Khamis, 30 April 2009

Dedikasi untukmu




Esok, sahlah bff menjadi isteri kepada Encik Amkhaiz.. Aku akan berasa kehilangan teman yang telah sebati dengan diriku sejak 12 tahun lalu. Bukanlah aku kehilangan seperti aku tidak berjumpa beliau lagi tapi ini adalah perkara perempuan dan kebujangan. Mungkin tiada lagi sayam's day out, sebab lepas ni wifey's day out dan etc. Mungkin tiada lagi, putri ini disebelahku mengejot..uitt..bangunlah adeq dah call2 ni..nak pergi makan roti bakar tak?? --ia adalah merujuk kepada Kluang Station..Tempat tersebut adalah wajib jikalau ketiga kami balik ke Kluang. Tapi aku selalu mengelat sebab malas nak bangun pagi. Makanya adeq dan put akan meninggalkan aku dengan jayanya.

Juga tiada lagi sesi karaoke pecah rumah berlaku---lokasi Taman kasih dan Kg rahman Yassin. Dimana, tak peduli lah pukul 1, 2 pagi ke, kami akan melalak seperti dunia ini kami saja yang ada. Lagu wajib beliau adalah lagu-lagu Siti Nurhaliza..beliau dari dulu memang kami samakan dengan Siti..hik..dan lagu aku adalah Siti Sarah..Kalau di pusat karaoke pula..Sejak 2,3 tahun ni, lagu-lagu kegemaran beliau adalah Rossa. Aduh..tak perlu dicerita cara menyanyi hafifi...dia sampai di key yang tinggi k ..tapi disusuli gelak tawanya..hahaha

Hurm..tiada lagi nasi goreng ujang, kerang goreng ajib.. bila kita curi-curi keluar ke kedainya. Tiada lagi sesi bentang tilam depan tv rumahmu dan marathon tidur dari petang ke malam dan layan filem apa2 tah..

Kerana putri yang kusayangi akan menjadi ratu kepada ahmad muzammil pula..


Putri--Nur Hafidza (panggilan aku padanya kerana beliau saling tak tumpah seperti Putri dalam GOl dan Gincu)


Ketika zaman suka conteng-conteng


Kesal ketika ini kerana setelah 5 jam beliau ditunangkan baru aku dapat hadir


Pengalaman pertama kami ke Kenko


Ah..sangat geli masa ni..memang habis ikan-ikan itu disepak kami



Harijadi Shadeq



Beberapa minggu sebelum put ditunangkan




Kampung Pengantin di majlis perkahwinan Kamal (sila tonton beliau di Majalah 3)


Tengok belakang saja dah tahu di waktu bila



Kami akan bergelar isteri di usia 26. ;P



Putri saya


'Put sedihnya melepaskan kamu sebagai kawan bujangku. Aku sangat lorat bila asyik hubungi kamu dan bertanya itu ini, sedang buat apa.. sedangkan kamu sedang sibuk di kampung. Dan buat kali terakhir sebelum kamu pulang ke Kluang tempoh hari, kita dapat tidur bersama dan cit-cat sehingga tertidur seperti waktu dahulu kala.. Kini kamu akan ditemani suami tercinta hingga ke akhir hayatmu'

SELAMAT BERKAHWIN FYFY MY DEAR... LOVE U!



***Ko tak marah kan aku curik gambarmu sekeping, dua diatas..

Selasa, 28 April 2009

This is so my bedroom!

Saya sudah ada set bilik tidur pengantin...Yay..! (poyo ja).. lega...gembira dan aman hati. Semuanya gara-gara pulang ke Melaka dalam tempoh 5 jam ahad lalu. Sebelum ni ibu selalu juga susah-susah hati sebab tak beli perabot lagi. Nak balik Melaka pun susah, apatah lagi nak serbei perabot kan.. tapi langkah kanan..nampak pula kedai perabot ada jualan diskaun besar-besaran..Belon dan kain rentang punyalah besar tersergam indah..Rasanya satu kampung dah nampak kain rentang tersebut..Hak..

Set bilik tidur berada di tingkat atas..banyak juga peringkat harga yang ditawarkan. (saya tau cavenzi pun sama..tapi malas nak mencari Cavenzi di Melaka itu) ..tetapi oleh kerana aku mahu pakai sekali saja set bilik tidur itu (ia bukan bilik saya) ..maka aku memang nak cari yang murah dan ringkas sahaja.. Pada mulanya mahu set warna putih, tapi tiada yang menarik disitu dan rembat warna hitam jua.. (incik dd sukalah tu..--penggemar warna hitam).. dan set itu hanyalah berjumlah RM1100... Aku sukaaaa...

dan selepas tamat majlis nanti, aku memang tidak bercadang mahu bawa pulang set tersebut ke KL dan akan menurunkan pada kakak sepupu untuk majlis kahwin seterusnya.. (ada nada sedih berlaku)

Tetapi... aku bersyukur kerana set tersebut di proceed dengan senang oleh incik dd.. Percaya tak..kebanyakan perkara yang aku lakukan, selalu meminta pendapat beliau kerana beliau agak cerewet.. Sepatutnya perempuan yang cerewet..tetapi aku hanya kadangkala sahaja... Bila dia dah proceed set itu, aku sangatlah lega kerana tidak perlu melalui proses kecerewetan beliau yang amat panjang dan meletihkan... haha.. (tetapi ia tetap jua berlaku dalam sesi mencari rumah dan perabotnya...aghh!!--tp saya ttp memuja beliau)

Alhamdullilah kini 70% perkembangan bilik pengantin daku..Set cadar dan adek beradeknya, perabot selesai. Cuma langsir sahaja yang belum bekesempatan menyempurnakannya. Mak suruh aku cari sendiri kain langsir tapi aku tak berani..nanti mak tak proceed (mujur mak bukan jenis yang suka scallop things).. Kalau boleh mahu memilih bersama mak dan abah..Langsir siap susah mahu cari kerana tingkap berukuran 8 kaki 3 inci.. puas dah mencari ..yang 8 kaki pun tak mengapa..tapi kebanyakannya hanya 7 kaki sahaja.. Terpaksalah beli kain dan jahit..Adoi..jujur tak suka perkara-perkara yang leceh ni.. Mak beritahu khabar gembira bahawa kawannya pandai jahit langsir dan alhamdulillah...aku lega..

Setelah membuat rutin wajib bride to be..aku pun menggoogle...

Jumpa ini...

This is so my bilik pengantin!!



Warna sangat menepati tema



Tapi tirai di belakang tu tak akan direalisasi rasanya..tiada belanjawan mencukupi



Ada sesiapa nak sedekah chandeliar ni..pinjaman juga dialu2kan ;P
***aku baru tahu ejaan chandelier aku salah...aku memang tak suka buat kajian ejaan..
****Chandelier***


Yay..sudah rembat cermin besar di Cavenzi..ala2 pun jadilah..(cuba memuaskan hati)



Kenapa ada merah erk??? tak mengapa..saya tak mahu..



Mahu bodek Uncle muzs saya dari Flora etc untuk gubahkan




Bukan Ikea ada lampu camni ke...murah saja kan?



Ouh almari saya tidak sehebat ini..



Perlu ya banyak bantal sebegini??

Kredit kepada Eric


Pokoknya..akan ku cuba merealisasikan impian tersebut..Namun seperti yang aku pegang..dikala itu semuanya kuasa tuhan..apa yang terjadi aku redha..

Dan seperkara lagi...Aku sudah dapat rumah yang bakal didiami....ini adalah kegembiraan terbesar yang aku dan Incik dd alami...Kami sangat-sangat gembira dan bersyukur... dan setelah membayar deposit kami lantas membeli perabot sedikit..tak tahan punya perangai..Nanti cerita ya**


Isnin, 27 April 2009

Semuanya untukmu

Ahad dalam masa 5 jam..aku berjaya pulang ke Melaka dan kembali semula ke KL..adoi...walau bukan aku yang memandu, tapi rasa memang penat dan terkejar2. Atas arahan abah, aku akur pulang ke Melaka untuk ambil borang nikah daripada maklong lantas berjumpa tok sidang dan meminta cop serta tandatangan permastautin. Walhal aku bermastautin di KL..ahak..Abah telefon Sabtu lalu dan aku hanya dapat ke Melaka siang semalam...bertolak jam 11 dan pulang kembali ke KL sebelum jam 4 kerana aku bekerja ok..Dalam keadaan sangat suntuk sempat lah pulak singgah ke kedai perabot..dari jauh dah nampak kain rentang besar dan aku berjaya merembat sesuatu yang sangat best. Esok2 aku cerita..

Semuanya gara-gara aku telah merancang sesuatu untuk incik dd, Maka haruslah komitmen lain diketepikan. Rabu lepas adalah hari jadi beliau..Aku ingin membuat sesuatu yang istimewa untuk hari lahir terakhirnya sebagai bujang..haha..

Aku memandu ke Kota Damansara sejurus pulang dari kerja..(walhal baru sehari selepas kejadian ngeri itu)..Jam 11 agak lewat juga padaku. Tapi aku gagahkan juga diri. Singgah di KFC beli apa yang patut. Hasil sepakatan dengan kakaknya, aku menyelinap masuk ke rumah 10 minit sebelum jam 12...

Tepat jam 12.....

Kek cawan yang indah ciptaan Shalia's treats


tapiii....lerrrr.......................

Pasrah je lahhh...
Setelah puas cuit-cuit....tak nak bangun2 jua....


Akhirnya tiup juga lilin
Yay!!!



Makan time setelah sesi kejot semua orang




Kejutan tidak hanya habis disitu (poyo je), aku memang lama mengimpikan makan malam romantis (yang hanya wujud di dalam drama tv saja) ahak..Setelah membuat serbei keatas Cruise Tasik Putrajaya, Menara Kl, Victoria Station, akhirnya, aku tidak sesal apabila memilih TAMARIND SPRINGS yang terletak di Ampang..Berbanyak perhargaan buat nariko kerana memberikan pendedahan dan info tentang tempat yang sangat indah ini...Setelah membuat penempahan...aku memilih lokasi di luar sambil di basahi embun...waa (sila tempah beberapa hari sebelum...kerana ia akan sentaisa penuh)...ihik..dan setibanya di sana (setelah sesat barat) akhirnya kami bertemu di sebuah tempat tepencil seperti mini hutan.. Incik dd terpaku kerana terpegun..Dan lokasi meja kami adalah di Mandi-mandi restaurant






Hantu siri I



Lorong menuju ke mandi-mandi


Agak jauh berjalan tapi kami teruja


Sesiapa takut hutan tidak disarankan



Akhirnya tiba di Tamarind Springs tingkat bawah


Indah bukan???



Dibawa ke pondok (incik dd tampak yakin..akhirnya salah meja)


Tiba di meja yang telah disediakan untuk kami (terletak di pulau kecil sebenarnya..hanya satu-satu untuk kami..auw!!)


Meja kami dikelilingi sungai kecil



Aku tidak digigit nyamuk



Sabar menanti makanan



Setelah hampir satu jam..akhirnya makanan sampai (satu-satunya perkhidmatan yang aku sesali)


Kami diatas jambatan kayu, air surut tapi..


Lihat...pasir pun dahaga air...



Melintasi Tamarind Springs selepas kenyang


Hantu siri II ..haha..



last kopek (akukah tajuk utama?)..



Hantu sirii III
Pulang dan aku berada di pintu utama Tamarind Spring...dimana saiznya hanyalah sebesar pintu kamar kecil (tandas)... macam tak percaya...




Kami pulang dengan kenyang perut serta senang hati..dengan 5 hidangan, semuanya tidak sampai RM200...Ah...aku pasti datang lagi...

**Cuma kecewa kerana hidangan Ketam Black Pepper tidak disajikan..

SELAMAT ULANGTAHUN KE 27 INCIK DD!!





Jumaat, 24 April 2009

Bunga Kering???

Seperti yang dijanjikan kepada beberapa kawan kita.. Kali ini tentang hantaran. Semua agak pening kan..Mahu menggunakan bunga segar sebagai penghias dan pencantik dulang kita, tapi oleh kerana ia adalah bunga yang suka mati cepat, (pengsan tak mahu)..jadi agak sukar mahu membikinnya dikala kita terlalu sibuk yang amat ketika itu. Maka..mahu tak mahu, bodek lah kakak-kakak, makcik-makcik, jiran-jiran yang sudi menolong dan kelapangan untuk merealisasikan impian indah kita ni.. Kalau yang memang mempunyai tangan magis tak mengapa lah, kalau akhirnya menjadi disaster..mahu tak pengsan kita ni..Uhuk..takut kan?

Tak kurang juga yang malas mahu fikir banyak-banyak, tempah saja.. duit belakang kira..banyak lagi yang hendak difikirkan.. Senang.. Masa tu, apa pun tak boleh nak fikir kan sebenarnya..huwaa...ngeri sungguh..

Baru-baru ini jiji ke Cameron Highland.(aku pun tak pernah kesana..sadis lah hai)..Dia ni memang minah bunga..haha. (ko marah, aku tak nak makan dengan ko k) hak.. Pulang saja dari Cameron, beliau borong bunga yang agak banyak..sosek2 dia..tiba-tiba aku tertarik dengan satu topik ni (dalam banyak-banyak ada juga yang aku tertarik).. Beliau beli bunga kering untuk ibunya. Yang jadi isu ni adalah ibunya di kampung..Bagaimana pula nak bawa pulang ke kampung..Oh..nama pun bunga kering...Tapi yang memeranjatkan aku, bunga tersebut tak kering langsung.. dan ia adalah bunga segar la.. lembut dan tak ada pun beza dengan bunga segar biasa. Dan ia mampu bertahan hingga 5 tahun..Katanya telah diletak ubat atau apa tah..tak pasti..Penjual tu katalah.. Aku teruja ya ampun. Jiji kata, ia dibeli di pasar pada Sabtu petang..pilihan sangat banyak..murah pun murah...tapi anda jangan kecewa ya..bunga ros tiada dalam senarai..tak tahulah kenapa..

Aku pun belek-belek bunga ni, dan yang kelakarnya, jiji letak didalam kereta hampir seminggu.. tapi rupanya tiada yang berubah.. Maka, aku yakin aku akan ke Cameron itu untuk memborong seberapa banyak bunga yang aku boleh bawa pulang. Sekurang-kurangnya aku sudah boleh memulakan misi hantaran..Yay! (perasan..kad pun tak siap lagi)... Dan misi aku adalah..gubah mengikut citarasa yang dikehendaki, kemudian akan memesan bunga ros di Petaling Street kepada insan yang pulang kampung pada waktu berdekatan dengan majlis. Jadi letak-letak sebagai penambah rasa.. Itulah yang aku cadangkan pada diri.. Tapi samada ia akan terjadi atau tidak..ia bukanlah kuasa aku..


Mungkin ramai juga yang tahu kewujudan bunga-bunga ini..tapi aku memang tak tahu sebelum ni...hik..Antara bunga-bunganya.........


Bunga kekwa??..iyalah kot


Jiji..kena ke sama tema baju dan bunga?



Jiji kata..bunga kecil ini pun ada



Siapa kata gubahan tak boleh hidup tanpa bunga ros..




Menarik kan????

Terima kasih ya untuk empunya gambar-gambar diatas


Pokoknya, dimana ada bakat, disitu ada cantek..Aku tiada bakat..bagaimanakah?? tak apa, kekreatifan di tangan kita, 'kita yang buat dia, bukan dia yang buat kita' kan?...Jadi.. kepada sesiapa yang nak cari bunga kering yang tak kering ni...kongsilah info ya..bunga apa lagi yang ada... Yang penting jiji kata..ada macam-macam bunga dekat pasar tu... Ahh...tak sabar mahu kesana..tapi bila???


**Sedih.. bff akan mula bercuti, bilakah akan bersua lagi sebelum zaman bujangnya tamat..dan aku akan merindui saat kami suka melepak di Kluang station tu...Hafifi, ini entri terakhir aku untuk tatapan mu..dan daku jua...tak dapat menatap entri kamu menghadapi detik-detik bergelar ratu Amkhaiz..kerana kamu akan pulang ke Kluang...Selamat Pengantin baru my bff selamanya!! Semoga percintaanmu kekal hingga ke akhir usia sayang!