Rumah kami syurga kami.
Akhirnya, aku bersedia mendedahkan rumah yang bakal didiami oleh kami. Sejujurnya, proses mencari amat membebankan. Kami berbeza citarasa dan pendapat, dan yang pastinya aku lah insan yang tak berapa cerewet itu. Asal ada balkoni, kabinet dapur, 1000 sq ft keatas, dan berada di sekitar lokasi pejabatku..itu sudah memadai (macam banyak saja syaratnya). Tapi beliau memang seperti biasa lah. Keinginan harus tercapai.
Bulan April lalu adalah bulan mencari kediaman idaman. Setelah banyak rumah yang ditolak bulat-bulat. Kami bertemu dengan tempat ini. Taman Desa memang kawasan idaman sampai bila-bila. Tetapi ingin bertemu kediaman yang sesuai agak payah. Beliau telah menetapkan mahu tinggal di CONDO..muktamad! ok..dan aku telah menetapkan dengan tegas jika mahu tinggal di condo, BALKONI harus ada ya! Huh..oleh begitu..faham sajalah.Sebab musabab aku mahu balkoni adalah kerana aku akan mempunyai ruang untuk bernafas dan bersantai sambil hirup udara segar dan minum kopi bersama suami tersayang
(eceh..)..
Takdir kami akhirnya ternampak condo itu. Aik,
'cam bes je' .... Beliau yang terpandang dahulu. Tanpa berlengah terus hubungi nombor yang tertera dan membuat temujanji pada hari tersebut juga. Pertama kali memasuki kawasan tersebut, memanglah sangat tergamam dan perasaan enak tak dapat digambarkan..dan lokasi rumah yang bakal kami lihat itu adalah rumah pertama di blok hadapan sekali dan juga di tingkat pertama. Wah asyik!...
Tanpa didorong apa-apa.Kami lantas jatuh cinta dan terus kata.
OK DEAL! Incik dd dengan teruja tapi tetap tenang..'Saya mahu'..
Pertama kali menjejakkan kakiRasa mahu terjunMalam-malam boleh bersantai bersama suami di kerusi itu
Ini lah rumah kami (pokok-pokok tolong tepi)
Ruang tamuRuang makan Bahagian ini aku paling suka Almari ini untuk aku seorang..boleh..?
Balkoni yang indah untuk berehatRuang belakang pun ada balkoni..terbaik..
--lihat di sebalik grill itu, jalan depan condo dan pondok pengawal--
senang kereta saya mahu parking..depan rumah sahaja. Rumah yang betul betul berhadapan kolam membuatkan aku gedik dan tak sabar mahu anjurkan
house warming..mari ber barbeque..Au!
Ciri-ciri yang menjadikan rumah ini tambah sempurna buat kami adalah
kerana terdapatnya penghawa dingin di ruang tamu, bilik tidur utama dan bilik tidur kedua,
Pemanas air di setiap bilik mandi..ouh..Sang suami kerja pagi..tidaklah beliau kesejukan di pagi hari.
kabinet dapur yang lengkap dengan dapur masak
flat dan penyedot asap tu
(maaflah..aku memang tak tahu nama saintifik barangan ini..almaklomlah jarang ke dapur.. ;P) ..tapi aku janji akan mula memasak untuk suami..hak,.
Ruang hadapan rumah yang kaya dengan pokok-pokokan
(ibu pasti senang)Balkoni yang boleh tahan luas
Almari tinggi menggunung di setiap kamar.
Parking kereta hanya di bawah rumah..suka..tapi untuk beliau ok..hik..namun, aku boleh parking di depan rumah..bukankah lokasi bertentangan pondok pengawal dan jalan..
(mujur dapur yang bertentang jalan)Dan yang paling menambat hati incik dd adalah bunyi mini air terjun tersebut. Kata beliau, balik rumah tenang saja sambil bersantai di balkoni.
Hanya mempunyai 6 tingkat, lif di sebelah kereta incik dd terus di depan pintu rumah.Aik.gemuk lah beliau.
Ciri keselamatan yang agak boleh tahan. Rumah tersebut ada pintu kecemasan di ruang belakang.
Kemudahan
Lot kedai hanya di dihadapan rumah
ada kedai barangan basah, barangan kering, dobi, kedai makan, salun
(saya suka), dll lagi..
Lokasi
Kawasan sangat tenang dan aman
Mid Valley depan kawasan rumah, maknanya apa? maknanya pergi kerja tidak sampai 10 minit.
Pokoknya kami senang, gembira.Alhamdulillah.
**Perabot dah lama ditempah, tapi tiada masa lagi untuk menguruskan dan memindahkan apa sahaja ke rumah itu. Saya terpaksa dahulukan persiapan saya. Maaf ya incik dd.