Khamis, 31 Disember 2009

Entri akhir

Entri akhir 2009 maksud aku. 2009 yang memberi makna. Berkahwin dengan insan yang disayangi serta impian setinggi gunung lah, Disambut harijadi sebanyak 3 kali, Mempunyai keluarga baru dan berbagai lagi perubahan besar dalam hidupku pada 2009. Rasa sayang kerana 2009 akan meninggalkan ku.. Tak tahu lagi layanan 2010 terhadap kehidupan ku... Tak berapa berkenan kalau dia tidak melayanku sebaik mungkin... Harap 2010 akan membawa kegemilangan pula ke? hik..harap ia Awesome

Sebagai meraikan ulangtahun perkahwinan kami yang ke setengah tahun= 6 bulan ;D

dan juga sebagai penutup, aku mengabadikan album perkahwinan ku, aku tak pernah ingat tentang ini. Tapi Diah pernah kata, yang aku tak pernah ada entri tentang album kahwinku...ouh yeke? serius aku tak ambil kisah sebenarnya, memandangkan aku pernah memaparkan beberapa sebelum ini..Maka kini aku sahut kata beliau. Sebenarnya banyak gambar-gambar belakang tabir yang tak pernah aku paparkan dan aku berani kata lebih menarik daripada gambar di album. Tapi ah.. kemudian sahaja ya.. gambar bilik yang ringkas itu, gambar pembikinan rambut, gambar gedik serba sedikit.. lambat sikit ya.. walaupun basi..


Ok mari tatap santapan yang aku tak pasti kenyang ke tak? tapi rasanya seperti boleh sendawa..Namun, bab sedap ke tak, sendiri rasa yo...


Album datang dengan bag kain yang mengandungi 5 album


Ditempah dari Indonesia dan diletakkan dalam kotak berukir nama kami...Tapi adoi...lain font yang diminta lain yang dapat..aku pasrah


Didalam kotak barulah ada album..bulu apa tah...aku tak pasti


Album costum ada 3, yang ini nikah


Album Bertandang


3 album custom, 2 album biasa
1 cd video dan 1 cd foto



Antara gambar-gambar yang aku petik dari pokok album nikah










Antara gambar-gambar yang aku petik dari pokok album resepsi

Rambut aku dari belakang horror, macam rambut nenek kebayan




Keadaan tidak terkawal ketika check point tol utara selatan



Aku dan abah bengang betul ketika baru perasan kehadiran botol mineral ini..adoi




Shot aku damba sampai mati dari Fad Manaf


Antara gambar-gambar yang aku petik dari pokok album bertandang...Agak kurang berpuas hati dengan kebijaksanaan dan kualiti gambar, mungkin rakan penembak gambar yang dibawa abang Syahrin tidak sehebat Fad


Yang ini aku petik dari cd




Muka masam aku kerana mekap tak cantikkkkk..awal2 belum tahu tapi dah masam muka...bravo aku


'eh! kenapa mekap macam orang tak pandai mekap je ni bang?'




Henna touch up kembali di kedai tak bertauliah sehingga menghasilkan henna bersaiz gajah


Gambar default video bertandang kami...


Resort/bilik tidur mak dan abah sebenarnya tu..


Kesimpulan, tahap kepuasan adalah di tengah-tengah. Namun, bila memikirkan harga yang Syahrin Aziz tawarkankepada kami agak berbaloi. Tapi saya lebih suka gambar ketika resespi kerana ada Fad Manaf..ouh...anda semakin melampau-lampau kini...Aku jeles!
Walaupun kecewa kerana tidak banyak gambar-gambar seperti hadiah pintu, kanopi, hiasan sana sini, tag-tag yang aku usahakan, dan lain-lain perkara yang dipandang enteng oleh orang. Namun tidak bagi aku...kalau aku jadi penembak gambar. CONFIRM aku tidak akan abaikan..tapi itu jika aku penembak..Malangnya aku pengantin...hehe...

Editing dari Syahrin, agak soft dan ada juga yang ekstrem.. Tapi aku ok saja.. Tapi kenapa ya, bila dibandingkan dengan gambar pengantin-pengantin di hotel (klien beliau), gambar aku tak sebrilliant mereka? AH! kahwin di hotel manakan sama dengan kahwin di rumah.. ;P

Selamat Tahun Baru!

Isnin, 28 Disember 2009

Sesi penutup 2009

Sabtu lepas merupakan sesi terakhir atau penutup kepada edisi perkahwinan yang harus dihadiri sepanjang cuti sekolah...yay!!!

Majlis perkahwinan haruslah Nat Azmi atau Natasya sebagai penutup 2009..

Majlis sangat santai dan moden serta indah....Beliau sangat cnthekkkkkk!!!!

Tapi sebab kini kurang berperasaan untuk menulis panjang lebar sperti zaman dahulu kala... Maka sila nikmati hidangan gambar-gambar dibawah...


Comey kan mereka....


Kami 3 pasangan je yang ada di meja tersebut...(yang dikenali)...hehe


Diah terpaksa ke majlis lain..dasyat jadi Diah...runaway guest...hehe
maka kami saja yang gedik tembak gambar di depan pelamin



Ok...kini menjadi pose wajibb... ;D


kiut sebab amy tak mahu berpaling daripada mentap wajah atim gitu...haha


Tak lengkapp... Diah...where r u?? (pura2 tanya)


Saya panjat pentas pelamin untuk menembak ini...tak malu


Suka lilin itu...(aku memang kaki lilin)
ouh...maaf bukan kaki kepada lilin..


Tasya dan 'Alex yong' sangat lawa okehhhhhh


Beliau dimekap oleh Lova..memang ya amponnnn...halus dan cantik sangat...untung sabby dan alena


Amboi...posing ya bang..


comey..


Feeling pink dan hijau lah kan...tapi hijau saya lainn


Tak tahu mahu kemana...kami menunggu Diah di A&W


Lantas bergosipan di Papa Rich


Tak sedar jam menjengah 1 setengah sudah


Last kopek by charlie's angel


Abang-abang macho...bahahaha


Malam ini ada date dengan Diah...Amy tidak dapat turut serta sebab beliau adalah bakal pengantin yang berjaya dan komited...hehehe...

Nampaknya Diah ada double date....