Jumaat, 22 Mei 2009

Rumah gula rumah

Rumah kami syurga kami.

Akhirnya, aku bersedia mendedahkan rumah yang bakal didiami oleh kami. Sejujurnya, proses mencari amat membebankan. Kami berbeza citarasa dan pendapat, dan yang pastinya aku lah insan yang tak berapa cerewet itu. Asal ada balkoni, kabinet dapur, 1000 sq ft keatas, dan berada di sekitar lokasi pejabatku..itu sudah memadai (macam banyak saja syaratnya). Tapi beliau memang seperti biasa lah. Keinginan harus tercapai.

Bulan April lalu adalah bulan mencari kediaman idaman. Setelah banyak rumah yang ditolak bulat-bulat. Kami bertemu dengan tempat ini. Taman Desa memang kawasan idaman sampai bila-bila. Tetapi ingin bertemu kediaman yang sesuai agak payah. Beliau telah menetapkan mahu tinggal di CONDO..muktamad! ok..dan aku telah menetapkan dengan tegas jika mahu tinggal di condo, BALKONI harus ada ya! Huh..oleh begitu..faham sajalah.Sebab musabab aku mahu balkoni adalah kerana aku akan mempunyai ruang untuk bernafas dan bersantai sambil hirup udara segar dan minum kopi bersama suami tersayang (eceh..)..

Takdir kami akhirnya ternampak condo itu. Aik, 'cam bes je' .... Beliau yang terpandang dahulu. Tanpa berlengah terus hubungi nombor yang tertera dan membuat temujanji pada hari tersebut juga. Pertama kali memasuki kawasan tersebut, memanglah sangat tergamam dan perasaan enak tak dapat digambarkan..dan lokasi rumah yang bakal kami lihat itu adalah rumah pertama di blok hadapan sekali dan juga di tingkat pertama. Wah asyik!...

Tanpa didorong apa-apa.Kami lantas jatuh cinta dan terus kata. OK DEAL! Incik dd dengan teruja tapi tetap tenang..'Saya mahu'..




Pertama kali menjejakkan kaki


Rasa mahu terjun


Malam-malam boleh bersantai bersama suami di kerusi itu


Ini lah rumah kami (pokok-pokok tolong tepi)


Ruang tamu



Ruang makan


Bahagian ini aku paling suka



Almari ini untuk aku seorang..boleh..?



Balkoni yang indah untuk berehat



Ruang belakang pun ada balkoni..terbaik..
--lihat di sebalik grill itu, jalan depan condo dan pondok pengawal--
senang kereta saya mahu parking..depan rumah sahaja.



Rumah yang betul betul berhadapan kolam membuatkan aku gedik dan tak sabar mahu anjurkan
house warming..mari ber barbeque..Au!




Ciri-ciri yang menjadikan rumah ini tambah sempurna buat kami adalah
kerana terdapatnya penghawa dingin di ruang tamu, bilik tidur utama dan bilik tidur kedua,
Pemanas air di setiap bilik mandi..ouh..Sang suami kerja pagi..tidaklah beliau kesejukan di pagi hari.
kabinet dapur yang lengkap dengan dapur masak flat dan penyedot asap tu (maaflah..aku memang tak tahu nama saintifik barangan ini..almaklomlah jarang ke dapur.. ;P) ..tapi aku janji akan mula memasak untuk suami..hak,.
Ruang hadapan rumah yang kaya dengan pokok-pokokan (ibu pasti senang)
Balkoni yang boleh tahan luas
Almari tinggi menggunung di setiap kamar.
Parking kereta hanya di bawah rumah..suka..tapi untuk beliau ok..hik..namun, aku boleh parking di depan rumah..bukankah lokasi bertentangan pondok pengawal dan jalan..(mujur dapur yang bertentang jalan)
Dan yang paling menambat hati incik dd adalah bunyi mini air terjun tersebut. Kata beliau, balik rumah tenang saja sambil bersantai di balkoni.
Hanya mempunyai 6 tingkat, lif di sebelah kereta incik dd terus di depan pintu rumah.Aik.gemuk lah beliau.
Ciri keselamatan yang agak boleh tahan. Rumah tersebut ada pintu kecemasan di ruang belakang.

Kemudahan
Lot kedai hanya di dihadapan rumah
ada kedai barangan basah, barangan kering, dobi, kedai makan, salun (saya suka), dll lagi..

Lokasi
Kawasan sangat tenang dan aman
Mid Valley depan kawasan rumah, maknanya apa? maknanya pergi kerja tidak sampai 10 minit.

Pokoknya kami senang, gembira.Alhamdulillah.

**Perabot dah lama ditempah, tapi tiada masa lagi untuk menguruskan dan memindahkan apa sahaja ke rumah itu. Saya terpaksa dahulukan persiapan saya. Maaf ya incik dd.

35 ulasan:

Putri Ramlan berkata...

argh! cantiknyaaa! bestnyaaa! :D

hidden.wing berkata...

lengkap with aircond & water heater..best!!

papepun, taman desa mmg convenient :D

nurul aziyana berkata...

wah anil..mau xteruja..sonotnyer mahligai kamu..huhuhuh..sure rase nk balik umah jer kan..heheh slamat mendeco yer nnt

fizz berkata...

uwargh indahnya! yg penting almari tinggi tuh! hehehee

Shasha berkata...

waaa anil, cantiknya rumah tu...

Ija1202 berkata...

indahnya anil rumah kamu itu...bertuahnya...

my hidden stories berkata...

mcm best jerrr..sangat jeles dgn kamu...

Tanpa Nama berkata...

aduh..jelesnyeee...ehehehe...sgt santek ok!!! ish ish...suke betul... * de swimming pool adlh bonus terbesar* hiks...tapi musti la sewa nye pun berbonus2 ni...hahaha... *saya x mampu* =p anyway...selamat mendeco rumah idaman kalbu.. =)

AmyMizzunderstood berkata...

hades...bestnya...!!

~ iza ~ berkata...

tengok gmbr pun dah rasa teruja..
kalau dpn2 mata, makin la excited..

tp bak kata amy_wan, sewanya pun mesti berbakul2 gak ni..huhu..

Shikin Hambali berkata...

memang heaven...memang haven....

heheehehehehhheeh for more tips, please contact your interior designer friend (gua la beb) to make your blessed home, er more blessed?

:P

achmal berkata...

memang sgt indah rumah gula kamu.saye juga teruja nak memiliki rumah sebegitu. tapi ngak mampu sihh hehe~

selamat mendeco umah.
hehe kalau bleh siap sketch haha
kate GD :P

dhila berkata...

wah..anil amat teruja sy tgk umah kamu tu. santek bangatttt. tp mst sewanye mahal. x mampu gue.. leh la ajak kwn2 blogger dtg umah kamu.bertuahnye badan....

nanonano berkata...

bes glerrrr !!
kat ktn nk cari flat pun payah,
inikan condo
:p

Unknown berkata...

bestnya umah dia!!!
bestnya
dayu jeles..dayu jeles
umah kitaorg..aircon kena beli sendiri
heater pun kena beli sendiri

nak umah mcm anil
tp sewa mcm yg kat bukit jalil
bole?? mana nak dpt??

Sofia berkata...

anil! santek nyeeee.... nak jugak environment sebegitu! romentik jeee.

goblogbyfarah berkata...

cantiknyaaaaaaaaaa!!!!
nyamannnn jaaaaa...

[ Hanie ] berkata...

Ini dah bagaikan istana ni :D Lucky both of you. Ade lagi yg kosong tak? bolehkah kita berjiran?:D

Nariko berkata...

cantik weh.. u beli or sewa ni? but its a good deal lah! lengkap with kabinet semua.. sure tak sabar nak mulakan hidup baru bersama suami. :)

Health is wealth berkata...

yeyy!! nanti buat house warming cepat2 tau... kami menanti ;p~

fana berkata...

warghh jelesnye.. syantik! rmh awak anil!

myheart berkata...

wow..canteknyeee..mcm hotel pon ade...=)

jijie berkata...

anel, aku maseh tercari2 lokasi sebenar bakal kediaman anda..sungguh, ia wujud di pelusuk tmn desa nih????
huuhu..siyess, best!!
house warming sila jgn lupa ak.
ngeh2

Shasha Athira Shaharuddin berkata...

AWAK.. SERONOKNYAAAA! JELESSS!

Teyn berkata...

OMG CANTIKNYAAA!!! BESNYAAA!!! JELESNYAAA!!! mmg rumah idaman siod. tenang dan romantik gitu ;)

AinuLFadZ berkata...

nice home..tp saya dh taknak dok condo dah.dah 2thn dok condo.nak cari umah teres pulak.anyway selamat mendekorasi umah awak.

sweet cravings berkata...

anil! bestnyeeeeeeeeeeeee!! tahniah untuk rumah baru kalian~~ :) saya tumpang gumbira!

xeea berkata...

yg penting, balik rumah, hati tenang, kan?

sy pun tiap mlm suke jiwang2 dgn husband kat balkoni sambil tengok amoi seksi pakai bikin mandi kat pool. hee

mesti awak dah tak sabar2 kan :p

anil lutaze berkata...

~putri--ahak..

~WLT--yupe..dats true..

~aziyana--deco2an kna tggu mjlis le gamaknye

~fizz--ya..haha...saya mmg gemar tang tu

~kak sha--ihik..bolehla

~ija--alhamdulillah

~miss hidden--jgnle cmtu..yg pntg hidop brsama x kire dmana kn

~amy--incik dd ada rezeki sket2.saya tumpg je..

~amy--hadeh..kmu kena cubit kah.. ;P

~

anil lutaze berkata...

~hariza--bakul tu cam besar je boleh taruh? hik...

~cikin--boleh2..tp bg2 dgn kakak saya..nnti die kecit ati..die pun interior dsgnr...hik

~kemal--kt kluang lg byk umah bes2 dan brpatotan k

~dhila--haros saya ajak..nnti saya announce house wrming k

~nano--kt klntn byk rumah bsr2 ..byk tanah..sbb itulah..uhuk..org sana kekayaan..

~dayu--xpe..awak dpt rumh teres..gile best bangat..kalau lah umah awak tu boleh bwk pindh sini..msti saya mau jgk.

~amy--meh dtg cni..kite mandi2an..

~farah--aah..byk pokok..jgn byk nyamuk suda

~hanie--adee...kt atas saya kosong rsanya..

~nariko--sewa je buat msa skrg..hik..

anil lutaze berkata...

~hafifi--saya pon sgt menanti wktu itu..ko bkr ikan k..hik

~Farhanna--bkn rumah saya..rumah tuan rumah..kami hanya penumpg aja.. ;P~

~my heart--mini hotel boleh?

~jiji--ahak..ni namenya privacy..sbb tu ko x jmpe2..wei..ko lah insan yg jd ajk house wrming nnti..kena ke jmpot??

~shasha--meh kite serunut..

~tintin--nnti dtg k..leh kite swimming sesame

~ainul--hi..kami ada perancangn sndiri..maka hopefully m'ikot flow yg drncg..x nk tergesa2..nk nikmati kesemua yg haros dinikmati oleh suami isteri..n x nk hilg any moment pon.. we love dat.. ;D

~ myra--tumpg gembira je? tumpg lepak pon bole..

~xeaa--yupe2 ...enviromentnya yg priceless tu..amboi**suke tgk amoi seksi er..hak...

dialicious berkata...

alamak..saya dh ketinggalan..cantikla tmpt ni..rase mcm nak tumpang bercuti.hehe..awak sewa ke?mesti mahal ribu2 kan sebulan?

Aaron berkata...

Hi, discovered your blog from my wife's friend. Welcome to Desa Villa. I also bought a unit in Block A and moved in with my wife after our wedding earlier this year.

It is a wonderful place and the people here are also very nice. No complains so far. So I hope you will love the place and happy decorating and building a home for yourselves. And the location is so central, I also work in MidValley LOL :D

Will say hi if we ever bump into each other ;)

Riena berkata...

wahh.... sangat jelesnyaa.. cantik dan aman sekali...

shapattnson berkata...

sangat best rumah gula kamu ..ada lagi kosong ..hehehe