Jumaat, 27 Mac 2009

Dulu dan sekarang

Dulu dikala budak-budak, majlis perkahwinan hanyalah fairy tale bagi aku, dan percaya atau tidak, majlis perkahwinan dahulu tak sama seperti sekarang, dulu tak ada blog, tak ada internet, tak kurang juga perancang perkahwinan..Dulu, bila tahu nak kahwin saja, apa lagi menjajau cari mak andam, mak andam lah sediakan semuanya...pengantin pun tunjuk saja apa yang suka dan cantik di matanya bila disuakan dengan album pengantin kesemua kerja mak andam tu, kalau sesiapa dari bandar, anak orang kaya sikit, maka... ada sedikit lah citarasanya...majalah pengantin senaskah dua di pasaran itu jugalah yang jadi rujukan...

Gambar hiasan


Tapi kini berbeza, kita dah ada blog, ada internet, pesta perkahwinan dan majalah perkahwinan yang melambak di pasaran...Pada yang malas nak fikir sikit, lantik saja perancang perkahwinan, kini sudah ada Pak abu, Naz Great Idea, Lynda Rahim dan macam-macam lagi.. Pengantin kini mempunyai citarasa yang tinggi, bukan selebriti pun tetap boleh melantik perunding perkahwinan untuk artis.. Begitu juga fotografi, videografi, busana..dan yang pastinya..bukan golongan berada saja yang mampu, orang biasa pun boleh pakai khidmat Manggis tau..jangan tak percaya..Kalau tengok video pengantin sekarang dah tak macam dulu pakai video cam, video sekarang ni kalau tak macam segmen dalam Nona tak sah..macam dalam TV ok.. Oh, tidak kah anda terfikir betapa bertuah nya kita berada di era ini..


Gambar hiasan
Foto kredit-KidchanStudio


Kesinambungannya, aku bersyukur berada di era ini kerana kelebihan-kelebihan diatas cukup membantu kita merancang majlis perkahwinan idaman kita...seperti ini.. Ia sudah lama berada di folder pendrive aku, yang penting aku sukanya..sebelum aku memilih warna tema lagi. Mungkin sudah seperti ada hubungan kimia antara aku dengannya, maka ia berada dekat di hati aku, walaupun aku sebenarnya bukan peminat warna ungu.. Ternyata, dia yang sukakan aku...hahaha..perasan..






Ia sangat sesuai dengan tema majlis aku, walaupun Lilac, tapi mahu juga sentuhan warna ungu terang ini....Mahu ia berada di kamarku...


Berjayakah??

10 ulasan:

eza2odette berkata...

anel, awat nya hang letak gambaq kaq pah kat ateh nu? Tak credit nama kaq pah pon ang, haih..loqlaq na

hahaha...anell, terus2 membuat research.yay..best student~huu

anil lutaze berkata...

kak pah jiran umah ko er...

best student..uit..4.0 dapat x..?

amy berkata...

another 2 months to go kan??
so how ur preparation??
lilac tu sangat comey..and purple yang terang itew color berani..tapi tetap tantek!!apply sket2 jek..okeh..

bayu berkata...

yeah..smoga berjaya bebeh...chayok! chayok!

FAD RMLN berkata...

kalo sume kaler u soft/pastel je pun xmenarik jugak. Skit2 ade kaler yg vibrant/terang skit oke je. Tambah seri kate org kn. Adelah variation skit. :)

nanonano berkata...

pastu tpikir lak,
cmne la zaman2 ank2 kite nanti??
alamatnye mmg kene start kompol wet dr skrg tuk majlis yg grand2 ank kite sok2..
ehh mcm over je pikir,
ke ctu lak :p
hihihi

Shikin Hambali berkata...

AKAN BERJAYA!!!

Unknown berkata...

betul lah anil
zmn dl senang je buat keje kawin
tak yah nak pikir mcm2
skrg ni..citarasa masing2 berbeza
kita ada banyak pilihan

nanti time anak kita akwin mcm mana lah agaknya kan
mesti lg marvellous

anil lutaze berkata...

~amy..preparetion??uh...ngeri... aah..mahu apply sket2..bolehlah jgk...

~bayu--uiks..bayu menyinggah.. wee

~fadeadsy--aah..nmpk gayanye begitu lah...kite test power nnti..

~nana--hahahahaha..nana kompem dapat anugerah ibu mithali..

~Cikin-ya!!! yakin boleh!!!

~Dayu-- Btol kan dayu..agaknya zaman anak2 kite nanti mesti sanding atas pelamin terbang..hahaha..

sisterofheaven berkata...

anel... mana ko dpt gambar2 aku amik yg color purple tue..

aku dh pening dah.. hahaha! beck ngan dhilla kawan ko ke ape..? sbb aku rasa cam aku bg kt dorg je pic2 original copies without signatures.. hmm :P

bella kawan senah antu tetek :P