****memasak setelah menjadi isteri maksud akuHuuu...sekiranya anda membaca, tolonglah jangan menggelarku isteri yang agak lambat bertindak atau apa-apa sahaja jenis-jenis atau kategori yang sinis...hahaha...
(elleh..sukahati lah jika anda mahu bilang apa sahaja..nama pun negara mengamalkan sistem demokrasi)..
Aku bukanlah seorang yang berjenis pakar memasak atau
'terror' memasak..Ouh..tidak..tidak..tidak... Ibu adalah seorang pakar memasak yang diketahui umum
(umum=insan2 yang mengenali).. Jadi, jangan salahkan daku jika aku tidak dikurniakan kebolehan memasak..Sebab musabab kerana ibu sangat hebat memasak, jadi anak-anak pun hanya tahu tadah mulut dan perut...Yum..yum...
Dan aku tidak lah merasakan Incik dd malang kerana beristerikan aku..
(u'r too harsh anil)...yes..i know...
(namun aku aku ada ciri-ciri kualiti lain)...hehehe
Setelah sebulan seminggu menjadi isteri beliau. Maka dengan rasminya, aku telah memasak masakan pertama...Hahaha... Maaf...alasan saya sangat kukuh..walaupun mungkin ada yang kata
'ellehh...alasannn..' Rumahku ini mungkin tidak sama seperti rumah orang lain..maksud aku kondo ini. Di sini tidak dibenarkan memasang gas, mungkin tak berkenan macha tong gas keluar masuk sini kot..
Jadi setiap rumah disediakan saluran gas yang dipasang daripada satu salur sahaja...seperti Astro di sesetengah kondo atau apartment.. jadi, sesi temujanji untuk pemasangan yang ditempah sejurus kahwin hanya dapat dipasang pada 23julai lalu. Sebulan baru kami merasa normal seperti rumah orang lain. Alasan mereka, harus ikut giliran , kerana Gas Malaysia adalah satu-satunya yang mengendalikan pemasangan seperti ini. Adoi...Astro pun satu hari je.
Maka, dengan rasminya, 27julai baru dapat memasak ekoran kesibukan waktu bekerja yang tidak kena masa dengan waktu suamiku.
Awal-awal ku sudah katakan padanya bahawa aku tidak pandai memasak. hanya boleh saja.
Jadi, ini lah masakan pertamaku untuk suami setelah bergelar isteri
Siput sedut masak lemak cili api Ikan cencaru sambal sumbat, simbah
(apa punya nama daa.. resepi ibu)Sawi goreng (agaknyalah..rupa kenal..nama kurang tahu)
Kegemaran beliau sampai bila-bila ... ;P~ Incik dd suka tapi cencaru itu terlebih masin...uhukkk..konon berlagak pandai tak merasa dahulu..
Esoknya keluarga kata mahu datang, bersilat aku di dapur memasak sambal tumis udang, ayam goreng dan sup sayur..Abah kata sedap....tapi pedas...jadilahhh...
(maaf..aku gila pedas)Yang pastinya...aku bukan dikategorikan sebagai pemasak, tapi masih boleh dipertingkatkan lagi...dan kerana
jijie mendesak untuk membuat entri masakan pertama yang mungkin jadi memori..Maka, aku akur saja...dan mungkin ini sahaja entri masakan dari aku..kerana..hari-hari kena memasak jadi tak lalu lah jika mahu muat turun dan bercerita tentangnya selalu kecuali jika masakan hebat dan istimewa..Nasi ayam mungkin?? hebatkah??