(aku kerja sehingga lewat malam hari ini, tahniah!)
Kerja yang banyak dan meluak-luak tidak membataskan aku untuk membuat entri ini. Bff Shadeqku, akan bernikah pada Sabtu depan 5 disember, yakni aku yakin ramai juga dikalangan rakan-rakan yang melangsungkan perkahwinan bukan, tidak terkecuali juga blogger..
dan shadeq menghubungiku tentang sesi bergambar pra perkahwinannya.. Aku cadangkan tema berkelah yang santai2,
props seperti: Belon, kain alas meja bunga2 untuk dijadikan alas, bakul, botol soda atau lain2 yang serupa, gaun kembang agar nampak inggeris, roti yang sajak jika diletakkan di dalam bakul, dan juga rambut ikal mayang, jika ada headband lagi canthek...
Tapi ya ampun , kan beliau mahu kahwen, sibuk dengan pekerjaan lagi, manalah sempat cari kesemua bahan-bahan gedik yang agak lorat itu...ahaha...sampai tunang beliau bising...
dan akhirnya sikit-sikit pun jadilah kan, mana yang dapat dan sempat kerana sesi bergambar dilakukan pagi-pagi subuh sepiie...hehe
Dan kerana kebijaksanaan Redza@ben yang juga sahabat kami, juga lokasi yang agak menggugat perasaan, maka inilah hasil yang boleh dibanggakan!
Tidak kah ia mempesona!! ah!! aku pun ikut teruja
dan kata shadeq
"thanks Puan Shanel too for the dress, concept (walopon belon2 ku itu tak berjaye) & breakfast, macaroni goreng! hehehe.. "
untuk yang berminat pada hasil kerja encik redza ini sila lah ke
Blog on http://fotologue.jp/raydcza
Tapi!!! shadeq hanya dapat cuti sekitar 2 hari sebelum majlis!! gila!! sian ko shadeq
Manakala...cerita lain adalah...........................................
..........................
.......................
aku telah membuat kejutan untuk suami dan menghadiahkannya curve 8900...tiada harijadi atau sebab tertentu....cumaaa...... perkara kecil ini tidak mampu membalas atau dinilai dengan segala pengorbananmu.... ;D
Lebiu!
alhamdulillah, beliau sangat gembira