Isnin, 17 Ogos 2009

Tahniah!

Beliau layak berada di tempat yang beliau berada kini. Hasil kerja keras selama menjadi anak seni yang agak penuh liku , akhirnya ia berbalas. Ah! apa yang aku ingin perkatakan sebenarnya adalah tentang kejayaan Iqbal Mazlan menjadi juara Pilih Kasih. Aku tidak pernah menghebahkan kepada orang bahawa beliau adalah sepupuku kerana tiada sesiapa pun kenal beliau. 3 tahun menjadi anak seni, namun tiada hasil yang boleh dibanggakan. Pernah menjadi hero drama Sofia Zahra di Astro tapi ia belum cukup. Tidak dikira watak-watak sampingan dalam drama-drama lain, pengacara di RTM. Sudah agak banyak rancangan realiti yang disertainya, tapi tida satu yang melayakkannya untuk pergi lebih jauh. Bak kata Rosyam Nor bahawa beliau tidak pernah kenal atau sedar dengan kewujudan Iqbal Mazlan.

Tapi itu dulu, kini beliau telah bergelar Juara Pilih Kasih dengan rasminya malam tadi. Persetan orang kata, ah! siapa lah yang tengok Pilih Kasih. Tapi sejujur-jujurnya ini adalah satu titik tolak kepada beliau untuk mengorak langkah dalam bidang seni ini. Tidak seperti anak muda lain, menyertai rancangan realiti dengan tiada matlamat dan cita-cita sebenar, tanpa pengalaman. Namun, Iqbal berbeza kerana beliau adalah anak seni yang telah berusaha dan bekerja keras dari bawah dan rancangan realiti hanyalah satu platform untuk beliau pergi lebih jauh. Dan kerja keras serta komited di dalam Pilih Kasih berbalas apabila Rosyam memilihnya untuk menerima segala ganjaran yang ditawarkan. Bagi aku paling tidak ternilai adalah tawaran melanjutkan pelajaran peringkat Diploma dan Ijazah di ASWARA. Ouh...ia adalah sesuatu yang tiada galang ganti.. Ilmu...tiada sesiapa yang mampu menafikannya.


Oklah..aku sudah seperti seorang wartawan.. Mari bergembira melihat gambar-gambar yang seperti biasa akan disajikan dalam entri daku.



Saat dinobatkan menjadi Juara Pilih Kasih
(Tidak mahu ambil foto-foto yang disediakan di Berita Harian. Hanya menggunakan telefon bimbit keramatku)


Bersama 5 pemenang yang lain
Wanina zaki, reza hasbi, sofian bujang dan Indra Hafiz




Kami saudara mara hadir memberikan sokongan walaupun tidak segah famili-famili lain yang hadir dengan berbaju t wajah peserta dan segerombolan bas.
(aku kah artis di tengah2??heheh)




Berat..serius..
Lihatlah dunia....Blueekkkk....




Tahniah...
Apala si danish tu..kunci kereta diterbalikkan...




Dengan tema putih (kami tidak mempnyai baju t berwajah Iqbal..heehe)... hadir tidak mempunyai harapan yang tinggi menggunung. Akur dengan undian SMS beliau yang sentiasa rendah. Namun undian Rosyam Nor, berjaya melonjakkan nama beliau diatas mengatasi kedudukan peserta-peserta lain dan siapa menduga bahawa beliau menjadi juara. Alhamdulillah.

Rosyam pernah berkata beliau mencari bakat, personaliti dan disiplin. Ternyata, Iqbal pilihan beliau.

Tahniah dan semoga anda tidak lalai dan leka dengan keglamoran dunia wayang. Hanya kerja keras, berkat usaha dan doa yang akan mengiringi anda menuju ke matlamat dan destinasi.



***Aku bukan wartawan sambilan ;P~

26 ulasan:

naddynad berkata...

anil laporan kamu persis wartawan..hehe

Ana Lyana berkata...

TAHNIAH IQBAL.....
HUHU...
TGK GAK TAPI TGK TAK HABIS...

goblogbyfarah berkata...

ya, tahniah tahniahhh!!!

haha..

kenapa semua pemenang adalah lelaki?perempuan tak pandai berlakonkah?

Unknown berkata...

sy setia tau tgk PILIH KASIH ni.. dr episod pertama lg..huhu..

Sofia berkata...

hah bila ni anil? huhuhu sungguh ku tidak tahu (aku bukan potato couch in front of the tv) :P

apa pun tahniah, iqbal!

khairulhaya berkata...

anil!!

jelousnye roy lihay anil berganbar bsama iqbal..siap dpt pegang award yg iqbal dpt lg.

ape pon iqbal mmg layak menang..bersengkang mata roy mlm td mahu melihat sape juara pilih kasih..

chaiyok2..

Atiqah Adnan berkata...

da agak da iqbal memang..
dia ni nanpak baik sangat kan..?
hheheeh yerp.. dia laah jadi pelakon untuk iklan anak wayang astro kan..?
dan penah berlakon drama juga..

tak sangka sedare anil juga.. hee~

Atiqah Adnan berkata...

*menang.. akak silap.. heheh

hanis berkata...

hi sis..hanis silent reader ur blog..tp br kali ni trasa nk cment..hehehhe..
sis pndai la buat entry..Tahniah 4 u sis n ur cousin...

anil lutaze berkata...

~naddynad--saya ada bakat ke?? hik

~ana--tdo lah tu?? ;P~

~farah--hehehe...kureng sket..ada 2 org berbakat besar tp undi x ckop kot..

~modusoperandi--ooo...saya tgk konsert terakhir sblom final..boleh x gitu?

~amy--ler...xpe...rtm nye program mmg kurang publisiti..

**saya lak couch potato yg parah..hehe

~khairulhaya--hehe..yeke...sian roy kena sengkang mata....

~atiqah--juga? hik..saya ada sedara artis lain ke??

~hanis--pandai...saya bantai ikut suka ati je ni...ni kira blog suka hati...thanks 4 d wish..saya akan sampaikan..

anil lutaze berkata...

~naddynad--saya ada bakat ke?? hik

~ana--tdo lah tu?? ;P~

~farah--hehehe...kureng sket..ada 2 org berbakat besar tp undi x ckop kot..

~modusoperandi--ooo...saya tgk konsert terakhir sblom final..boleh x gitu?

~amy--ler...xpe...rtm nye program mmg kurang publisiti..

**saya lak couch potato yg parah..hehe

~khairulhaya--hehe..yeke...sian roy kena sengkang mata....

~atiqah--juga? hik..saya ada sedara artis lain ke??

~hanis--pandai...saya bantai ikut suka ati je ni...ni kira blog suka hati...thanks 4 d wish..saya akan sampaikan..

Reena berkata...

congrats utk cousin u...cehhh, pg pakai mask..bila amik gambar sempat lagik bukak..hehhehhe

Unknown berkata...

kamu bukan wartawan tapi tulis dh mcm wartawan dah
keje pun di kelilingi wartawan gak kan anil
kena lah tempias skit
anyway tahniah untuk ur kazen

Tanpa Nama berkata...

heheh tahniah ar kat die dan fmly kite!wahahahha
rugi xpat pegi!sbb ade xplorace kat uitm!mongek ar!heheh bes x?xpe ar anta wakil hanis la!hehehe

Tanpa Nama berkata...

Anil,

if x salah lah kn....iqbal ni pernah masuk rancangan murai apa tah nama nyer dgn artis dafi kn?? klu x silap i lah....kahaahahah
-watie

KAK RAINBOW berkata...

anil kamu berbakat menjadi wartawan. hehehehe :)

shapattnson berkata...

wahh dah mcm wartawan beritah harian hehehe syabas ..dan tahniah la ...malangnya sy tdk melihat rancangan ini.. apa pun sy sokong kata2 puan anil ilmu adalah penting tiada galang gantinye

shapattnson berkata...

erkk *berita hehehehe

susudalambotol berkata...

congratessss!
kalau dah minat tu mesti orang lain akan nampak bakat yang dia ada kan?

:)

orangorang berkata...

menarik blog anil. boleh saya link kn??

Unknown berkata...

wah tahniah diucapkan! rasanya family anil memang semua berbakat2 orangnya termasuk tuan punya rumah ni hihi :D

nurul aziyana berkata...

waa spupu anil ker?erm xbaper tgk pilih kasih tp 1st time tgk iqbal tu mcm muka dafi af plk..hehe

Bebybeb berkata...

dia ni pon (iqbal) yg guling-guling atas padang sampai magreb untuk iklan anak wayang astro kan?

iklan tu lawak n sempoi giler!

anil lutaze berkata...

~reena--kena paksa bukak...gugu gaga erra btol!!

~dayu--entahlah..ikotkan bila buat layout, sepatah haram pon x penah baca story..saya baca paper pon macam org lain gak..kdg bce kdg x..

~farah--happening dow..mcm org gile menjerit..dalah kelompok kite ada 3 baris jek..orang lain bergerombolan2 dr mcm2 negeri..hik...tp kita berjaya gak..hahak..

~wati--yelah kot..tp x suka lah..muka diorg x de lah sama sgt..n lbh baik x kaitkan die lngsong dgn dafi tuu..

~nurul--sikit2 jek...:p~

~sha--ilmu ilmuan tiang kehidupan..eh..agama sekali... hehe

~orang2--sila2

~ami--tuan punya rumah ni..bakat ape pon x tahu...hik

~yana--ouh..hurm..ramai org kata begitu..tp msg2 ada ciri2 berbeza

~hid--insyallah....attitude kena bgos..bru ada org nak minat

~ciare--yeke...saya x pong...hehe

anil lutaze berkata...

bebybeb--a'ah...hehe...gila iklan tu... :P~

Hafidz Kamaruddin aka HPP berkata...

talent pilih kasih hebat2, x slalu tgk tp mmg best program ni