Rabu, 29 Disember 2010
Ren-da Bellezza SUPER DUPER YUMMY 2011 PACKAGE PROMO
Selasa, 28 Disember 2010
ANIL Lutaze is BACKKKKKKKKK
Rabu, 14 Julai 2010
Bukan Hatiku-BABAI
Haaaaaa....Kan ku bilang ada ole ole tu kan...Hahahahahahahaha..ole2 tu memang horror sebenarnya. Aku bercadang mahu rakam suaraku untuk anda semua.. Walaupun menggunakan khidmat studio rakaman yang mantop.. namun setelah didengar beberapa kali..hahahaha... memang tak mantop ponggg... failed!!! kensel... Aku memang tak dengar dah.. Bukan apa, tempo lari, pitching ke sungai gangga. Takmo takmo.. Akhirnya bercadang..apa kata anda dengar saja lagu daripada penyanyi nya yang sebenar. Lebih merdu dan menusuk kalbu. Rakaman ni dilakukan di studio adik aku dinyanyikan Ain secara live bersama gitarnya sahaja. Ciptaan sendiri oleh beliau.
Punca aku mahu bagi lagu ni sebagai ole-ole..kerana liriknya yang siokk.. Aku seperti berada di dalam keadaan itu bersama anda semua. Tak semestinya dengan pasangan je kan..
Oleh itu ... Nikmatilah lagu yang indah ini (AIN-BUKAN HATIKU)
**Ditujukan dan diupload di youtube seterusnya disini khas untuk anda semua tauuu.................. selepas itu privasi ya allll!!!!
TATA..Hingga ketemu lagi.. Muahhhh!!!
Jumaat, 25 Jun 2010
Maaf
Ya, aku masih belum memprivasi kan blog ini
Punca... Aku tidak berjumpa dengan waktu yang ingin aku luangkan untuk blog ini
Sebelum apa apa pun, aku ingin ucapkan maaf sekiranya anda tidak dapat membuka blog ini nanti
kerana invitasi hanya boleh diberikan kepada 100 orang sahaja.
Dan aku terpaksa memilih.
Dan juga orang terpilih itu akan diberi keutamaan pada rakan rakan
Maafkan aku terpaksa berbuat sebegini.
Aku tiada pilihan
Apa pun terima kasih kerana sudi menjadi sebahagian daripada blog ini.
Anda juga telah menceriakan hidup aku sebelum ini dengan komen komen yang menyentuh, mencuit dan mengguris hati selama dua tahun ini
Andai tiada perpisahan alangkah bagus
Tapi apakan daya
Masa merubah
keutamaan berubah
manusia juga berubah
Privasi hidupku juga berubah
Aku harap aku dapat melaksanakannya secepat mungkin
Berharap pada minggu hadapan selewat-lewatnya
Ada ole2 buat kamu semua sebelum ia diprivasikan
Insyallah
Doakan ya
Sampai ketemu lagi
**Usia perkahwinan kami telah setahun Alhamdulillah**
Rabu, 9 Jun 2010
PERHATIAN SEMUA!!!!
Untuk pengetahuan anda.. Begitu banyak beruk-beruk yang telah menyalahgunakan kebebasan pembacaan percuma yang aku berikan selama ini. Dengan kepercayaan bahawa hanya anda-anda kawan aku sahaja akan ambil pusing blog ini. Setelah 2 tahun, akhirnya ia telah dinodai oleh beruk-beruk yang tidak bertanggungjawab dan kini masanya untuk kawal dan sekat kebebasan itu. Oleh yang demikian,
kini aku berharap anda2 kawanku selama 2 tahun di blog ini sudi2kan beri email untuk invitasi.
Aku terpaksa letak ciri-ciri dibawah ini sebagai inisiatif keselamatan agar tiada beruk-beruk yang akan terlepas. HELL TO THE NO!!!!!
Sila berikan email anda di ruang komen
berserta link (penting untuk ku tahu blog anda)
dan aku perlu tahu pekerjaanmu (penting juga..jika malu, email saja padaku)
emailkan
a.xteqs@gmail.com
PS: DALAM MASA SEMINGGU BLOG INI AKAN DIPRIVASI KAN!!! WUHUUU!! HAMEK KO BERUK BERUK SEKALIAN. KO TAK BOLEH STALK, GANGGU DAN MENGGUGAT KETENTERAMAN AKU LAGI!!!!! GET A LIFE LAH WEYHHHH!!!!
Selasa, 8 Jun 2010
RUGI IF TAK BACA II VOTE PULAK
Isnin, 7 Jun 2010
RUGI IF TAK BACA
ok..sebelum tu review di bawah ini bukan tulisan ku okeh
KENAPA ANDA TAK PERLU MENONTON FILEM LAGENDA BUDAK SETAN
see. CAPS. maksudnya aku tengah emosi. maka, filem ini akan direview oleh aku dengantanpa kasihan langsung.
cinema almost full. siap diorang bukak panggung first lagi and itu lah cinema paling besar dalam GSC tu. and aku macam dapat rasa aura semua ada high expectation untuk filem LBS ni. tapi, in the end serius aku rasa frust gila babi. semuanya tak berkesan kat hati aku. semuanya tak seperti yang aku harapkan. mari review para pelakon dulu.
Farid Kamil (Kasyah)
well, macam yang aku cakap sebelum ni. aku memang tak berkenan si FK ni jadi Kasyah.aku cuba cintai watak dia. CUBA ye. CUBAAAAA lihat dia sebagai Kasyah! malangnya, tiada aura Kasyah pun weh. seriusly. ni untuk aku lah. si FK ni tak baca novel dulu ke before lakonkan watak Kasyah tu ha? ke memang dia tak layak langsung jadi Kasyah? bila aura Kasyah dah hilang, apa lagi yang kau nak harapkan dalam filem ni?
Lisa Surihani (Ayu)
beliau menjayakan watak Ayu dengan agak baik. memang sesuai gila lah watak Ayu dengan dia. lemah lembut, ayu. cantik apa semua. MALANGNYA, she was trying soooooooooooooo hard bila part sedih-sedih, marah-marah malangnya 1 pun tak berkesan kat hati aku. kalau ye pun air mata kau tu palsu, kasi real la weh. bengang gila. ni dah la air mata palsu, nangis pun macam buat-buat. nasib beliau lawa. lawa gila!
Que Haidar (Azmi)
watak mamat ni asyik menjerit je ha. hahaha. tapi memang berkesan lah watak Azmi ni. memang pemarah, kaki pukul semua. terbaik lakonan dia. lagipun watak-watak jahat semua tu memang dah biasa beliau lakonkan. so, tiada apa yang luar biasa.
Shikin apaentahnamadia (Ayu-2)----Amelia (anil yg tulis ;p)
beliau ni pelakon baru. sorry to say, lakonan beliau hanya men-spoilkan watak Ayu yang telah diperbaharui wajahnya. macam kaku. macam tak menjiwai watak Ayu yang mencintai Kasyah. dan watak dia masa hilang ingatan tu lagi tak boleh blahhhhhhhhhhhh!
Fazura (Katherina)
dia ni lah watak yang paling lekat dalam otak sebaik saja aku habis tengok movie ni. sebab dia lawa gila hahaha. tapi aku tak pandang fazura sebagai Kate. aku nampak dia sebagai “dia sendiri”. tiada elemen Kate pun yang dia jayakan.
Raja Farah (Suzana)
LOL. minah ni menangis fake gilaaaaaaaaaa! tak banyak yang aku nak huraikan watak dia sebab ada beberapa slot je pun scene dia. tapi watak dia biasa-biasa ja lah.
boring.
mengantuk.
watak semua tak berkesan.
fake.
masa mula-mula cerita, aku macam rasa best sikit part Kasyah letakkan cicak dalam coke,part diorang kenakan cikgu Loga dan Siti. masa tu ja aku rasa best. dan 2 part tu saja yang menunjukkan KESETENAN si Kasyah. hoi! 2 peristiwa saja okayyyyy! jadi apa motif kau buat filem LBS kalau benda2 setan kau buat 2 je? 80% semua plot cinta. mana elemen2 persahabatan antara Kasyah, Sapi, Man dan Cincai? dan aku hampir-hampir lupa Kasyah ada 3 orang kawan dia. plot diorang sama sangat sangat sangat sikit! siapa Sapi, siapa Man, siapa Cincai pun aku tak tahu! dalam movie ni, semua berlakon pakat tak sebut nama.
ada 1 part agak tak logik.
part Ayu bagitau Kasyah yang dia dah terlanjur dengan Azmi. suppose moment itu jadi sedih sebab Ayu memang nak tinggalkan Kasyah sebab Azmi datang balik. TAPI dalam movie tu, lepas je Ayu cakap dia pernah terlanjur blablabla kat Kasyah, terus diorang dating bercinta-cinta, peluk2. doesnt make a sense! ikutkan, masa tu memang Ayu dah tinggalkan Kasyah. surely lah part sedihhhhhhhhh. tapi jadi kelakar pulak.
part muka Ayu terbakar.
sumpah lawak time niiiiiiiiiii! padahal, masa dalam novel nangis2 aku baca part Ayu nak ubah wajah dia. masa ni, muka Ayu memang teruk terbakar dan habis berbalut muka dia. plus dia mcm pakai shawl kat kepala dia. tak tahu apa motif. aku yang tengok muka dia pun punya gelak gilaa T________T. mamat-mamat yang duduk depan aku semua cakap”macam hantu bungkus” hahaa. lawak muka Ayu time tu. dan aku rasa moment tu patut jadi antara moment yang tersedih. malangnya,aku ketawa tengok muka Ayu macam hantu bungkus dah.
plot-plot cerita.
inilah yang paling berbaloi untuk menitiskan air mata berdarah. messy gila jalan cerita dia. kalau kau tengok movie ni, kau akan dapat rasa semua plot ada tiba-tiba.
- tiba-tiba Kasyah jumpa Ayu terus bercinta.
- tiba-tiba lepas kahwin, terus Ayu kena pukul dengan Azmi,then Ayu terus accident.
- tiba-tiba mak Ayu-2 (merujuk Ayu yang telah berubah wajah) datang rumah nak duduk dengan Ayu,then Azmi datang pukul Ayu, terus hilang ingatan.
- tiba-tiba jumpa Kate,kerja dengan Kate and masa wedding Kasyah dengan Ayu, Kate datang siap sedih-sedih! masalahnya,sebelum tu takde pun tunjuk part Kate suka Kasyah?
- tiba-tiba Kasyah kena pukul dengan Hisyam then Kate marah Hisyam.sedangkan Kasyah dengan Kate takde tunjuk aura-aura bercinta pun. jadi, mana relevannya Hisyam nak pukul Kasyah?
TIBA-TIBA kat sini maksudnya, out of nowhere tiba-tiba ada plot ni. tak sempat nak feeling yang sebelum tu pun.
aku agak director filem ni (Sharad Sharan) dah bajet agaknya semua orang pernah baca novel Lagenda Budak Setan. macam kawan aku tadi, dia agak tak berapa faham dengan jalan cerita ni. bila aku dah terangkan macam dalam novel, baru dia faham. kalau tak, dia sendiri tak tahu yang Ayu saja reka-reka cerita dia dah terlanjur dengan Azmi sebab taknak Kasyah taruh harapan pada beliau. kalau tak, kawan aku takkan tahu yang Kate dan Kasyah pernah suka satu sama lain and that’s why Kate sedih masa Kasyah kahwin dengan Ayu. dan siapa yang tak baca novel ni takkan tahu yang Ayu sebenarnya dah pulih ingatan balik sebelum dia meninggal (masa dia tumpah darah lepas lahirkan anak dia)
aku tahu bila filem diadaptasi dari novel, memang tak mungkin 100% sama. tapi, aku rasa disebabkan 100% tak samalah, aku frust gila bila tengok. sejam pertama pun dah boring gila. mungkin sebab larut sangat dengan novel dia :) sayang, karya Ahadiat hancur macam tu ja. filem ni tak boleh dijadikan Lagenda langsung sebagaimana novel diaT_____________T
FK gagal menjiwai watak Kasyah sebagai pencinta wanita yang paling setia. gagal menjiwai watak setan Kasyah. gagal jadi gangster. gagal jadi presiden dalam group kawan-kawan diorang yang anti perempuan. dan yang pastinya, FK memang gagal untuk menjadi the real Kasyah dalam novel Lagenda Budak Setan.
ini review ikhlas dari aku. aku tak reti nak review dari segi gambar ke, penataan cahaya ke, apa menatang ke. yang pastinya, 3 tahi bintang untuk filem LBS dari 10 tahi bintang. jangan terpedaya dengan review emosi aku. (sila abaikan title entry hahaha) korang pergi tengok sendiri. kalau sependapat dengan aku, boleh lah share dengan aku ok? :)
setakat ni aku tak jumpa lagi review yang cakap LBS ni best gila sampai kena tengok 8 kali kat wayang LOL. walau apa pun, OST dia memang terrrrrrbaik!oh ya, durasi filem ini 2 jam ye. selamat menonton! :)
Sharad Sharan, jangan sambung bahagian 2. i am begging you!
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Kredit kepada DIA NI
Aku banyak bersetuju dengan minah ni punya review.. tulus dan ikhlas walaupun kejam
Tapi ada jugak sesetengah yang aku tidak bersetuju.. seperti adegan Kate menangis bila Kasyah beritahu beliau akan berkahwin. Hurm. Secara rasionalnya, tak perlulah semua adegan hendak ditonjolkan seperti Kate suka pada Kasyah. Faham-faham sendiri sudah. Sebab Kate memang tunjuk sangat yang dia ambil berat pada Kasyah dan jelas-jelas suka lah kan. Tak kan lah pi basuh kencing Kasyah tu konon nak buat kerja amal bukan??
Dan juga semua orang seperti tidak boleh terima kenapalah si Sharad Sharan ni buat filem ni???? Yelah helloooo... DIVA dan Tipu kanan kiri tu memang hahahaha ok!! FYI, mamat ni lah yang offer diri pada Ahadiat untuk arahkan filem ini??? SO... suka atau tidak, kalau tak...tiada siapa pun mahu arah filem ni.. ataupun novel ni akan terus berkubur hingga ditelan zaman.
Bak kata aku..... kalau tak kerana Sharad Sharan ni.... tak siapa tahu pasal LBS ni kepada mereka tak baca novel.. Maka.. salahkan Kabir Bhatia kenapa dia tak pernah baca novel LBS dan tawar diri untuk arahkan filem ni... Aku kata begitu sebab sungguhlah ramai manusia yang persoalkan kenapalah bukan Kabir yang direct...BTW u should thanks to Sharad.. Walaupun filem ni memang gagal dari jalan cerita... FAILEDDD WEY!!!!!!!!
Maka, aku faham dengan rayuan minah itu---Sharad Sharan, jangan sambung bahagian 2. i am begging you!
Tetapiiiiiiiiiiii.. LBS ini sedang menjalankan penggambaraan drama pulak!!!
NANGISSSSSSS T_____T
pssttt: AMARAN KERAS kepada anda berumur 25 tahun ke bawah yang ingin mengatakan..Aku tak baca novel dia pun!!!!Ada aku kisah! FYI, novel ini aku baca ketika aku berumur 13 tahun dan sekarang aku berumur 27 tahun. Maka, mustahil kanak-kanak berusia 11 tahun kebawah baca novel cinta remaja ini ok. Kalau baca pun besar rahmat... So, tak perlu tunjuk cool!
Khamis, 3 Jun 2010
JUNE: THE LOVE MONTH
Isnin, 31 Mei 2010
Jemari Halus?
Selasa, 11 Mei 2010
BBQ Lagi
Berpiknik untuk makan tengahhari yang dimasak oleh Encik tertonggeng itu. Hebat bukan? Makan sambil rasa ngeri kerana diancam bunuh oleh Kerengga2
Menginap di Mayangsari Resort. Boleh tahan apartment ini!!
Melompat kijang akibat feeling sunset
BBQ secara manual dan tradisional. Terasa seronok **Yelah tu** haha
Inilah game kelolaan CikSenah dan Viviana. Lihat. bermati2an lelaki2 ini cuba menewaskan pisang
Wahh..lihat pasangan yang jauh di depan itu..Kacak bukan
Tapi aku kalah dicabaran masukkan jarum dalam benang....Grrrr.. Sebab tu den memang tak pandai menjahit
Kemudian acara yang dinanti...Wuhuu... Seprais for besday boy lah weyy
Kek cawan buatan kakak diatas tu dan Tuan Pengerusi.. Auww. manis seperti gula2..**memang cupcakes manes pong*
Waahh..dapat jersi Sepanyol nampak? Ah!!! takde2. Jerman mesti menang. Kalau tak, tidur luar... ;P
Team baru yang layak ke Piala Dunia
Penyampaian hadiah. Tapi aku memang nak curi hadiah ni... Gila wey, aku nak duduk atas bulu merah ni pon sayang.. lagi kan nak kus kus.
Kami dapat tabung..whut? tabung???deyum
Habuan besar untuk semua orangg
tapi bukan semua berpuas hati dengan ganjaran besar ni. Tuan Pengerusi mahu terjun bunuh diri akibat terlalu benci di hujung sana tu, isteri beliau lari tak pakai selipar ke 7E untuk beli plaster kepala bersama kak Haidar, Yuyu layan tv untuk melupakan kekesalan dihati. maka yang ini saja bertuah.
psss..lakiku tak menyedari santapan durian?? jawapan di entri akan datang kalau ada.
Esok paginya. Suasana sungguh indah dari anjung. Indah kerana aku kerja. Great
Ini bukan pondok untuk perbualan ini 'Hey?? buat apa ni? dah kahwin belum?'
Tak sempat pun nak bercanda di pasiran kolam
Walaupun 1 hari saja. Tapi oklah dapat lari dari kesibukan kota yang melemaskan tu (cit..ayat novel).. Cuti tak dapat ambil sebab mahu simpan untuk yang lebih gumbira lagi. Walau apa pun, suami kelasss dapat menyambut harijadi seperti ku sebanyak 3 kali. 3 kali makan kek. woww.. Sekali dari ku hanya untuknya, kedua seprais party oleh keluargaku di Tanjung Puteri, Hartamas. Open table stemboat tu.. ramai juga sedara dapat hader. terkejut den. Terima Kasih Abah sebab belanja. Akhir sekali, oleh rakan rakan kami. Wuuu.. Suami terharu gitewww.
Bahek. Sekian saja buat kali ni. Nanti sambung lagi
ADUH!
OK2.. janganlah baling kasut, sakitlah...Ye!!!! aku tak tipu..nanti hapdet lagi...SUMPAH!! **crossing fingers** DUSH! @_@ mata lebam.
Rabu, 5 Mei 2010
Maaf> Mari cuci mata
Aktiviti memang banyak beb!! serius.. tapi ku tak punya masa untuk berblog. Nafsu pun semakin kurang lantaran lambakan kerja yang macam2.
dan di bawah ini juga salah satu kerjaku jua untuk Ren-da Bellezza
Mari tonton 5 dulang hantaran dari Fendi kepada Sarah untuk majlis pertunangan mereka.
Sekian saja..Insyallah, jika ada rezeki lagi, akan dipaparkan update2 terkini daripada Ren-da Bellezza..
Jika ada yang berminat boleh email ke a.xteqs@gmail.com
*** Esok, insyallah...akan update tentang dunia realiti daku k.. Wassalam
Jumaat, 23 April 2010
Pengantin Warga Tua
Ok. Seperti malu tidak malunya muka aku yang pegang tittle warga tua dalam arena pengantin baru ini. Dengan wajah malu2 ayam, keudara lah juga gambar-gambar sekitar majlis perkahwinan aku pada zaman dahulu kala. Sungguh zaman batu. Itulahh... kalau dah tak mengikut peredaran zaman, maaflah. Tapi zaman Mesolitik boleh dibuat kajian sejarah kan?
Marilah tonton filem klasik di bawah ni haa...
Sukaa...senang hati apabila tengok cincin kami terang tanpa bersuluh