Seperti yang dibilang sebelum ini bahawa percutian ke Bali tidak berjaya direalisasikan..atas sebab-sebab tertentu yang tidak perlulah diwar-warkan disini..Kami menukar destinasi ke negeri di bawah bayu...Pulau Borneo yang indah. Ternyata aku memang agak jakun sedikit kerana tidak pernah ke negeri sebelah sana...Maka...didalam satu entri aku melakukan sesi marathon sepanjang berada di sana.
Hari PertamaMenginap di Promenade Hotel, Kota Kinabalu...kemudian berjalan-jalan di sekitar Waterfront, memang tidak dinafikan, Kota Kinabalu terdapat banyak restoran bar dan hiburan kerana ramai pelancong..tetapi bandar ini hidup walau di tengah malam..
Atas nasihat bff nenah, dia mengarahkan aku 'arahan' ok..ke pasar Philipine..dimana dibelakang kawasan tersebut terdapat syurga ikan bakar...Aku memang hantu ikan bakar..dan santapan ikan bakar disini agak pelik...sambal kicap buat sendiri ok, disajikan dengan ais kosong, dan bekas basuh tangan pun agak unik. Kami merembat berekor2 sotong...uhhh..dan ikan bakar yang agak besar...Jumlah hanyalah mencecah Rm30. Uhhh...(telan air liur ketika menaip)
Wajah cuba menyesuaikan diri Nyum2...(ikan kecil..ikan besar malu) Pasar buah2an pun ada Restoran makanan laut memang bersepah disini...tapi awas...nak cari yang murah kena bijak bertanya.... Hari KeduaAgak tabah kerana tak tahu mahu menuju kemana...naik teksi dan puas mengamuk kerana pemandu teksi itu tak tahu pun tempat-tempat yang aku arahkan beliau pergi...uish...Setelah sesi marah...kami berjaya sampai ke KK Wetland Centre yang hanya 2km dari bandar KK.. Tempat ini adalah pusat burung-burung dari spesis yang pelik-pelik...Tapi yang peliknya...aku tak jumpa sejenis binatang pun disini..melainkan burung di udara iaitu Kapal terbang...APakah???
Tapi tempat ini indah...ia adalah hutan paya Aku mungkin tak dapat menjejaki tempat sebegini di Kl Jarak 1.5 km... Tapi tak sempat khatam kerana aku tak kuasa.. Menara Jam Atkinson Kemudian kembali ke Bandar KK dan bersiar-siar sekitar Waterfront untuk menikmati suasana matahari terbenam..Memang indah...Masih terdapat nelayan-nelayan yang mencari rezeki di tengah lautan dan bot-bot tunda.
Mereka bersapa walaupun tidak kenal sesama sendiri.. Selepas maghrib lantas ke pantai Tanjung Aru bersama kawan Encik dd iaitu
Mustaffa dan keluarga.. Persekitaran pantai tak ubah seperti Port Diskson..
Patutlah beliau hilang, rupanya bersosial bersama penari-penari disitu..(bukan aku yang memegang kamera ini)..huh... Menjadi kebiasaan penari-penari akan menghiburkan pelanggan restoran makanan laut
Tapi...destinasi kami bukanlah Tanjung Aru tetapi lokasi makanan laut yang memang terkenal di seluruh pelosok Sabah iaitu Kampung Nelayan...sepanjang hari menanti detik ini...
Restoran terapung Layankan saja aksi penari-penari tersebut melakukan aksi stunt lah kunun..sambil hati berdebar menunggu makanan...maaf saya hantu seafood Sila nikmati sebahagian dari sajian makanan....
Salah satu santapan...tak tahu namanya..tapi dalamnya telur tauhu tu.. Butter Prawn Kegemaran sepanjang masa---Ketam Blackpepper...slurrppppp Kami kekenyangan Sila perhatikan ini jika mahu ke sana ya.. Hari Ketiga
Telah bercadang ingin ke pulau-pulau berdekatan...Pada mulanya, mahu menetap sehari di pulau..beromantik sehabis baik..malangnya setelah melakukan pencarian....harga sebilik atau sechalet paling murah mencecah Rm1k.... Gila... Membatalkan hasrat menginap disana..Maka, pergi dan balik harilah...lantas memutuskan ke Pulau Manukan.. Tempat bertolak ke pulau-pulau berdekatan adalah di Jesselton Point iaitu jeti menuju ke pulau-pulau yang dipanggil Tuanku Abdul Rahman Park...Perjalanan menaiki bot laju mangambil masa 20 minit..
Bot ini memang laju...aku agak seronok Welcome to Manukan Island Pasirnya putih dan orang putih pun ramai yang telanjang kebogelan.. Kekasih hati
Air yang jernih, maka dapatlah lihat ikan-ikan yang berwarna-warni
Pulang menaiki bot terakhir pada jam 5 petang.
Jesselton Point
Promenade hotel
Kemudian, dalam keadaaan lapar, memujuk Incik dd agar membawaku ke restoran makanan laut lagi.Aku sungguh tak puas berada di KK jika tidak sehabis maut makan makanan kegemaran.
Mus membawa kami ke restoran yang lain pula. Jarak agak jauh sekitar 30 minit perjalanan dari bandar. Tapi tempat ini agak popular kerana harganya yang berpatutan dan boleh dikira murah..
Udang karang bergurau senda
Butter prawn lagi tetapi berkuah pula
juga sekali lagi Ketam Blackpepper..Huyeah...maaf lauk agak sama kerana aku suka makanan ituu...dannn... kali ini memang gila lagi sedap.
Gayang yang sedappp...
Hari Keempat
Mus sudah berjanji membawa kami ke kaki Gunung Kinabalu dan Kolam air panas Poring Hot Spring yang terletak di Ranau. Bertolak pada jam 8 pagi. Perjalanan seperti pengembaraan kerana agak banyak tempat persinggahan sehingga aku dah mabuk dan sakit kepala kerana jalan yang berliku dan berbelok-belok.
Dibelakang ku adalah puncak Gunung Kinabalu.
Kabus menyelubungi puncak itu.
Singgah di Kundasang untuk mengisi perut.
Agak lazat bukan?? tapi tidak pada rasanya...
Tiada dalam pelan perancangan tapi tempat ini agak menarik
bersama Amira, Fatihah dan Mus
Memorial untuk beribu-ribu askar-askar Australia dan British yang terkorban akibat menjadi tahanan dan buruh paksa oleh Jepun untuk membina jalan sejauh beratus-ratus kilometer. Mereka mati di tepi-tepi jalan akibat kebuluran dan diseksa. Hanya 6 orang askar berjaya meloloskan diri walaupun dalam keadaan hampir mati.
Tiada kaitan langsung..ini bukan negara arab
Berlatarbelakang kawasan perkampungan Kundasang.
Ayat tak boleh tahan..hahaha
Destinasi seterusnyaa....
Tempat ini agak besar, ada kolam air panas, jambatan gantung, air terjun dll.
Jangan terpedaya, ini bukan kolam air panas..
Singgah di Tamparuli dalam perjalanan pulang..
Jambatan ini panjang sebenarnya...Aku jakun walaupun dalam keadaan hujan
Hari Kelima
Merupakan hari pulang ke KL...aku teruja sebab sudah rindu rumah..haha..walaupun ketika itu..rumah masih tak rupa rumah...Dalam ingin pulang ini macam-macam bencana telah berlaku. Mungkin tiada rezeki kami dan tuhan nak menduga..walaupun besar dugaan itu...
Sempat menyinggah di kedai cenderamata di lapangan terbang KK..tapi mahaiii...
Sesungguhnya aku gembira dan seronok sepanjang 5 hari di KK. Namun aku masih menggelarkannya
Tragedi Bulan Madu...hahaha...biarlah aku, incik DD dan
Mustaffa sekeluarga menyimpan erat-erat tragedi ini..Sekalung terima kasih
Mus kerana sudi melayan kami walaupun kau kerja.. ;P~
**Gambar tak banyak sangat kan??? ;P~