Selasa, 17 November 2009

Deko, deko, deko

Aku tak pernah buat deko untuk sesiapa yang berkahwin. Selama ni hanya kakak ku sahaja yang terang-terangan pereka dalaman, maka dia mempunyai semua tempias itu.. Tapi minat tak usah cakap lah...aku selalu lorat bila kakak aku bercerita tentang wed stuff.. sebab dia belum kahwin lagi, maka memang banyak sungguh idea maha waha bangsawan dia..haha..ok lupakan...

Aku memang ingin sangat turut sama terlibat dalam sesiapa sahaja orang sekelilingku yang berkahwin. Itu kesukaanku, tapi belum tentu orang suka kan. Dan aku suka sibuk nak tahu tema, konsep orang itu..dan diam2 aku akan merencana dalam kepala ni apa yang cantik..tetapi kalau orang itu sukalah...

Yuyu tak pernah kisah kalau aku bertanya itu dan ini tentang majlisnya. Sesetengah orang tak suka.. yelah majlis orang kan...sebab musababnya..manalah tahu aku boleh menambah garam dan gula ke..Tetapi aku akan bertanya dan beri pendapat dahulu. Kalau ada pengantin telah mempunyai idea lain atau lebih cantik, lagi ok kan..Sekarang ni, motif utama adalah mahu cantik dan cantik. . tak kisah siapa yang punya.

Kepercayaan oleh yuyu aku hargai..di tambah pula dengan yuyu agak kreatif dan bijaksana....Beberapa hari sebelum majlis aku banyak bertanya tentang idea deko khemah vip beliau. dan bila digabungkan itu dan ini, maka kita buat yang ringkas saja tapi manis..namun, setelah masih lagi tak kenal lelah, menggode2...aku ketemu yang ini



si cantik dari Flora etc...


Penggunaan gelas dan pasu panjang itu memikat kalbu, warna putih yang aduhai sucinya..juga lampu ikea itu..(yuyu beli lampu ikea itu, tapi lupa nak pasang..huwaaa...jom nanges)


tapi oleh kerana kami tidaklah berkewangan besar. Majlis yuyu pula ringkas dan minimal..Hanya mengambil keputusan untuk menjadi inspirasi, Bunga pilihan kami hanyalah orkid sahaja untuk memberikan kelainan dan sifat minimal. . oleh kerana tema beliau adalah gold, white dan hijau epal juga sikit2 cherry pink...kami memikirkan apa yang patut untuk hiasan yang bersesuaian.



Ketika jam hampir ke angka 11. Lihat tak pasang apa pun.. Pihak katering habis kena hamun dengan pengantin...hambek kau


keadaan agak kelam juga kerana pihak kanopi dan katering tidak berapa bijak.. sesampainya aku di rumah yuyu, beliau dan kakaknya dah letak sikit2 centrepiece..maka aku dengan tidak berlengah membuat apa yang patut. Yuyu dah botbet2 bengang pada orang kanopi tu...


Aku sibuk buat apa yang patut...kesian pengantin.,kemudian tak lama beliau kena masuk untuk mekap.
(abaikan perot buncitku..seksi tak...hahahahaha)



.............................
......................................................

dan kemudian...beserta sedikit usaha

............................
.................................

ini hasilnya..




Gelas tinggi pembelian yuyu sangat membantu...


Suami saya dok pasang lampu lilin


Burung dan sangkar hantaran ketika aku bertunang dulu tidak aku sia2kan..


Suami..terima kasih ya... i lap u...lilin itu sukar terpadam kerana suamiku yang ikhlas..hehe


Memilih untuk meletekkan lilin2 kecil itu di hadapan untuk memberikan mood romantik...romantik ke?..hehe


Bunga hiasan besar di tengah meja itu dapat dihasilkan dengan kadar segera dan robot oleh yuyu dan dibantu aku...Serius aku tak pandai gubah2 bunga ni. psss(pengantin juga buat hantaran sendiri)...aku cocok2 saja mana patut di bunga itu. .




Potpuri warna coklat dan hijau hasil rembatan di Semua house dicampur dengan kelopak bunga palsu warna hijau epal dan juga bunga bunga kecil jasmin kot(aku pun tak pasti kerana mamak bangla floristika tu memang gagal habes dalam menglafaz bahasa melayu)



Centerpiece di meja Vip..yerla sebab tak pakai dome kan..
tapi ala...lilin ini dah terpadam apinya...sebab aku yang nyalakan sendiri.. Jadi kuranglah indah syahdunya...



dan akhir sekali

Aku memberi cadangan supaya pasu panjang itu dimasukkan warna emas agar menonjolkan ia di pelamin, jika hari nikah ia berwarna putih suci kerana diletakkan air (sesuai lah dengan nikah), maka hari persandingan, tema adalah gold, jadi apa salahnya kita menggunakan warna gold juga kan memandangkan pelamin sudah berwarna putih gading..dan hasilnya juga boleh tahan lah...nak tahu aku letak apa? ... 2 botol besar minyak masak okeh...hahaha..suamiku gigih layan karenahku dan beli pada jam 11 pagi itu..


Walaupun pertama kali, ringkas dan minimal, kami puas hati daripada tak ada dan berserah kepada orang kanopi ye tak??? (seperti majlis ku..hahaha)
dan hampir jam 12 aku pulang ke hotel dan bersiap setelah badan busuk...hahaha

**esok akan muatkan entri persandingan yuyu...

25 ulasan:

BuTtErFlyInFraMe berkata...

aaaaa..pasti lah hati ni suka tgk bunga orkid dalam pasu tu...santek...

hmm..boleh gtau tak kat mn beli glass tinggi tu? kat ssf sumpah mahal lah, plg murah pun penah nampak bentuk petak..RM12++..huhuu.

nasya naim berkata...

::anil..creative nyer lehlah rajinkan diri utk wedding nasya nanti..weeii::

Unknown berkata...

wah bestnya anil! sangat cantik, minimal & simple saya sgt suka <3 <3 <3

lepas ni boleh jd wedding planner ami pulak? :P

Atiqah Adnan berkata...

anil sangat baikk... incik dd pun baik.. heheh bestnye qah pun suke tau buat deco macam nie..
nanti uma qah kalau anil free bOleh tlg qah buat same.. hee~

Sofia berkata...

wah bersungguh2 betul. minimal tapi nampak hebat je...

pstt, utk majlis amy satu!! ;P

shapattnson berkata...

anil ..uwaa wish i can bring you here ...buatkan khemah VIP i ...pls pls psl hehehehe ...sangat cantik okay dan i sangat teruja ...theme your yuyu same with mind lil bit ..anil datang KK ...buat deco utk i ...uwaaaa cantiknyerrrrrr ...

shapattnson berkata...

er mind is mine ..teruja sangat sampai 'e' jadi 'd'da yg bole di sewakan tak sangat berminat dengan bunga gantung2 tu ..(haa again ..) bestnyerrr!!! btw lilin hijau tue u beli kat ssf ke ikea??

hanim berkata...

anil, tolak kat i lampu ikea ite bley? hukhukhuk.. xsempat nk grab time ikea sale hr tu.. ;( nway, good job dear.. tgn u creative! ;)

niki berkata...

great job! :D chantek sekali!

hidden.wing berkata...

chantek gile :D

Putri Ramlan berkata...

wow! seriously, i tak pernah terpk idea nak letak lilin kecik tu dkt meja makan.

nnt my wedding pun nak mcm tu lah! :-D

KAK RAINBOW berkata...

memang cantik tau. ada bakat anil nie :)

Riena berkata...

creative kamu yer anill.. meja makan cantik dan bunga di pelamin tu pon cantik jugaa.. hope kamu jadi pereka pelamin satu hri nanti okk!!

Ija1202 berkata...

cantikkk..
idea yang menarik untuk di aplikasikan pd meja VIP nanti :)
thxx dear sudi berkongsi!!

[ Hanie ] berkata...

kreatip nya kamu!
tula, kalau dah minat, ape pon jadikan walau awalnya tak reti ape2pon ;) keep it up anil

xeea berkata...

whoa.
mbeles laaa anil!
i heart white orchid. always!

goblogbyfarah berkata...

pandailah anil deco!
pasni leh bukak butik pengantin pulaklah, sure org amik!hehe..

AmyMizzunderstood berkata...

okeh...!berjaya..nk keja ngan saya tak?wakakaka

ms diaz berkata...

kreatif gak puan anil ek?pe lagi boleh la join bisnes gubahan dgn cik amy..*wink*

lalala berkata...

plg suke idea letak minyak masak tu. ingatkan letak champagne ke ape ;P great job anil..

Ayuni A. berkata...

great joblah anil! ;) nice taste!

sweet cravings berkata...

anil... suka! cantik- even though its simple! :) kamu mmg super talented je. boleh jadi handy-woman.

pstt, suke sangat idea minyak 2 botol tu! :p

anil lutaze berkata...

~alena--glas tu yuyu beli kt ikea rasanya...pasti... satu set ada 6 gelas...

~nasya--haha...insyallah...kalau dijmpot..hehe

~ami--boleh..x lama je lg ni kan ami...u better start now..hehe.i loike

~tiqah--hak...suami mmg baik..hehe..saya ni je byk ragam sket..insyallah boleh

~amy--hahak...satu je 2, 3 x mo? he..

~sha--its ok..hak..kalaulah saya bleh dtg kk lg kan...lilin tu kt ikea pon ade...murah n bleh dpt byk... bunga gantong tu nnti i tnye yuyu

~hanim--thanks... tp x taulah kalau yuyu tu nk jual ke tak lampu tu...die beli bkn time sale..haha

~niki pengantin baru..weee...thanks alot

~WLT--x de lah wak..biasa2 je..malu lah..awak taste hebat..yg ini biasa2 je..

pu3--dats my sis punye trademark, i pjm..

~nurul--kena bljr byk lg lah nurul

anil lutaze berkata...

~riena..thanks...saya mahu jd wedding deco mcm amy..sukee...tp kan wak bunga di pelamin bkn saya buat...kwn saya pi tempah...

~ija--sharing is caring rite

~hanie--yupe minat msti di tngga no 1..kena blajar lg dan lg..

~xeea--kan..white orkid mmg pojaan saya..

~farah--perh..butik pengantin mcm kena ada segalanya...saya tang baju mmg malas sket.hehe

~amy--maoooo!!!!

ms diaz--siapelah saya.. ;P~

~sofiah--wooo...champange,..hehe...sampai ke situ awak...hehehe

~yuni--thanks...tp taste awak lg bestt

~myra--simple je..itu yg mmpu..hehe..
idea minyak masak dtg tetibe je bile tgk ada pasu pjg tu...

Anis berkata...

hai sis..
u mmg SUPERB LA..
SO CREATIVE..

tiap2 kali ada new entry dr sis,hanis MST BACA

b4 sis kawin smpai sekarng hanis bc..
best..hehhee

emm..myk masak dlm vase 2 wt ape lps 2 ek?