Rabu, 28 Oktober 2009

Tema pilihan

Sekarang ni seminggu sekali dua saja aku memuatkan entri terbaru. Aku sedar kini aku tak rancak menaip blog seperti waktu sebelum dan selepas kahwin dulu. Namun, aku tidak akan sesekali mengabaikan ruangan ini..Ouh...no...no..no... di sinilah aku bersosial dan berkongsi pendapat dengan rakan-rakan yang amat aku senangi walaupun tidak aku kenali sebelum ini. Aku amat menghargai ikatan ini..

Seperti yang aku khabarkan sebelum ini. Hujung minggu lalu berlangsungnya Parti ayam sesi II kan? Ouh..haha...pada sesiapa yang ada menyelak dan terjengah muka buku ku, mungkin akan terserempak dengan gambar-gambar gila tersebut. Sungguh.. jika parti ayam sebelum ini sahabatku mengatakan ia parti kejam, yang ini, biarlah aku menggelarkan ia pula parti ayam berani mati..Sungguh...

Tetapi sebelum itu, biarlah aku pecah lubang bahawa tema yang dianjurkan Cabel & Megat adalah Rock Zombie. Tak ke gila namanya tu. Kami berbalas pantun sesama rakan, tema gila apakah ini? Nasib baiklah ada perkataan rock itu, jika hanya perkataan ZOmbie sahaja, pasti pengsan semua orang memikirkan bagaimanakah mahu menjadikan kita insan sempurna ini bertukar kepada zombie.

dan hasil risikan di sana sini serta sumbangan link dari Vivianaku, aku bertemu dengan beberapa sumber rujukan bagi tema rock itu.

Ouh...fesyen sangat aku cintai..dan kini aku semakin mengabaikan ia sedikit.




Betapa aku mendambakan jaket ini


Memang kool habis bagaimana aksesori dan zip bersilang


Paduan yang aku gemar, jaket dan skirt kulit



Aku sentiasa gemar gabungan kulit dan leopard print seperti diatas


Serius gaya ini sangat rileks dan santai..Nak jaket itu



Rock zaman gelap...suka benar


Ouh...aku mahu hadiah besar kalau aku pakai sebegini.


Lihatlah boot beliau... Huh...n*k


Dress juga boleh menjanjikan gaya rock...Aku terkesima dengan rambut itu


Gaya padanan apa sahaja...iaitu jaket...Mesti


Dan untuk seluar, aku mahu itu.


Aksesori pula, siapa kata jam tangan hanya untuk keperluan?


Tapi aku tak banyak jam besi


Ouh pelis lah, ia adalah wajib



Cincin juga pelengkap gaya..pastikan ia besar


Puas aku cari, namun agak susah, mungkin kerana sekarang musim studded



Rantai berlapis, juga wajib


hoooo......studded clutch..



Abaikan pemandangan buruk gambar ini. Aku hanya mahu nyatakan aku wajib memakai headband itu.


Tidak kah, headband itu akan menjadikan gaya rock ku itu sempurna...**melting


dan

Aku mahu ruangan sebegini untuk memenuhi tuntutan aksesori yang aku campak dalam beg hijau sempit itu..
**Suami tak perlu kata apa2 ya...



Sesungguhnya, jika ditanya apakah personaliti dan gaya anda, memang diakui, aku bersifat ranggi dan funky, bersesuaian dengan sifat hiperaktif aku. Jadi tidak hairan jika anda mengimbas kembali beg hantaran saya. Sangat tidak feminin. Maka tema rock ini seperti orang mengantuk disorongkan bantal. Cuma agak konpius dengan ZOmbie...ouh..hak

Esok...akan ku dedahkan hasilnya.

**Maaf, jika entri ini tidak kena dengan jiwa masyarakat setempat ;P~

9 ulasan:

shapattnson berkata...

waahhh saya sangat sukakan kesemuanya ...dari jacket ..sampai headband.. butts dan accessoriesnya .. ouwh anil citarasa kita hampir sama ..saya sukak!!!! mana nak dpt jacket mcm pertama tue ouch!!! cantik gilerrr

anil lutaze berkata...

hahahahahaha...yg tu giler meroyan kalau dpt...

kt sg wang byk kot...nowadays byk gak blog jual jaket mcm tu ...tp onlineshop kan byk..matilah nk bukak satu2 kan...hak

siyes citarasa sama? ok...pas u kawen , jomsoping sama...i loikee...

Atiqah Adnan berkata...

u're rock babe!!
hee~ tak dapat bayangkan nie anil bertukar... tak sabar da ni.. ^__^

qah pUn suka jaket jUga.. tapi rasenye labUh lebih sesuai kOt dengan qah kan anil? pakai jaket dengan bOot.. omg! besttnyeeee..

hope anil still menulis dalam blog ye.. sebab qah ade blog jee.. :D

AmyMizzunderstood berkata...

wahhh..this is the real anil la kan...huhhuu..i love the jacket!!

KAK RAINBOW berkata...

nurul rasa anil kalu pakai apa2 pun lawa dan sesuai jer :)

BuTtErFlyInFraMe berkata...

bagi hint dkt husband , sure nanti dia bagi hadiah suprised, jaket!! hehe..

Sofia berkata...

looooovvvvvveeeeeeeee the clutch!!!!

nak! nak! nak! nak!

Ayuni A. berkata...

aha anil.awak ni jiwa rockstar jugak rupanya.heheh.sy sgt suka the boots.and gladiator heels pun best gak.

pssst..i wish i could be a rockstar too ;P

anil lutaze berkata...

~tiqah--hahaha...dah bertukar da pon..horror morror...aah pakai dgn boot..kekekeke...err..still menulis..haross

~amy--haha..d real anil?? sort of kot..hehe

~nurul--er..x lah nurul..ada ketikanya outfit say lngsong x masok

~alena--i x yah hint...dia biasanya x phm..haha...ckp straight to d point je..hehe...but malangnya...i dah beli jaket tu...;D

~amy--amboi...saya pon nak...