiri ok, disajikan dengan ais kosong, dan bekas basuh tangan pun agak unik. Kami merembat berekor2 sotong...uhhh..dan ikan bakar yang agak besar...Jumlah hanyalah mencecah Rm30. Uhhh...(telan air liur ketika menaip)


Wajah cuba menyesuaikan diri


Nyum2...(ikan kecil..ikan besar malu)



Pasar buah2an pun ada



Restoran makanan laut memang bersepah disini...tapi awas...nak cari yang murah kena bijak bertanya....



Hari Kedua

Agak tabah kerana tak tahu mahu menuju kemana...naik teksi dan puas mengamuk kerana pemandu teksi itu tak tahu pun tempat-tempat yang aku arahkan beliau pergi...uish...Setelah sesi marah...kami berjaya sampai ke KK Wetland Centre yang hanya 2km dari bandar KK.. Tempat ini adalah pusat burung-burung dari spesis yang pelik-pelik...Tapi yang peliknya...aku tak jumpa sejenis binatang pun disini..melainkan burung di udara iaitu Kapal terbang...APakah???

Tapi tempat ini indah...ia adalah hutan paya


Aku mungkin tak dapat menjejaki tempat sebegini di Kl


Jarak 1.5 km...
Tapi tak sempat khatam kerana aku tak kuasa..


Menara Jam Atkinson



Kemudian kembali ke Bandar KK dan bersiar-siar sekitar Waterfront untuk menikmati suasana matahari terbenam..Memang indah...Masih terdapat nelayan-nelayan yang mencari rezeki di tengah lautan dan bot-bot tunda.



Mereka bersapa walaupun tidak kenal sesama sendiri..


Selepas maghrib lantas ke pantai Tanjung Aru bersama kawan Encik dd iaitu Mustaffa dan keluarga.. Persekitaran pantai tak ubah seperti Port Diskson..


Patutlah beliau hilang, rupanya bersosial bersama penari-penari disitu..(bukan aku yang memegang kamera ini)..huh...


Menjadi kebiasaan penari-penari akan menghiburkan pelanggan restoran makanan laut


Tapi...destinasi kami bukanlah Tanjung Aru tetapi lokasi makanan laut yang memang terkenal di seluruh pelosok Sabah iaitu Kampung Nelayan...sepanjang hari menanti detik ini...


Restoran terapung


Layankan saja aksi penari-penari tersebut melakukan aksi stunt lah kunun..sambil hati berdebar menunggu makanan...maaf saya hantu seafood


Sila nikmati sebahagian dari sajian makanan....

Salah satu santapan...tak tahu namanya..tapi dalamnya telur tauhu tu..


Butter Prawn


Kegemaran sepanjang masa---Ketam Blackpepper...slurrppppp


Kami kekenyangan


Sila perhatikan ini jika mahu ke sana ya..


Hari Ketiga

Telah bercadang ingin ke pulau-pulau berdekatan...Pada mulanya, mahu menetap sehari di pulau..beromantik sehabis baik..malangnya setelah melakukan pencarian....harga sebilik atau sechalet paling murah mencecah Rm1k.... Gila... Membatalkan hasrat menginap disana..Maka, pergi dan balik harilah...lantas memutuskan ke Pulau Manukan.. Tempat bertolak ke pulau-pulau berdekatan adalah di Jesselton Point iaitu jeti menuju ke pulau-pulau yang dipanggil Tuanku Abdul Rahman Park...Perjalanan menaiki bot laju mangambil masa 20 minit..


Bot ini memang laju...aku agak seronok


Welcome to Manukan Island


Pasirnya putih dan orang putih pun ramai yang telanjang kebogelan..


Kekasih hati



Air yang jernih, maka dapatlah lihat ikan-ikan yang berwarna-warni


Pulang menaiki bot terakhir pada jam 5 petang.


Jesselton Point


Promenade hotel

Kemudian, dalam keadaaan lapar, memujuk Incik dd agar membawaku ke restoran makanan laut lagi.Aku sungguh tak puas berada di KK jika tidak sehabis maut makan makanan kegemaran. Mus membawa kami ke restoran yang lain pula. Jarak agak jauh sekitar 30 minit perjalanan dari bandar. Tapi tempat ini agak popular kerana harganya yang berpatutan dan boleh dikira murah..

Udang karang bergurau senda


Butter prawn lagi tetapi berkuah pula


juga sekali lagi Ketam Blackpepper..Huyeah...maaf lauk agak sama kerana aku suka makanan ituu...dannn... kali ini memang gila lagi sedap.


Gayang yang sedappp...


Hari Keempat

Mus sudah berjanji membawa kami ke kaki Gunung Kinabalu dan Kolam air panas Poring Hot Spring yang terletak di Ranau. Bertolak pada jam 8 pagi. Perjalanan seperti pengembaraan kerana agak banyak tempat persinggahan sehingga aku dah mabuk dan sakit kepala kerana jalan yang berliku dan berbelok-belok.



Dibelakang ku adalah puncak Gunung Kinabalu.




Kabus menyelubungi puncak itu.


Singgah di Kundasang untuk mengisi perut.


Agak lazat bukan?? tapi tidak pada rasanya... 


Tiada dalam pelan perancangan tapi tempat ini agak menarik


bersama Amira, Fatihah dan Mus

Memorial untuk beribu-ribu askar-askar Australia dan British yang terkorban akibat menjadi tahanan dan buruh paksa oleh Jepun untuk membina jalan sejauh beratus-ratus kilometer. Mereka mati di tepi-tepi jalan akibat kebuluran dan diseksa. Hanya 6 orang askar berjaya meloloskan diri walaupun dalam keadaan hampir mati.


Tiada kaitan langsung..ini bukan negara arab







Berlatarbelakang kawasan perkampungan Kundasang.


Ayat tak boleh tahan..hahaha


Destinasi seterusnyaa....


Tempat ini agak besar, ada kolam air panas, jambatan gantung, air terjun dll.


Jangan terpedaya, ini bukan kolam air panas..


Singgah di Tamparuli dalam perjalanan pulang..


Jambatan ini panjang sebenarnya...Aku jakun walaupun dalam keadaan hujan


Hari Kelima

Merupakan hari pulang ke KL...aku teruja sebab sudah rindu rumah..haha..walaupun ketika itu..rumah masih tak rupa rumah...Dalam ingin pulang ini macam-macam bencana telah berlaku. Mungkin tiada rezeki kami dan tuhan nak menduga..walaupun besar dugaan itu... 



Sempat menyinggah di kedai cenderamata di lapangan terbang KK..tapi mahaiii...


Sesungguhnya aku gembira dan seronok sepanjang 5 hari di KK. Namun aku masih menggelarkannya Tragedi Bulan Madu...hahaha...biarlah aku, incik DD dan Mustaffa sekeluarga menyimpan erat-erat tragedi ini..Sekalung terima kasih Mus kerana sudi melayan kami walaupun kau kerja.. ;P~

**Gambar tak banyak sangat kan???  ;P~


45 ulasan:

TOMDdeSAUZA berkata...

aaaaa....seronok aku melihat aksi kamu....eeeeeee
selamat berbahagia

Errina.Rahim berkata...

weeeee....sangat bahagia... seronok melihat kamu berdua... Moga berbahagia hingga ke hujung nyawa...

Atiqah Adnan berkata...

bali..?
teringin juga nak bulan madu kat sane..tapi takut juga tak sempat or ade plan lain yang lagi penting..hee~

tragedi? waa... curious niehh!!
ape pUn.. serOnok dapat baca pengalaman anil kat sane... :D

wardah berkata...

anil..syok kn bulan madu.. *wink* ehehe..

AmyMizzunderstood berkata...

Rasanya Sabah lagi banyak tempat menarik yang nk di singgah dari ke Bali kan?yeke?ahahha...tapi rasanya tak puas selagi tak pusing satu Malaysia before ke negara orang..hmmm

FYR berkata...

wah anil...sungguh romantika kalian berdua...aku suka!! hihi...;)

Ana Lyana berkata...

wahhhh..bestnye....

teringin gak nak g sana tapi nanti lah...

ade tempat kat semenanjung yang teringin sangat dilawati,....

thanks anil,,akhirnya....ko tempek jugak gambo2 honeymoon yeyy...

nurul aziyana berkata...

waaa syonotnyer die jalan2..gmbr pun cantek2..
**bile diri sendiri mau honeymoon..hubby dh bz..uhuks*

Sofia berkata...

alahai.... sampai ke honeymoon pun tragdei... tapi takpe suami tercinta di sisi, kan? ahak penyejuk hati.

shapattnson berkata...

pergh ..rupanya ke Kota Kinabalu ..tanah airku sayangnya masa tue kita tak kenal lagik ..hikhik ..tak sangka lak bulan madu kat kk ..amboi ..i lak cadang nak bulan madu kat Mabul Island sana lagi cantik ..huhuhu ..sronok tgk gamba u all ..mcm tak sabarnye nak bulan madu jugak hehehe

Tanpa Nama berkata...

anil - kitorang asalnya nak pergi ke Sabah to be specific nak pergi Mataking island. Both of us went to KK years back so wanted to come back again tapi apabila tgk package ke Krabi lebih murah and Sabah island package is soo expensive -- so impulsively beli that Krabi package..
if u love seafood - you'll love Krabi too...
ooo.. I luv the crabs in KK... and chicken wing dia pun best.. slurp...

for the nikah video use this link
http://www.facebook.com/video/video.php?v=99121293481&subj=539928481

kalau rajin add lah kita kat facebook.

Siti Hajar berkata...

seronotnye...:)
gambar sume lawa2 membuatkan x sabar nak berbulan maduuuu....

[ Hanie ] berkata...

hohoho, patutnya entri ini di post sebelum saya ke KK dulu, tgk restoran2 yg kamu pg, mmg bole bikin pening kpala ni kejelesan! sy juga sg suka seafood itu!!! :D

Puassss tgk gambar2 ni...hehe tp percutian bulan madu kite lebih kurang sama ar anil, di tepi2 pantai :D

Penjaga Gunung Kinabalu berkata...

sori coz tak sempat nak bawak korang ke tempat yang lebih best.. plan last minutes..

Tanpa Nama berkata...

oh yeah... jeles aa.. hubby u ok tangkap gambar - hubby I langsung tak nak bergambar dengan kita time honeymoon... last2 asyik layan gambar scenery ajer

aini berkata...

wahhhhh....sgt swonok tgk kamu honeymun...gbr cecantik sgt...selamat berbahagia ye puan anil..
=)

Nariko berkata...

anil.. agak musykil.. kata honeymoon.. saper org ketiga yg tukang amek gambar? kacau daun jer. hehe.. btw.. suka gambar2 u. cantek.. both of u!

anil lutaze berkata...

~tom--haha..akhirnya..aku ke tptmu..tp mu di tpt kitorg..nizam berkali2 kata..kalau ade tom bes ni..

~errina--ouh sgt terima kasehh

~iqa--bali mmg bes..naseb pnh ke sana dulu..kena pg...tp x sdp kalau lama sgtt..

~wardah--siokkkkk~

~amy--sbnrnye negara sndiri pon byk yg x diterokai..

~nat--ihik..maluu~~

~ana--haha..aku menunaikan janji..aku pon abes ronda semenanjong laie

~yana--xpe...kt umah pon kire honeymoon



~

anil lutaze berkata...

~amy--tau xpe...mmg dia yg byk bg kesabaran..

~sha--ya...saya sgt teruja pg tanah air kmu...x abes pon teroka..sila cpt kahwinnn....heheh

~dytia--last year should be fly to krabi..tp cancel flight..sbb trdpt hl2 x dpt dielakkn..

will add u..

~siti hajar--hik...cpt kawennn

~hanie--hak ke kk jua??? waa...kita mmg kembarlah...kawen sama...honeymoon pon samee...weee

~Mus--tu pon dah besss

~dytia--dia suka tngkp gmbr..hehe

~nuraini--terima kasihh

~nariko--org ketiganya adalah tripodd...hehehe

Putri Ramlan berkata...

arghhh! bestnyaaa! tak kira lah HM kat mane pun.. yg penting.. korang mmg nampak enjoy sgt! wahhh. bestnya Borneo!! :D

Ayuni A. berkata...

wah jelesnya saya.lum sampai2 lagi ke borneo..seafood tu cam menarik.i love seafood too.yummy yum!

Shasha berkata...

Anil..jangan tak tau Promenade tu ada tempat orang mati kena bunuh..sumbat dalam beg pakaian...hehe..

shapattnson berkata...

tak puas baca enri puan ..perasan tiap kali bagamba naik 1 kaki ..apa pasal..tapi gamba sume tantekkk!!!!

goblogbyfarah berkata...

arghhh!!!!
destinasi honeymoon kita samaaaa!!
saya rindukan manukan dan pasar phillipines!

Unknown berkata...

KK best lah
kawasan paya tu mesti best kan klau buat outdoor photoshoot..
ye..KK adalah sorga seafood
kalau outstation ke sana
mmg dok balun seafood je lah

dialicious berkata...

oh i lurve KK!bestkan..tp cara masakan die mcm lain sket la..tomyam seme x leh challenge sini kan..pedas pun lain mcm..tp seafood mmg murah!

KAK RAINBOW berkata...

anil....seronok melayan gmbr2 bulan madu kamu. cantik2. walaupun ada citer di sebalik nyer tp nurul percaya anil happy bukan bercuti ke sana?

anil...lupa tnya soalan yg sama mungkin. kamera jenis apa anil pakai?gmbr2 nie anil edit ke?

misha.w berkata...

saye nak pegi KK & stay kt promenade hotel for pre-honeymoon next week! yayy!! tak sbr nak pegi tmpt2 yg dituju oleh pn shanel & hubby! *muahs sayam!*

sweet cravings berkata...

anil dear, x pe je kan tak dapat g bali? yang pasti all the pics menggambarkan ur hapiness with en dd :) hehe

salima make-up artist berkata...

Anil....

I pun pergi ke sabah pada 3 Jul hingga 6 Jul lepas. Tinggal stay d promenade hotel juga...

You pergi bila ha???

Tak jumpa ponnn kat sana....

Unknown berkata...

ala cumilnya! so sweet hihi

anil lutaze berkata...

~pu3--aah...borneo mmg bes..enjoy semestinya

~yunayuni--xpe..silakan sampai ke sana...x kurg hebatnya

~kak sha--seriously??? adoii...tp so far..x de kejadian yg x diingini...

~sha--hahahahaha..siyes x pasan...habit buruk kott...hihihi

~farah--yaka...saya ptot minta advise awak mse nk kesana kalu tauu

~dayu--haah..seafood tu yg x tahan..hahaha

anil lutaze berkata...

~diah--ha'ah..my mom pon kata makanan dia byk berkuah..sup2 bagai..bru i pasan..selain seafood..i mmg mkn bnde2 cenggitu je kt sana..tp so far ok lah...yg pentg seafooodd...hikk

~nurul--ye...xpe lah..yg pntg saya hepikan...saya pakai kamera nikon d60 je..

~shadeq--amboi..pre honeymoon???ehem2...sila elakkn gejala2 sebelom ur wed k...hakhakhak

~myra--thanks...yupe..we're happyyy

~salima--nmpknye kita brtembong flight kan..hehe

~ami--sweet ke?? hik

Mrs Shareeda berkata...

Seronoknya pn anil bulan madu..

Yer yer.. marilah ke sabah.
Sy boleh jemput kamu melawat sekolah tempat sy kerja.

Mungkin kali pertama juga melihat kelas papan tak ubah kandang. tak tipu punya.hehe...

but of koz la sy bawa ke tmpt menarik lain ye.

cepat dtg sementara sy masih di kk, sebelum brpindah mengekori bakal hubby ke pulau mutiara.

*maaf anil, komen agak eksited sbb dah 5 tahun carik rezeki kat sini.huhuh..

Nurulhuda|Adlie berkata...

bestnya & u look so beautiful, seri pengantin sangat terserlah.. ;)

2XTRAORDINARY berkata...

halamak.
ikan bakar menggiurkan~

shapattnson berkata...

dah sebulan usia perkahwinan ..semoga berkekalan

nanonano berkata...

besnyeeeee...
nak pegi jugakkkkk !!

alaaa tgh lapa2 ni tgk lauk bes2 plak sni,
ishk..

BuTtErFlyInFraMe berkata...

huhuu..kak anil..mmg memori habes laa hanimun kat sana eh... ;)

susudalambotol berkata...

anil. sebenarnya honeymoon kat msia pun dah cukup best kan. pulau kat malaysia pun dah cantik. cuma kalau dapat pergi bali, lebih terasa nikmatnya :D

[ Hanie ] berkata...

ehh bukan la anil, saya pegi KK bulan 5 dulu, honeymoon saya hanya di pangkor :D

xeea berkata...

tis entry make me miss manukan and umai sabah a lotttttt!!! u both sgt gojes, ok. lovey dovey sempoi gitu.

tiba2, hormon gatai nak hanimun datang lagi. gagagagaga

anil lutaze berkata...

~nurulhuda..thanks alot

~nah--hahahaha..tau xpe..membunohh kan!!!

~sha--ouh--terima kasih kerana wish itu!!!muahhh

~nana--jgn gelojohhh...hehehe..ngidam bnyk nii!!

~alena--mcm2 memori pongg..hehe

~hidd-jgn kate gitu..sentap mak...hahahaha...nk buat cmno..x de rezeki

~hanie--ouhh..saya salah..hihi...pangkor pon bess

~xeea--bes kan..gagagaga..ouhh...nak pg hanimun lagi..sila pg..pstu blik...pg tpt lain plak...

sHa berkata...

kamu buat aku makin mahu ke sabah lah anell.
*yawn
sabah-mesti pegi!
huhu

NAZLIANA SI CUTE berkata...

wahh sgt best p kk..heheh tak sabar gak wehh nk p duk sana..